Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan.
Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger
adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Terus menuju
kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di
saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang
melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.
Benar,
penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh
berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini
berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari
Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum
sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas
tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."
Pada masa duduk,
apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding
usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia
akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya
dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka
akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan
disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan
ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya
manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.
Manusia
pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam
pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot
pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.
Ini
merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf
dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai
ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan
ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam
keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam
keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.
Makanan
dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada
refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak
kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi
usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh
menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah,
untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan
pengsan atau mati mendadak.
Begitu
pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat
membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.
Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada
tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang
masuk.
Sebagaimana
keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada
kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan
kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi
pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan
minum.
Diriwayatkan
ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang
dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk
seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk
sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak."
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan" (HR Bukhari).
No comments:
Post a Comment