Sukan sesuatu yang mengembirakan. Ia boleh dikategorikan sebagai
jenis-jenis permainan dan hiburan yang halal. Bersukan bermatlamat
seperti yang dinukilkan dalam hadis di bawah ini amat dituntut.
JENIS-JENIS SUKAN YANG HALAL
Ada
beberapa macam sukan yang disyariatkan Rasulullah
SAW, untuk kaum Muslimin, guna memberikan kegembiraan dan hiburan
mereka.
Di mana sukan itu sendiri dapat mempersiapkan diri untuk
menghadapi ibadah dan melaksanakan kewajiban dan lebih banyak
mendatangkan ketangkasan dan keinginan.
Sukan tersebut
kebanyakannya bentuk suatu latihan yang dapat mendidik mereka kepada
manusia berjiwa kuat, dan mempersiapkan mereka untuk maju ke medan jihad
fi sabilillah.
Di antara sukan itu ialah:
1.Pertandingan.
Sahabat-sahabat
Nabi SAW dulu pernah mengadakan pertandingan lumba lari cepat, kerana
Nabi sendiri membolehkan. Ali adalah salah seorang yang paling cepat.
Nabi sendiri mengadakan pertandingan dengan isterinya, bertujuan memberi
pendidikan kesederhanaan dan kesegaran serta mengajar kepada
sahabat-sahabatnya.
Kata
Aisyah, “Rasulullah bertanding dengan saya dan saya menang. Kemudian
saya berhenti, sehingga ketika badan saya menjadi gemuk, Rasulullah
bertanding lagi dengan saya dan ia menang, kemudian ia bersabda:
Kemenangan ini untuk kemenangan itu.” Iaitu seri atau sama-sama menang. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).
2.Lumba lari dan bergusti
Rasulullah
SAW pernah gulat/bergusti dengan seorang lelaki yang terkenal kuatnya, namanya
Rukanah. Permainan ini dilakukan beberapa kali. (Riwayat Abu Daud).
Dalam satu riwayat dikatakan:
"Sesungguhnya
Rasulullah SAW gulat/bergusti dengan Rukanah yang terkenal kuatnya itu,
kemudian ia berkata: kambing lawan kambing. Kemudian Nabi
bergusti, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya. untuk lain kali
lagi, lantas Nabi bergusti, dan ia berkata: berjanjilah dengan saya,
lantas Nabi bergusti untuk ketiga kalinya.
Lantas seorang lelaki itu
bertanya: Apa yang harus saya katakan kepada keluargaku? Nabi menjawab:
Katakan "kambing telah dimakan oleh serigala, dan larilah kambing."
Kemudian apa pula yang aku katakan untuk yang ketiga?
Nabi menjawab:
Kami tidak dapat mengalahkan kamu untuk bergusti dengan kamu dan untuk
mengalahkan kamu, kerana itu ambillah hadiahmu."
Dari
hadis ini ahli-ahli fiqih beristimbat hukum tentang dibenarkannya
pertandingan lari cepat, baik dia itu dilakukan antara lelaki dengan
lelaki atau antara lelaki dengan perempuan mahramnya atau dengan
isteri-isterinya.
Dari hadis-hadis itu pula ulama fiqih berpendapat
bahawa pertandingan lari cepat, gusti dan sebagainya tidak menghilangkan
kekhusyukan, kehormatan, pengetahuan, keutamaan dan lanjutnya umur.
Sebab Rasulullah SAW. sendiri waktu bergulat dengan Aisyah sudah berumur
di atas 50 tahun.
3.Memanah
Di
antara hiburan yang dibenarkan oleh syara' ialah bermain memanah dan
perang-perangan. Sebab di satu masa Nabi pernah berjalan-jalan menjumpai
sekumpulan sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah,
maka waktu itu Rasulullah SAW. memberikan dorongan kepada mereka dengan
sabdanya: "Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu." (Riwayat
Bukhari)
Pertandingan
lempar panah itu bukan sekedar hobi atau sekadar bermain-main saja,
tetapi salah satu bentuk daripada mempersiapkan kekuatan sebagai yang
diperintah Allah dalam firmanNya "Dan bersiap-siaplah kamu untuk
menghadapi mereka (musuh) dengan kekuatan yang kamu sanggup."
Dalam
menafsirkan ayat ini Rasulullah bersabda: "Ketahuilah! Bahawa yang
dimaksud 'kekuatan' itu ialah memanah - beliau ucapkan kata-kata itu
tiga kali." (Riwayat Muslim)
Dan
sabdanya pula: "Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk
sebaik-baik permainanmu." (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad
yang baik)
Namun begitu, Rasulullah SAW. memperingatkan para pemain
agar tidak menjadikan binatang-binatang jinak dan sebagainya sebagai
sasaran latihannya, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang
Arab jahiliah.
Abdullah
bin Umar pernah melihat sekumpulan manusia yang sedang berbuat
demikian, kemudian Ibnu Umar mengatakan: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w.
melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran
memanah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dilarangnya
permainan seperti itu kerana terdapat unsur-unsur penyiksaan terhadap
binatang dan meragut jiwa binatang serta memungkinkan untuk
membuang-buang harta, Tidak benar kalau permainan manusia itu dengan
mengorbankan makhluk hidup yang lain.
Justeru itu pula Rasulullah SAW. melarang mengadu binatang seperti
yang dilakukan orang-orang Arab dahulu, iaitu mereka membawa dua ekor
kambing atau lembu kemudian diadu sampai mati atau hampir mati.
Lantas
mereka senang dan tertawa. Para ulama berkata: "Bahawa prinsip
dilarangnya mengadu binatang, kerana terdapatnya unsur menyakiti dan
melumpuhkan binatang tanpa faedah, tetapi hanya sekadar bermain-main."
4.Main Anggar
Yang
sama dengan permainan memanah, ialah main anggar. Dalam hal ini
Rasulullah SAW telah memberi perkenan kepada orang-orang Habsyah
(Ethiopia) bermain anggar di dalam Masjid Nabawi, dan ia pun memberi
perkenan pula kepada Aisyah untuk menyaksikan permainan itu.
Dan
kepada para pemain Rasulullah mengatakan: "Kerana kamu (kami melihat),
hai Bani Arfidah." Panggilan Bani Arfidah adalah suatu jolokan yang
biasa digunakan orang-orang Arab untuk memanggil penduduk Habsyah.
Umar, kerana wataknya tidak suka bermain-main, maka dia bermaksud akan
melarang orang-orang Habsyah yang sedang bermain itu, tetapi kemudian
dilarang oleh Nabi. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah, ia berkata:
"Ketika
orang-orang Habsyah sedang bermain anggar dihadapan Nabi, tiba-tiba
Umar masuk, kemudian mengambil kerikil dan melemparkannya kepada mereka.
Kemudian Rasulullah SAW. berkata kepada Umar.--biarkanlah mereka itu,
hai Umar." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ini
merupakan suatu kelapangan dari Rasulullah SAW dengan mengizinkan
permainan seperti ini dilakukan di Masjidnya yang mulia itu, agar di
dalam masjid dapat dipadukan antara kepentingan duniawi dan ukhrawi; dan
sebagai suatu pendidikan buat kaum Muslimin, agar mereka suka bekerja
di waktu bekerja dan bermain-main di waktu santai. Di samping itu,
bahawa permainan semacam ini bukan sekedar bermain-main saja, tetapi
suatu permainan yang bermotif latihan.
Para
ulama berkata setelah membawakan hadis ini sebagai berikut: "Bahawa
masjid dibuat adalah demi kepentingan urusan kaum Muslimin. Oleh kerana
itu apa saja yang kiranya bermanfaat untuk agama dan manusia, maka
bolehlah dikerjakan di masjid."
Kiranya kaum Muslimin di zaman-zaman
terakhir ini mahu memperhatikan, mengapa masjid-masjid mereka itu
dikosongkan dari jiwa hidup dan kekuatan, dan dibiarkan sebagai tempat
orang-orang apatis.
Pengarahan
Nabi dalam mendidik dan memberikan hiburan hati isteri-isterinya,
iaitu dengan memperkenankan permainan yang mubah seperti itu.
Sehingga
kata Aisyah: "Sungguh saya saksikan Nabi membatas saya dengan
selendangnya, sedang saya melihat orang-orang Habsyah itu bermain di
dalam masjid, sehingga saya sendiri yang merasa bosan. Mereka itu
lincah selincah gadis muda belia yang masih suka bermain." (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Aisyah
juga berkata: "Saya pernah bermain-main dengan boneka perempuan di
rumah Rasulullah SAW, bersama kawan-kawan saya perempuan yang juga
bermain-main dengan saya; dan tatkala Rasulullah SAW masuk, mereka itu
bersembunyi, tetapi Rasulullah SAW. senang melihat mereka itu bersamaku,
kemudian mereka bermain-main bersamaku lagi." (Riwayat Bukhari dan
Muslim).
5 Menunggang Kuda (Berpacu Kuda)
Allah
SWT berfirman: "Kuda, kaldai dan himar adalah supaya kamu naiki dan
sebagai perhiasan." (an-Nahl: 8)
Dan bersabda Rasulullah SAW "Kuda itu
diikat jambulnya untuk kebaikan." (Riwayat Bukhari)
Dan sabdanya pula:
"Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda)." (Riwayat Muslim)
Dan
sabdanya lagi: "Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah bererti
permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) Seorang lelaki
berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) Seorang yang mendidik
kudanya. (3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya. (4) Belajar
berenang." (Riwayat Thabarani)
Dan
berkatalah Umar: "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan
perintahlah mereka supaya melompat di atas punggung kuda."
Ibnu Umar
meriwayatkan. "Sesungguhnya Rasulullah SAW. pernah mengadakan pacuan
kuda dan memberi hadiah kepada pemerangnya." (Riwayat Ahmad)
Semua ini
sebagai dorongan Nabi terhadap masalah pacuan kuda. Sebab berpacu kuda
sebagaimana kami katakan di atas, adalah permainan, olahraga juga suatu
latihan.
Anas
pernah ditanya: Apakah kamu pernah bertaruh di zaman Rasulullah
s.a.w.? Apakah Rasulullah s.a.w. sendiri juga pernah bertaruh?
Maka
jawab Anas: "Ya! Demi Allah, sungguh ia (Rasulullah SAW) pernah
bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka
dia dapat mengalahkan orang lain, ia sangat tangkas dalam hal itu dan
menghairankannya." (Riwayat Ahmad)
Taruhan
yang dibenarkan, atau yang dimaksud di sini ialah suatu upah (hadiah)
yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang berpacu saja atau dari
salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lainnya.
Adapun hadiah yang
dikumpulkan dari masing-masing yang berpacu, kemudian siapa yang unggul
itulah yang mengambilnya, maka hadiah semacam itu termasuk judi yang
dilarang.
Dan Nabi sendiri menamakan pacuan kuda semacam ini, yakni yang
disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah
haram, makanannya haram dan menungganginya pun haram juga. (Riwayat
Ahmad).
Dan
Beliau bersabda: "Kuda itu ada tiga macam: kuda Allah, kuda manusia
dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk
berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan
apanya saja - mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu
kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun
kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan
perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannnya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
No comments:
Post a Comment