Monday, November 12, 2012

BUAYA JENJULUNG

Oleh JASMI ABDUL

BUAYA jenjulung atau “Malayan Gharial” (Tomistoma schelegeli) antara dua spesies buaya yang terdapat di negara ini. Spesies lain yang hampir sama dengannya ialah buaya tembaga atau “Estuarine Crocodile” (Crocodylus porosus). Taburan buaya jenjulung bermula dari India, Myanmar, Thailand, Laos, Kampuchea, Vietnam hingga kepulauan Indonesia. Haiwan liar ini digolongkan dalam keluarga Crocodylidae.
Buaya jenjulung mempunyai muncung yang panjang dan tirus, seperti muncung ikan jenjulung atau kadangkala dikenali sebagai ikan todak.
Buaya jenjulung mempunyai tubuh yang lebih kecil jika dibandingkan dengan buaya tembaga. Panjangnya tidak melebihi empat meter. Kulit badannya berwarna coklat dengan tompok berwarna hitam pada keseluruhan badan. Bahagian belakang serta ekor buaya ini berduri, manakala kulit nipis di antara jari kaki memudahkannya berenang.
Buaya jenjulung mendiami kawasan sungai yang airnya masih tidak tercemar oleh bahan toksik, terutamanya di kawasan sekitar hutan dara atau hutan paya gambut. Terdapat rekod menunjukkan bahawa buaya jenjulung pernah ditangkap di Sungai Tengai, Ulu Bernam, Selangor, dan Sungai Sungkai, Perak.
BUAYA jenjulung atau “Malayan Gharial” (Tomistoma schelegeli) antara dua spesies buaya yang terdapat di negara ini. Spesies lain yang hampir sama dengannya ialah buaya tembaga atau “Estuarine Crocodile” (Crocodylus porosus). Taburan buaya jenjulung bermula dari India, Myanmar, Thailand, Laos, Kampuchea, Vietnam hingga kepulauan Indonesia. Haiwan liar ini digolongkan dalam keluarga Crocodylidae. Buaya jenjulung mempunyai muncung yang panjang dan tirus, seperti muncung ikan jenjulung atau kadangkala dikenali sebagai ikan todak. Buaya jenjulung mempunyai tubuh yang lebih kecil jika dibandingkan dengan buaya tembaga. Panjangnya tidak melebihi empat meter. Kulit badannya berwarna coklat dengan tompok berwarna hitam pada keseluruhan badan. Bahagian belakang serta ekor buaya ini berduri, manakala kulit nipis di antara jari kaki memudahkannya berenang. Buaya jenjulung mendiami kawasan sungai yang airnya masih tidak tercemar oleh bahan toksik, terutamanya di kawasan sekitar hutan dara atau hutan paya gambut. Terdapat rekod menunjukkan bahawa buaya jenjulung pernah ditangkap di Sungai Tengai, Ulu Bernam, Selangor, dan Sungai Sungkai, Perak.
____
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Julai 2012.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...