Angin Penyuburan di Dalam Al-Quran
Dalam sepotong ayat Al-Qur'an, ciri-ciri 'penyuburan' dalam angin, dan formasi hujan sebagai hasilnya disebutkan;
Dan
Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan
dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu...Surah al-Hijr;22.
Dalam
ayat ini, dinyatakan bahawa peringkat pertama dalam pembentukan hujan
ialah angin. Sehingga awal abad ke 20, hubungan antara angin dan hujan
yang hanya diketahui ialah angin berfungsi menurunkan hujan.
Bagaimanapun, penemuan meterologikal moden telah menunjukkan peranan
'penyuburan' angin dalam pembentukan hujan.
Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti berikut;
Pada
permukaan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah,
beribu-ribu zarah halus, dengan diameter sekecil satu dari beratus
millimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini, dikenali sebagai 'aerosol',
bersebati dengan debu dari daratan melalui angin, dan dibawa ke lapisan
atmosfera yang lebih tinggi. Zarah-zarah ini dibawa ke altirud yang
lebih tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di
atas sana. Wap air menyahwap disekeliling zarah-zarah ini dan bertukar
menjadi titisan air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan
membentuk awan, dan kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.
Seperti
yang dilihat, angin 'menyuburkan' wap air yang berserakan di udara
dengan zarah-zarah yang dibawa dari laut, dan akhirnya membantu
pembentukan gumpalan awan.
Sekiranya angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan terbentuk, dan di sana tidak akan wujud hujan.
Fakta
yang paling penting di sini ialah bahawa peranan penting yang dimainkan
oleh angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad lamanya
dalam ayat Al-Qur'an, ketika manusia hanya mengetahui sedikit sekali
mengenai fenomena semulajadi…
No comments:
Post a Comment