Thursday, March 14, 2013

Kazakh-Bangsa pengembara terbilang di Asia tengah



 Kazakh
Қазақтар
AbaiPainting 140x190.jpgAbylai khan 140x190.jpg
Baitursynov 140x190.jpgUSSR stamp Ch.Valikhanov 1965 4k.jpg
Alash-orda.jpg
(kiri ke kanan) A. QunanbayuliAblai KhanDinmukhamed Konayev
A. BaitursynovT. AubakirovChokan Valikhanov
Alikhan BokeikhanovMirjaqip Dulatuli
Jumlah populasi
sekitar 13,800,000
Kawasan dengan populasi yang signifikan
 Kazakhstan 10,098,600 [1]
 China 1,400,000 - 1,500,000 [2]
 Uzbekistan 800,000 - 1,100,000 [3]
 Russia 654,000 [4]
 Mongolia 140,152 [5]
 Turkmenistan 40,000 - 90,000 [6]
 Kyrgyzstan 33,200 [7]
 Afghanistan 21,000 [8]
 Turkey 19,000-25,000 [8]
 Germany 890 [8]
 Tajikistan 900 [9]
 Iran 10,000-15,000 [8]
 Ukraine 5,526 [10]
 Belarus 1,239 [11]
Bahasa
Kazakh, Rusia
(dan/atau bahasa setempat)
Agama
Majoriti Sunni Islam
Kelompok etnik terdekat
Bangsa Turkic yang lainnya
Orang Kazakh adalah kelompok penutur bahasa Turkic yang mendiami bahagian utara Asia Tengah (sebagian besar di wilayah Kazakhstan, namun dapat dijumpai di wilayah China bagian barat (tepatnya di provinsi Xinjiang), Uzbekistan, Rusia, dan Mongolia). Dahulu kala, orang Kazakh mendiami kawasan yang membentang dari Siberia di bahagian timur hingga Laut Hitam di bahagian barat dan saat ini hanya majoriti terfokus di kawasan Asia Tengah ketika penutur bahasa Turkic dan Turko-Mongol mulai menaklukkan wilayah tersebut sekitar abad ke-5 dan ke-13.

 Asal Mula Nama Kazakh

Bangsa Kazakh mulai menggunakan nama ini sejak sekitar abad ke-15 atau ke-16. Ada banyak pendapat mengenai asal-usul kata Kazakh atau Qazaq. Pada abad ke-13, dalam kamus bahasa Turki-Arab, Qazaq memiliki erti "mandiri" atau "bebas". Beberapa pendapat lain mengemukakan bahwa asal kata Qazaq, berasal dari bahasa Turki, qaz yang bererti mengembara, kerana  pada  zaman dahulu kala bangsa Kazakh dikenal sebagai pengembara padang rumput. Adapula yang mengemukakan bahawa, asal kata Qazaq berasal dari bahasa Mongol, khasaq (kereta beroda yang digunakan bangsa Kazakh untuk mengangkut barang-barang mereka).
Pada abad ke-19, ada sebuah penjelasan mengenai asal-usul nama Kazakh, yang berasal dari legenda terkenal bangsa Kazakh tentang angsa putih (qaz memiliki erti "angsa" dan aq bererti "putih"). Dalam mitos ini, seekor angsa putih padang rumput berubah menjadi seorang puteri, yang kemudian melahirkan seorang anak, yang kemudian menjadi nenek moyang bangsa Kazakh.
Pendapat lainnya tentang asal-usul kata Kazakh (Qazaq), berasal dari kata qazgaq dalam Bahasa Turkic kuno, yang pertama kali ditemukan pada abad ke-8 monumen Uyuk-Turan bangsa Turkik. Berdasarkan pada pakar bahasa Turkic asli Vasily Radov dan pakar bahasa oriental Veniamin Yudin, bahwa kata qazgaq berasal dari akar kata yang sama dengan kata qazgan ("untuk mendapatkan"). Oleh kerana itu, qazgaq bererti seseorang yang mencari keuntungan.

Qazaq, Kirghiz, Kaisak, Kazakh

Qazaq merupakan istilah umum di wilayah Asia Tengah pada abad pertengahan, secara umum merujuk pada kelompok atau individu yang telah mendapatkan atau mengambil kebebasan dari tokoh atasan/pemerintah Pada saat penaklukkan oleh bangsa Uzbek di Asia Tengah, tokoh Khan Uzbek, Abul-Khayr Khan mempunyai perbezaan dengan ketua Chinggisid Giray/Kirey dan Janibeg/Janibek, yang merupakan keturunan Urus Khan. Perbezaan tersebut mungkin akibat dari kekalahan Abul-Kahyr Khan di tangan dinasti Qalmaq.


sumber: wikipedia

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...