Kancil merupakan nama penting bagi cerita dahulu kala.Ianya dianggap sebagai haiwan bijaksana oleh masyarakat tradisional Melayu sejak sekian lamanya.Mari kita siasat haiwan ini dengan lebih lanjut....,teringat pulak kat kereta Perodua Kancil .....
- Kancil juga dikenali dengan nama pelanduk,serta sekeluarga dengan Napuh.
- Merupakan sejenis mamalia dengan nama saintifiknya Tragulus javanicus.
- Hidup di kawasan hutan hujan tropika serta hutan monsun tropika seperti di negara Malaysia,Myanmar,Thailand,Laos,Vietnam,Sumatera serta Sabah dan Sarawak
- Berwarna perang kemerah-merahan,dengan berat tidak melebihi 2 kg.
- Mempunyai tiga jalur putih disekeliling leher serta perut bewarna putih
- Kancil jantan lebih besar serta mempunyai gigi taring yang agak panjang ,bertujuan mempertahan diri,sementara kancil betina mempunyai taring yang lebih pendek.
- Mempunyai hidung yang sentiasa lembap,untuk mencium bau musuh sekelilingnya.
- Habitat utamanya ialah tanah pamah bersungai yang kaya dengan flora sebagai bahan makanannya.Haiwan aktif pada waktu malam
- Pelanduk akan melindungi dirinya dai musuh dengan menyorok disekitar daun yang lebar seperti daun keladi.
- Merupakan haiwan yang amat berhati-hati sewaktu mencari makanan.
- Sewaktu musim mengawan,pelanduk jantan akan menjaga kawasannya.Tempoh bunting bagi pelanduk ialah 4 bulan.
- Kancil atau pelanduk mempunyai banyak musuh,antaranya semua spesis karnivor seperti harimau,musang,kucing hutan,ular sawa,buru ng helang serta musuh yang paling berbahaya,manusia.
- Pelbagai cara digunakan oleh manusia untuk memburu kancil dan yang paling popular adalah menggunakan senjata api.
- Namun mesti diingat adlah salah memburu kancil pada waktu malam! di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.Pelanduk merupakan haiwan yang dilindungi.Pemburuannya atau ingin memeliharanya memerlukan lesen atau permit,jika tidak anda boleh didenda RM 3000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali
No comments:
Post a Comment