Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Burung Pucong Kuak | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||||
|
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang dikenalpasti, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrat darat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.
Isi kandungan[sorokkan] |
[sunting] Taburan
Habitat pembiakan adalah kawasan paya air masin atau tawar seluduh dunia. Sub spesiesN. n. hoactli membiak di Amerika Utara dan Amerika Selatan dari Kanada sehingga ke selatan di Patagonia, dan jenis N. n. nycticorax di Eropah, Asia dan Afrika. Burung Pucong Kuak bersarang dalam koloni di pelantar ranting di atas pokok, di tanah di kawasan terlindung seperti pulau atau rumput reed. Ia bertelur sebanyak tiga hingga lapan biji.Burung kuang ini adalah burung migrasi diluar kawasan tropika dalam julatnya yang besar, di mana ia merupakan penduduk kekal. Populasi Amerika Utara menghabiskan musim sejuk di Mexico, selatan Amerika Syarikat, Amerika Tengah, dan Indies Barat, dan burung Dunia Lama menghabiskan musim sejuk di Afrika tropika dan selatan Asia. Burung Pucong Kuak boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.
[sunting] Ciri-ciri
Burung Pucong Kuak adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Burung. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : .Burung Pucong Kuak adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.Burung dewasa sepanjang 64 cm dan berat 800 g. Ia mempunyai kepala dan belakang hitam dengan bahagian lain bewarna putih atau kelabu, mata merah, dan kaki kuning pendek. Burung muda biasanya perang, tompok dengan putih atau kelabu. Ia merupakan kuang (heron) leher pendek dan tegap.
Jantung Burung Pucong Kuak terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
[sunting] Pembiakan
Sebagai burung, Burung Pucong Kuak membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.[sunting] Pengekalan
Burung Pucong Kuak merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan lesen pemburuan diperlukan untuk aktiviti pemburuan.Burung ini berdiri kaku berhampiran gigi air dan bersedia untuk menyerang hendap mangsa, terutamanya waktu malam. Ia kebanyakannya memakan ikan kecil, krustasean, katak, serangga air, dan mamalia kecil. Semasa siang ia berehat di atas pokok atau semak. Jenis Dunia Baru lebih menarik di luar musim mengawan berbanding jenis terpilih (nominate).
Ia sering di dapati bersarang atau berehat dalam bandar di pokok teduhan di jalan sibuk.
[sunting] Etymologi
Nama saintifiknya, Nycticorax, bererti "gagak malam", dan merujuk kepada tabiat spesies nocturnal dan panggilannya yang kasar seperti siulan gagak.[sunting] Galeri
[sunting] Perlindungan
Burung Pucong Kuak merupakan burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Malaysia. [2][sunting] Rujukan
- ↑ (Bahasa Melayu) Senarai burung di Kuala Gula – format DOC
- ↑ Protection of Wild Life Act 1972
- BirdLife International (2004). Nycticorax nycticorax. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 12 May 2006. Database entry includes justification for why this species is of least concern
- Black-crowned Night Heron on Animal Diversity Web
- A guide to the birds of Costa Rica by Stiles and Skutch ISBN 0-8014-9600-4
- Herons and Egrets of the World by James Hancock ISBN 0-12-322725-9
- The Sibley Guide to Birds by David Allen Sibley ISBN 0-679-45122-6
[sunting] Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Burung Pucong Kuak |
- Image of juvenile
- Cornell Lab of Ornithology - Black-crowned Night-Heron Information
- USGS Patuxent Bird Identification InfoCenter - Black-crowned Night-Heron
- South Dakota Birds and Birding - Black-crowned Night-Heron Information and Photos
- eNature.com - Black-crowned Night-Heron
- Field Guide on Flickr
- Carian Google.
No comments:
Post a Comment