-JENIS-JENIS DADAH-
1-Heroin
Definasi
-Berasal daripada perkataan Jerman
iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam
tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin.
Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali
lebih kuat dari Morfin.
Jenis/Bentuk
Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4, Brown Heroin , Heroin Black Tar
Nama Lain
Big H , Dope , Smack , TNT
Cara Penggunaan
Menguntik , Menghidu
Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul
2-Morfin
Definasi
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin
mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat
gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% - 90% morfin hidroklorid dan
setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1
Bes
Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus
morfinnya 60% - 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk
kopi .
Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.
Jenis/Bentuk
Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin
Nama lain
M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan
Cara Penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Hilang
selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan ,
pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas
3-Candu
Definasi
Dihasilkan daripada buah popi muda .
Candu
mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi
muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila
terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .
Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .
Jenis /Bentuk
Candu mentah , candu masak , tahi candu
Nama lain
Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar
Cara penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul
4-Ganja
Definasi
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp .
Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC (
Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang
mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam
sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal
dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1
minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel
badan .
Jenis/Bentuk
Seperti daun kering dan dimampat
Nama lain
Grass , pot , Marijuana , weed
Cara penggunaan
menghisap
Ciri-ciri penagih
Sering
mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah
marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan
, kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul
5-Syabu
Definasi
Sejenis
dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan ,
syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang
paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih
kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .
Jenis/Bentuk
Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas
Nama lain
Ice
Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu
Ciri-ciri penagih
Yakin
pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari
tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata
dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan
6-Ecstacy/MDMA
Definasi
Juga
dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methyleneioxymethamphetamine . Kerap
kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat
hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah
psychoactive .
Jenis/Bentuk
Pil dengan pelbagai warna dan simbol
Nama lain
Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA
Cara penggunaan
Menelan , campur dan minuman
Ciri-ciri penagih
Gembira
& terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh
melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat
, hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas
dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur
7-Ketamin
Definasi
Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan ditemasya tari-menari atau raves .
Jenis/Bentuk
Serbuk putih , kristal , cecair , pil
Nama lain
“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat
Cara penggunaan
Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman
Ciri-ciri penagih
Berada
di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran ,
sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang
masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas hilang keseimbangan badan
, mual dan muntah-muntah
No comments:
Post a Comment