Kijang jantan dewasa mempunyai tanduk
kecil yang bercabang satu dan kijang betina tidak mempunyai tanduk.
Kijang jantan mempunyai gigi taring yang panjang terjulur keluar dari
bahagian rahang atasnya. Taringnya digunakan untuk mencederakan lawannya
ketika berlawan. Saiz tubuh kijang jantan lebih besar daripada kijang
betina. Kijang jantan dewasa mampu mencapai berat sehingga 40 kilogram.
Populasi kijang ditemui di kawasan tanah
tinggi terutama di rentis permatang bukit pada ketinggian kira-kira
1000 meter atau 3000 kaki dari paras laut. Kamera inframerah yang
dipasang oleh renjer Perhilitan di banjaran Gunung Bintang Hijau dan
Bukit Larut di Perak membuktikan kewujudan spesies ini di kawasan tanah
tinggi tersebut.
____
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik April 2012.
No comments:
Post a Comment