Artikel kali ini adalah berkaitan kata lauan yang tidak selamat digunakan atas talian (online) memandangkan ianya amat mudah diteka dan cukup popular.
Semakin hari nampaknya semakin ramai rakyat Malaysia yang menggunakan internet..tidaklah kiralah samada ianya ‘mobile broadband’ dari Maxis, Digi, Celcom, Yes 4G, P1 Wimax ataupun ‘wired broadband’ seperti TMNet dan Jaring.
Ramai daripada rakyat Malaysia memiliki akaun atas talian seperti Facebook, Gmail, Twitter , perbankan internet seperti Maybank2U, RHBNow, CIMB Click dan sebagainya.
Dan akaun-akaun tersebut memerlukan anda sebagai penggunanya mendaftarkan ‘username’ dan meletakkan kata laluan atau password sebelum dapat menggunakan perkhidmatan tersebut.
Tanpa disedari..musuh utama kita adalah kesilapan diri kita sendiri…
Baiklah..berbalik kepada 10 password tadi, di bawah ini disenaraikan 10 kata laluan yang tidak selamat itu:
1. password
2. 123456
3. 12345678
4. qwerty
5. abc123
6. monkey
7. 1234567
8. letmein
9. trustno1
10. dragon
Senarai di atas merupakan password yang paling kerap digunakan di seluruh dunia seperti yang dilaporkan oleh laman web SplashData.com.
Penggunaan password seperti diatas membolehkan penggodam membongkarnya dalam masa 10 minit secara puratanya. Para penggodam tidak perlu bersusah payah mencari akaun-akaun online yang menggunakan password ini memandangkan mereka mempunyai tool atau perisian yang membantu proses memecahkan kod dengan cepat.
Harap anda tidak memandang remeh perkara ini walaupun akaun anda dilindungi oleh ciri-ciri keselamatan seperti SSL
Ciri-ciri password yang bagus
Bagi membolehkan anda mencipta kata laluan yang baik dan lebih selamat..berikut ada sedikit petua mengenainya..password yang selamat mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara dengan kombinasi huruf dan nombor. Password tersebut sebaik-baiknya mempunyai simbol-simbol seperti !@#$%^&*()_+?>< untuk menambahkan tahap kesukaran menekanya.Selain itu..komputer anda seharusnya dilengkapi dengan perisian anti-spyware seperti yang ditawarkan oleh Kaspersky sekiranya anda menggunakan Windows.
Bagi anda yang menggunakan Ubuntu..pastinya lebih selamat walaupun bukan 100% namun harus diingat sistem operasi berasaslan Linux semakin popular seperti Ubuntu dan Android malah bilangan pengguna kedua-dua sistem operasi tersebut bertambah dengan pesat.
Hal ini pastinya menjadi perhatian para penggodam untuk mencipta tool yang boleh digunakan untuk menyerang perkakasan online anda tidak kira samada ianya komputer peribadi ataupun telefon bimbit.
Itu saja pos ringkas mengenai password..semoga anda tidak menjadi mangsa seterusnya kepada penggodam-penggodam ini.
No comments:
Post a Comment