Anjing | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
Canis lupus familiaris |
Anjing merupakan mamalia kanin dalam susunan karnivora. Telah dikatakan bahawa anjing dipelihara semenjak 12,000 tahun, tetapi mungkin selama 150,000 tahun berasaskan bukti genetik. Pada masa kini, anjing telah berubah menjadi beratus jenis dengan banyak variasi. Sebagai contoh, ketinggian dari beberapa inci (seperti anjing Chihuahua) sehingga hampir tiga kaki (seperti Irish Wolfhound), dan warna dari hitam ke putih, dengan merah, kelabu (biasanya dikenali sebagai biru), dan perang yang wujud dalam pelbagai varaiasi pola. Anjing, seperti manusia, adalah haiwan sosial dan pemburu berkelompok; kesamaan dalam tabiat mereka menjelaskan bagi tabiat mudah dilatih, suka bermain, dan keupayaan bagi menyesuai dengan kehidupan dalam rumah manusia dan keadaan sosial.
Anjing memenuhi pelbagai peranan dalam masyarakat manusia dan seringkali dilatih sebagai anjing bekerja. Bagi anjing yang tidak mempunyai tugasan tradisi, pelbagai jenis anjing sukan memberikan peluang bagi menunjukkan kemahiran semulajadi mereka. Dalam kebanyakan negara, peranan yang paling biasa dan kemungkinannya yang paling penting adalah sebagai teman. Anjing telah hidup dan bekerja bersama manusia dalam banyak peranan sehinggakan ketaatan mereka mendapat gelaran "teman terbaik manusia".
Perspektif agama
Islam
Pada masa yang sama, sesetengah agama seperti Islam pula menganggap cecair yang berasal dari anjing sebagai najis. Walaubagaimanapun, di sesetengah lokasi di mana agama Islam adalah agama majoriti, sesetengah anjing, seperti anjing Saluki, tetap dibela, malah, dibenarkan masuk ke dalam rumah tuannya. Anjing Saluki masih dianggap sebagai anjing yang penting untuk orang Bedouin.Dalam Al-Quran, anjing ada disebut beberapa kali, pertamanya dalam Surah Al-Kahfi yang menceritakan tentang kisah Ashabul Kahfi.[1]. Anjing dianggap teman manusia dan mulia. Majoriti Ulama Sunni menegaskan anjing boleh dimiliki oleh pekebun, pemburu, dan penternak. Ini dengan tujuan untuk menjaga keselamatan tanaman, dan haiwan ternakan mereka dari diancam bahaya, dan sebagai kaedah memburu haiwan yang halal dimakan misalnya anjing digunakan untuk memburu rusa liar. Tetapi kebenaran untuk memburu menggunakan bantuan anjing mestilah anjing itu terlatih dan tidak menyebabkan haiwan buruan mati sebelum sempat disembelih oleh pemburu.[2]
Namun begitu, ulama dan cendekiawan Islam tetap merujuk anjing sebagai haiwan tidak suci. Orang Muslim yang tersentuh mahupun dijilat anjing mesti melakukan ritual penyucian yang dikenali sebagai samak pada bahagian tubuh yang bersentuhan dengan bendalir atau bulu anjing. Berdasarkan Hadis Sunni Muslim, sekiranya sesuatu bekas, bejana atau apa sahaja barang kegunaan umum yang menjadi bekas untuk anjing menjamah makanannya, orang Muslim perlu menyamak bekas berkenaan dengan 7 kali cucian (1 air tanah suci dan 6 air tulen (air mutlak suci)), sebelum boleh dipakai semula untuk tujuan menyimpan makanan atau kegunaan lain.
No comments:
Post a Comment