Sunday, March 10, 2013

Islam Di Hungary


Masjid lama di Pécs.
 
Masyarakat Islam di Hungary dianggarkan seramai lebih 60,000 orang, dimana kira-kira 0.6% dari jumlah penduduk di negara tersebut. Namun kini, Islam merupakan agama paling cepat berkembang di Hungary .Orang Muslim telah lama bertapak di Hungary sejak tibanya mereka dari Magyar ke Eropah khususnya dalam pemerintahan Hungary Uthmaniyyah.Setelah sekian lama umat islam di tindas dan di tekan semasa pemerintahan rejim komunis..islam kembali mengambil peranan penting sebagai agama kedua rasmi di Hungary..sejak tahun 2012 ,komuniti Islam di sini telah di iktiraf oleh pemerintah..pelbagai usaha giat di jalankan oleh orang islam..umat islam telah berani menonjolkan diri dalam segenap aspek kehidupan di sini..jika dulu..mereka terpaksa menyembunyikan identiti islam mereka..sekarang mereka bebas mengamalkan ajaran islam..bancian baru menunjukkan peningkatan populasi umat islam dari 40 000(2008) meningkat hingga lebih 60 000 (2012)..Ini kerana kebanyakkan mereka pada masa itu tidak berani mengistiharkan diri mereka sebagai islam..terpaksa menukar nama ke dalam bahasa Hungary atau mengklaimkan diri mereka sebagai penganut Kristian,Muslim Roma adalah penganut islam terawal di samping Hungary Muslim..Sesungguhnya perancangan Allah LEBIH HEBAT DARI PERANCANCANGAN musuh islam dan PEMERINTAH KOMUNISME untuk menghapuskan islam dari bumi Hungary selama-lamanya..ISLAM juga berkembang dengan kemasukkan imigran Arab,dan dari pelbagai pelusuk dunia ke sini..banyak pelajar islam yang belajar di sini dalam bidang perubatan..terutama di bandar Szegeb.islam semakin berkembang dengan semangat yang kuat umat islam di sini..

Bangsa Utama pemeluk islam (2012)

1) Bosniak--20 000
2) Bulgaria/Pomak- 140
3) Chinese/Hui-  600
4) Croat- 3 000
5) Greek- 150
6) Roma- 2 300
7)Hungarian- 25 000
8) Macedonia- 2 400
9) Serbia- 760
10) Turki-10 000


Jumlah keseluruhan: 64 950 (2012)

 


 -(sumber:joshua project)

 Sejarah


Dalam bentuk lama bahasa Hungary, orang Islam dipanggil sebagai Böszörmény, satu istilah yang dikekalkan sebagai nama keluarga, dan sebagai nama pekan Hajdúböszörmény.[1]
Islam di Hungary tiba sebelum Empayar Uthmaniyyah. Islam pertama kali dibawa ke Hungary oleh kumpulan etnik Böszörmény. Mereka ini adalah sebahagian dari "Turkish Folk of Chevalison" dan Orang Bulgaria Volga yang telah tinggalkan tanah leluhur mereka sewaktu abad ke-11, ke-12, ke-13 dan ke-14 dan membentuk sebuah kepentingan politik, ketenteraan, kewangan dan faktor perdagangan. Pengarang Islam pertama yang menceritakan tentang masyarakat Muslim ini ialah Yaqut al-Hamawi (575-626 AH/1179-1229 EK)." [2]
Yaqut menulis didalam kamus geografinya yang masyhur, "Mu'ajam al-Buldan," [3] mengenai mesyuaratnya dengan pemuda Ismaili di Syria yang belajar Islam di sana dan sesetengah sejarah serta kehidupan mereka di Hungary.
Pada abad ke-16, sewaktu zaman pendudukan Utmaniyyah Hungary, beberapa cendiakawan Muslim telah dilahirkan di Hungary. Di antara yang terpenting ialah Grand Vizier yang datang ke Hungary ketika era pemerintahan Uthmaniyyah, Kanijeli Siyavuş Pasha (dari Nagykanizsa) yang menduduki fungsinya sebanyak tiga kali di antara tahun 1582 dan 1593, dan dervish Mevlevi Pecsevi Árifi Ahmed Dede, seorang berbangsa Turki yang juga penduduk asal Pécs.
Pada abad ke-19, setelah jatuhnya revolusi 1849, lebih daripada 6,000 orang Poland dan Hungary berhijrah dari tanah air mereka sendiri lalu mengikut Jeneral Josef Bem dalam siri penaklukan Turki, contohnya para pegawai Hungary Richard Guyon (Kurshid Pasha), György Kmety (Ismail Pasha) dan Maximilian Stein (Ferhad Pasha) yang menjadi jeneral Turki. Guyon dijelaskan dalam Kamus Oxford Biografi Kebangsaan sebagai "orang Kristian pertama yang mendapat pangkat pasha dan komando ketenteraan Turki tanpa harus menukar status agamanya", ini sebagai suatu tanda dalam memodenkan sistem meritokrasi di bawah pemerintahan Uthmaniyyah pada abad ke-19.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...