Thursday, February 7, 2013

Kisah Mangsa R-ogol 2012 Yang Cantik Di India,Menggemparkan Dunia...


Pada 16 Disember lalu, seorang pelajar wanita berusia 23 tahun dan teman lelakinya keluar menonton wayang gambar “The Life of Pi” di pusat beli-belah sebelum menaiki bas yang disangka akan membawa mereka pulang.

Serangan terhadap pasangan itu bermula apabila teman lelaki mangsa menjadi bahan cemuhan mengenai mengapa seorang wanita yang belum berkahwin berada di luar rumah pada lewat malam.

Setelah itu teman lelakinya dibelasah dan mangsa dirogol beramai-ramai di dalam bas tersebut sebelum dicampak keluar.


Selepas 10 hari berada di hospital di New Delhi, mangsa yang namanya tidak didedahkan, diterbangkan ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk menerima rawatan lanjut.

Keadaannya bagaimanapun semakin teruk berikutan kecederaan otak dan serangan jantung.

Kecederaan yang dialaminya terlalu parah memaksa beliau diterbangkan ke Singapura untuk rawatan intensif tetapi meninggal dunia sewaktu dirawat.

Beberapa jam selepas mangsa meninggal dunia, polis India mendakwa enam lelaki yang ditangkap berkaitan dengan serangan itu atas tuduhan membunuh.

Jurucakap Jabatan Polis New Delhi, Rajan Bhagat berkata keenam-enam suspek berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan di dalam kes yang mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh negara.

Identiti pelajar perempuan itu juga masih tidak didedahkan sehingga kini, namun dia dikenali sebagai Nirbhaya (Berani) dan Damini (Kilat), gelaran yang diberikan orang ramai serta media berdasarkan semangat juangnya yang tinggi untuk terus hidup.

Namun ketika ini sudah tersebar beberapa keping foto dalam internet yang mendakwa itulah wajah sebenar Damini.

Tetapi ia bukanlah isu di sini. Damini mungkin secantik Aishwarya Rai atau macam hantu Mak Limah, tetapi perbuatan rogol dan bunuh itu sendiri TERLALU KEJAM – biar ke atas siapa pun mangsanya!

Rogol boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius, termasuk juga kehamilan, dan jangkitan penyakit sebaran seksual.

Kesan paling biasa pada mangsa rogol adalah kesan psikologi.

Oleh kerana sifat-sifat seksual yang sensitif tentang jenayah rogol, mangsa-mangsa biasanya akan mengalami renjutan emosi psikologi yang serius.

Ini memang benar di kalangan masyarakat-masyarakat yang mempunyai adat-adat kelamin, umpamanya, seorang perempuan, terutamanya seorang anak dara yang telah dirogol, dianggap oleh masyarakat sebagai seorang yang “rosak”.

Mangsa-mangsa akan terpaksa menderita seorang diri dan dilarang berkahwin, ataupun mungkin akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin.

Mangsa rogol juga mungkin berasa “kotor” ataupun berasa bahawa dia yang bersalah di sepanjang hidupnya.

Bersamalah kita membanteras jenayah yang keji dan hina ini, jangan ia terkena pada anak atau ahli keluarga, atau pada batang hidung sendiri, baru kita nak sedar.

Ketika itu semuanya sudah tidak berguna lagi! – Mynewshub.my

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...