Mongol dan Islam, Apa Yang Pembaca Perlu Tahu..
Bangsa Mongol adalah bangsa daripada Asia
Tengah yang menetap di kawasan yang sekarang ini dikenali Mongolia.
Namun, pada satu ketika dahulu, empayar Mongol mencecah hampir satu per
tiga dunia.
Pada abad pertengahan, bangsa Mongol
bangkit sebagai bangsa yang kuat dan berdisiplin ketika dalam
peperangan. Mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada teknologi terkini
melainkan teknik dan kemahiran mereka menunggang kuda. Hampir setiap
bangsa seperti Turki, Barber, Mamluk, Anglo-Saxon mahupun Franco di
Eropah takut dan gerun dengan kehebatan dan kebengisan Mongol di saat
pertempuran. Beberapa ulama dan cendikiawan membicarakan tentang bangsa
Mongol ini sebagai bala Allah swt kepada negara-negara yang mereka
perangi terutama sekali empayar Islam.
Bangsa Mongol bertanggungjawab terhadap
kejatuhan Dinasti Abbasiyyah di Baghdad. Baitul Hikmah yang diasaskan
oleh Khalifah Harun al-Rashid musnah dan beribu-ribu kitab dibakar dan
dihanyut di Sungai Furat. Air Sungai Furat dikatakan bertukar menjadi
kehitaman akibat dakwat yang mencair daripada kitab-kitab tersebut.
Dinasti Abbasiyyah musnah dan kesultanan
Islam berpindah ke Mesir dan didominasi oleh Bani Mamluk dan ke Anatolia
yang dipimpin oleh Bani Ottmaniyyah.
Hakikat yang perlu diketahui oleh umat
Islam pada hari ini adalah Bangsa Mongol miskipun kelihatan agresif
ketika di medan tempur namun hampir setiap pemimpin mereka bersikap
bertolenrasi terhadap agama selain daripada agama anutan mereka. Hulagu
Khan misalnya, miskipun terkenal sebagai seorang pemimpin yang bengis
namun bertoleransi terhadap agama. Beliau mengahwini isteri yang
menganut ajaran Kristian Nestorian.
Sikap mereka yang sangat bertolenrasi
sebenarnya memudahkan pengislaman mereka. Beberapa pemimpin tertinggi
Mongol diriwayatkan memeluk Islam bahkan mengenepikan semangat
kebangsaan untuk membantu empayar Islam daripada terus rebah dilanda
amukan Mongol.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan
bahawa, Islam tersebar hampir ke pelusuk Asia Tengah dan Asia Timur atas
peranan yang dilakukan oleh Bangsa Mongol ini.!
Peperangan Ain Jalut(1260 masihi) antara tentera Mamluk dan tentera Mongol adalah peperangan yang pertama diketahui menggunakan hand-cannon (digelar
‘midfa’ dalam bahasa Arab). Hand-cannon adalah perintis kepada
penciptaan senapang patah(match-lock) oleh bangsa Eropah beberapa abad
selepas itu. Dalam Peperangan Ain Jalut, tentera Mamluk berjaya
menundukkan keangkuhan tentera Mongol dan seterusnya menyekat kemaraan
bangsa yang berasal daripada Asia Tengah tersebut daripada terus
mengganas di empayar umat Islam.
Berke Khan(meninggal dunia pada
1266 masihi) adalah individu berbangsa Mongol pertama yang memeluk
Islam. Beliau adalah cucu kepada Genghiz Khan dan sepupu kepada pemusnah
dinasti Abbasiyyah, Hulagu Khan. Berke Khan mendapat hidayah setelah
pertemuannya dengan seorang ulama dan ahli sufi di Khwarizm. Setelah
memeluk Islam, beliau mengenepikan semangat kebangsaan yang ada dalam
dirinya untuk membantu Islam dan Mamluk menentang tentera Mongol
pimpinan Kitbuqa. Dalam peperangan tersebut, beliau berjaya membunuh
Kitbuqa. Berke Khan terkenal sebagai muslim yang taat. Beliau melarang
sebarang makanan berunsurkan haram seperti babi dan arak dalam keraian.
Beliau juga diriwayatkan mencadangkan penyembelihan binatang secara
Islam bagi memudahkan beliau untuk menikmati bersama-sama
saudara-saudaranya yang belum Islam.
Ahmed Tekuder(meninggal dunia pada 1284) adalah
salah seorang daripada tiga orang anak lelaki Hulagu Khan. Tekuder
dilahirkan sebagai seorang Kristian bermazhab Nestorian mengikut mazhab
ibunya. Namun, setelah dewasa, beliau memeluk ajaran Islam dan
menukarkan pemerintahannya kepada pemerintahan bercorak Islam. Ahmed
Tekuder atau Sultan Ahmed tidak mendapat sokongan daripada beberapa
pemerintah Mongol beragama Buddha terutama anak saudaranya, Arghun Khan.
Pada 10 Ogos 1284, Ahmed Tekuder syahid di tangan tentera Arghun Khan
dalam satu peperangan berat sebelah.
Anak lelaki sulung Arghun Khan, Ghazan(1271-1304)
adalah pemerintah Mongol yang memeluk Islam miskipun bapanya adalah
musuh ketat kepada Islam. Ghazan memeluk Islam pada 1295 di hadapan
ulama Ibrahim bin Muhammad. Ghazan dilahirkan sebagai seorang Kristian
dan kemudian membesar sebagai penganut Buddha. Selepas menganut ajaran
Islam, beliau menukarkan namanya kepada Mahmud Ghazan. Pemerintahan
empayar di bawah kekuasaan beliau turut ditukarkan kepada empayar
ala-Islam.
Setelah Ghazan meninggal dunia pada 1304, adiknya, Oljeitu(1280-1318)
menaiki takhta. Sepertimana abangnya, Mahmud Ghazan, Oljeitu lahir
sebagai seorang Kristian dan membesar sebagai seorang penganut Buddha.
Beliau kemudian memeluk Islam bersama-sama abangnya. Mereka bermazhab
Hanafi. Walaubagaimanapun, pergaulan yang akrab antara beliau dengan
ulama Syiah seperti al-Hailli dan Maitham al-Bahrani menyebabkan beliau
menukarkan mazhabnya kepada mazhab Syiah. Tidak sepertimana abangnya
yang bertelorensi terhadap agama dan mazhab lain, beliau melancarkan
beberapa peperangan sehingga membunuh ramai orang Islam bermazhab Ahlul
Sunnah wa Jamaah. Hubungan empayar Ilkhanate dengan Mamluk mula longgar
semasa pemerintahan Oljeitu.
Anak Oljeitu, Abu Said Bahadur Khan(1305-1335)
menaiki takhta setelah kematian bapanya. Abu Said adalah pemerintah
Mongol pertama di empayar Ilkhanate yang menggunakan nama Arab sejak
dilahirkan. Abu Said bermazhab Sunni. Hubungan dengan kerajaan Mamluk di
Mesir diperbaiki. Beliau memberi ruang yang luas kepada ajaran mazhab
ahli Sunnah. Walaubagaimanapun, hubungan dengan sebuah lagi empayar
Mongol, Golden Horde menjadi semakin parah. Abu Said meninggal dunia
semasa peperangan menentang tentera Golden Horde. Abu Said tidak
meninggalkan waris dan menyebabkan empayar Ilkhanate beransur-ansur
merudum.
Setahun selepas kematian Abu Said Bahadur
Khan, lahir seorang lagi pemimpin Mongol yang terkenal sebagai seorang
yang bengis dan agresif. Beliau adalah Timurid(1336-1405).
Timurid dilahirkan di Kesh(kini di Uzbekistan) sebagai seorang Islam
yang taat. Ramai pendapat mengatakan beliau bermazhab Syiah namun ramai
juga berpendapat beliau bermazhab Sunni(Hanafi). Timurid adalah pemimpin
Mongol yang berusaha mengembalikan kegemilangan empayar Mongol setelah
pepecahan yang teruk di kalangan pemimpin tertinggi mereka. Empayar
Ilkhanate di Parsi mengalami saat genting setelah kematian Abu Said,
begitu juga dengan beberapa empayar Mongol yang lain. Pada 1387, Timurid
berjaya menawan seluruh Parsi dan mengembalikan kegemilangan Dinasti
Ilkhanate. Timurid menghabiskan 35 tahun dalam hayatnya semata-mata
untuk menakluk dan menawan hampir suku dunia. Timurid berjaya memujuk
hampir keseluruhan pemimpin Borjigin(keturunan Genghiz Khan) untuk
memeluk ajaran Islam. Beliau adalah moyang kepada Ulug Beg(1394-1449)
dan Babur Beg(1483-1530),pengasas kerajaan Mughal di India.
Beberapa dekad selepas kematian
Timurid, lahir pula seorang keturunan Mongol yang berjaya menawan benua
kecil India. Beliau adalah Babur Beg(1483-1530). Beliau
mengasaskan Dinasti Mughal yang mendominasi hampir keseluruhan India
sehingga ke Pakistan(kini), Afghanistan(kini) dan Bangladesh(kini).
Undang-undang syariah Islam dikuatkuasakan. Babur Beg mempunyai susur
galur terus kepada Timurid melalui bapanya dan Genghiz Khan melalui
ibunya. Agama Hindu yang sejak daripada dahulu mendominisi India
dibayangi oleh Islam sehinggakan banyak ulama besar dilahirkan sepanjang
pemerintahan Dinasti Mughal.
Dinasti Mughal melahirkan beberapa sultan yang celik al-Quran. Antaranya adalah Sultan Aurangzeb(1618-1707)
atau nama sebenarnya Abul Muzaffar Muhi u’d-Din Muhammad Aurangzeb.
Aurangzeb adalah sultan yang sangat taat kepada ajaran Islam dan seorang
hafiz. Beliau menggunakan hasil titik-peluhnya menyalin al-Quran dan
menjualnya untuk menampung sara dirinya. Beliau mengelak daripada
menggunakan dana kerajaan kerana berpendapat dana tersebut lebih baik
digunakan untuk pembangunan ummah. Aurangzeb adalah pemimpin yang lembut
terhadap kaum Muslimin namun tegas terhadap kaum kafir yang
menentangnya.
Beberapa peperangan dicatatkan sehingga mengorbankan
banyak nyawa semata-mata untuk mempertahankan kerajaan Islamik yang
diasaskannya. Aurangzeb juga diriwayatkan melarang pencetakan ayat
al-Quran pada syiling rasmi kerajaannya kerana syiling tersebut boleh
dipijak dan dibuang merata-rata tanpa disedari. Aurangzeb meninggal
dunia pada 1707. Selepas kematiannya, kerajaan Mughal perlahan-lahan
mengalami kemerosotan. Selepas Aurangzeb, keturunan Mongol mahupun
Mughal mula kehilangan ‘kuasa’ dan ‘kekuatan’ sepertimana nenek-moyang
mereka.
takusahrisaublogsport
No comments:
Post a Comment