Thursday, September 20, 2012

-PERBEZAAN 2 BUAH KOREA-

Semenanjung Korea
Semenanjung Korea
Pernahkah anda terfikir tentang apa perbezaan antara Korea Utara dan Korea Selatan? Dalam artikel ini penulis akan dedahkan apa perbezaan antara utara dan selatan dan sebab Korea boleh berpecah menjadi dua.
Anak Bapa
Anak Bapa
Korea Utara
Atau nama sebenar dalam bahasa Korea iaitu Republik Demokratik Rakyat Joseon (Hangul: 조선민주주의인민공화국, Hanja: 朝鮮民主主義人民共和國, Joseon Minjujuui Inmin Gonghwaguk) adalah sebuah negara komunis yang diperintah oleh Kim Jong-il. Negara ini amat popular dengan propaganda dan pemujaan pemimpin mereka iaitu Kim Jong-il dan bapanya Kim Il-sung. Kerajaan Korea Utara gemar mempengaruhi rakyat mereka supaya membenci orang Amerika atas sebab orang Amerika yang memisahkan negara mereka menjadi dua. Memuja Kim Il-sung dan anaknya, Kim Jong-il yang dikatakan penyelamat bangsa Korea daripada pengaruh Jepun dan Amerika. Apa yang kita lihat tidak semestinya apa yang mereka rasai kerana kebanyakan cuma propaganda sahaja. Anda boleh dihukum mati jika keluar dari Korea Utara ke Korea Selatan. Keadaan ekonomi mereka amat berbeza sekali berbanding Korea Selatan dan kebuluran sering terjadi di kawasan desa di Korea Utara.
Kerajaan Korea Utara mengamalkan dasar Fahaman Juche (Hangul: 주체사상, Juche Sasang) iaitu berdikari sendiri tanpa bantuan dari luar. Sementara itu, Korea Utara mengharamkan telefon bimbit dan menghadkan penggunaan Internet di negara mereka. Jika anda melihat dokumentari dari Korea Utara, memang tidak sah jika anda tidak nampak potret Kim Jong-il serta ayahnya tergantung di dinding rumah, sekolah dan sebagainya. Mereka dianggap dewa di negara mereka.
Seoul
Seoul
Korea Selatan
Atau nama sebenar dalam bahasa Korea iaitu Republik Han (Korea) (Hangul: 대한미국, Hanja: 大韓民國, Daehan Minguk) adalah sebuah negara yang dianggap salah satu negara yang termaju di Asia. Korea Selatan mengalami ketumbuhan ekonomi yang sangat menakjubkan sehingga digelar Keajaiban Sungai Han (Miracle of Han River). Disinilah datangnya semua artis-artis Korea yang kita minati dan drama-drama Korea yang selalu kita tontoni. Korea Selatan telah menjadi salah satu pengerak ekonomi dunia. Walaupun Korea Selatan mengalami masa yang sukar semasa zaman 50-an ke 70-an, amat menakjubkan jika kita lihat mereka boleh berdiri semula dengan sungguh pantas sekali.
Jika kita bandingkan antara kedua-dua negara tersebut, cuma kemajuan ekonomi dan ideologi sahaja yang membezakan antara dua negara ini. Kedua-dua Korea telah bertungkus-lumus untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan semua kedua-dua negara tersebut namun masih belum berhasil. Bayangkan jika kedua-dua negara itu bersatu semula, apa yang akan terjadi? Faktor utama yang menghalang penyatuan sudah tentu ideologi komunis yang berlawanan dengan kapitalis. Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi mungkin 20 ke 30 tahun yang akan datang.
Tentera Korea Utara Meneropong ke Selatan
Tentera Korea Utara Meneropong ke Selatan
Sebab Perpecahan
Sebab Korea boleh berpecah ialah penjajahan Jepun ke atas Semenanjung Korea pada 1905. Dan mula dipecahkan menjadi dua oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat pada tahun 1945 selepas perang dunia ke-2. Sebab itu, dua kerajaan Korea yang berasingan telah ditubuhkan dan ini telah mencetuskan Perang Korea 1950 antara kedua-dua Korea tersebut untuk mengawal keseluruhan Semenanjung Korea. Pada tahun 1953, perjanjian gencatan senjata telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak namun perjanjian damai tidak pernah ditandatangani. Oleh itu, secara teknikal, kedua-dua Korea tersebut masih dalam perang. Di kawasan sempadan antara dua Korea, perang dingin masih berlaku dan Korea Utara sering cuba ingin menyerang Korea Selatan secara senyap.
Konklusi
Diharapkan anda telah tahu dan memahami sebab mengapa Korea boleh berpecah menjadi dua dan jadikan apa yang berlaku di Korea sebagai pengajaran buat kita semua. Wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...