Ramalan Penaklukan Mekah Yang Tepat di Dalam Al-Quran
>> Friday, January 1, 2010
Satu
lagi aspek keajaiban Al-Qur'an ialah bahawa ianya mendedahkan lebih
awal lagi beberapa peristiwa penting yang berlaku di masa hadapan. Ayat
27 surah al-Fath, sebagai contoh menyampaikan khabar gembira bahawa
mereka akan menakluk Mekah yang mana ketika itu di bawah penguasaan
masyarakat jahiliyyah.
"Sesungguhnya
Allah akan membuktikan kepada rasulnya tentang kebenaran mimpinya
dengan sebenarnya (iaitu ) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki
Masjidil Haram, Insya Allah dalam keadaan aman, mencukur rambut dan
kepada dan mengguntingnya, sedang kamu ketahui dan Dia memberikan
sebelum itu kemenangan yang hampir (Penaklukan Khaibar). (Surah Al-Fath,
27)
Dalam
pertimbangan yang lebih teliti, ayat ini seolah-olah mengumumkan satu
lagi kemenangan yang akan terjadi sebelum kemenangan Mekah. Sebenarnya,
seperti yang dinyatakan di dalam ayat, orang mukmin akan mula menakluk
perkampungan Khaibar, yang mana ketika itu di bawah jajahan Yahudi dan
kemudian memasuki Mekah.
Pemberitaan
mengenai peristiwa ini yang akan terjadi di masa hadapan hanyalah
sebahagian dari kebijaksaan di dalam Al-Qur'an. Dan ini juga adalah
bukti bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, Maha Mengetahui. Sebenarnya,
ini adalah wahyu yang diturunkan kepada umat manusia dari Tuhan yang
Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment