Orang Melayu Myanmar
Sejarah
Divisyen Tanintharyi (bahasa Melayu: Tanah Seri) mengikut sejarah merangkumi keseluruhan semenanjung Tanintharyi - Bahagian Tanintharyi hari ini, negeri Mon dan Negeri Kayin selatan. Daerah semenanjung ini adalah sebahagian dari kerajaan Mon asas Thaton sebelum tahun 1057 dan sebahagian dari Empayar Pagan Raja Anawrahta selepas tahun 1057. Tidak lama selepas jatuhnya Pagan pada tahun 1287, kawasan ini jatuh ke kerajaan Thai Sukhothai yang berkuasa, dan kemudian penggantinya keraja beraja Ayutthaya. Daerah ini dipulangkan kembali kepada Myanmar pada tahun 1564 apabila Raja Bayinnaung dari dinasti Taungoo menakluk semua wilayah Siam. Sebuah kerajaan yang bangkit semula selapas Ayutthaya menuntut semula bahagian selatan Tanintharyi pada tahun 1593 dan keseluruhan semenanjung pada tahun 1599.[3] Pada tahun 1614, Raja Anaukpetlun mendapat kembali sebahagian atas pantai ke Dawei tetapi gagal menawan kembali wilayah selebihnya.[4] Raja Alaungpaya dari Dinasti Konbaung memulih seluruhan daerah ini untuk orang Myanmar pada tahun 1758. Orang Myanmar menggunakan Tanintharyi sebagai asas maju untuk melancarkan beberapa serangan ke atas Siam pada tiga dekad yang berikut. Orang Siam cuba untuk mengambil semula Tanintharyi pada tahun 1792 tetapi orang Myanmar berjaya menangkis serangan.[5] Tidak lama selepas perang tamat, Britain dan Siam menandatangani perjanjian persempdanan pada 20 Jun 1826, dan sebuah lagi perjanjian pada tahun 1868.[6] Pada abad ke-18, Mergui adalah pelabuhan milik keraja beraja Ayutthaya. Ia menjadi sebuah pusat perdagangan penting, khususnya untuk orang eropah, yang akan mendarat di Mergui, mengembara atas sungai ke Tanintharyi (Tenasserim) dan kemudian menyeberangi gunung-ganang untuk sampai ke Ayutthaya. Pegawai Perancis Chevalier de Beauregard dijadikan gabenor bandar Mergui selepas pemberontakkan terhadap orang Inggeris padabulan Julai 1687.[7] De Beauregard telah dinamakan Gabenor oleh raja Siam Narai, untuk mengganti Samuel White, seorang Inggeris.[8] Orang Perancis kemudian diusir dari Mergui berikutan revolusi Siam pada tahun 1688. British menduduki daerah ini selepas Perang Burma-Inggeris Pertama (1824–1826). Rakhine dan Tanintharyi dipindahkan ke pemerintahan British. Kesimpulannya, kebanyakan dari orang Melayu yang menetap di selatan Myanmar dan selatan Thailand adalah berketurunan Melayu Kedah. Ini di sebabkan oleh kerana Kedah pernah menjadi kuasa hebat dalam sejarah Asia Tenggara. Empayarnya memanjang dari bahagian selatan Myanmar Taninthayi hingga negeri-negeri utara Malaysia.
Demografi
Majoriti penduduk Kawthaung terdiri dari etnik Thai yang beragama Islam atau Buddha, Bamar dan etnik-etnik minoriti yang lain (seperti Shan, Karen dan Mon). Orang Salone (Moken), Gipsi Laut, dan Melayu dikenali dengan nama, "orang Pashu" oleh penduduk tempatan. Cina Burma dan India Burma, yang berpindah ke Kawthaung semasa era penjajahan untuk melombong bijih timah dan industri-industri lain juga mendiami Kawthaung. Jumlah penduduk Pashu adalah kurang dari 100,000 di sebabkan ramai daripada mereka berhijrah ke Malaysia, Thailand dan ke wilayah-wilayah lain di Burma, terutamanya ke Rangoon. Orang Pashu selebihnya banyak mendiami bahagian paling selatan, Kawthaung. Kawthaung (Burma: ; MLCTS: kau. saung: mrui.; Thai: เกาะสอง; Melayu: Pulodua) adalah bahagian terselatan di Myanmar. Ia terletak di Divisyen Tanintharyi. Semasa pemerintahan British di Burma di antara tahun 1824 dan 1948, ia dikenali sebagai Titik Victoria. Pada tahun 1859, sebuah kumpulan Cina dan Thai tempatan mendiami Maliwan, sebuah tempat dengan banyak tumbuhan berbunga yang dikenali sebagai Maliwan dalam bahasa Thai. Pada akhir tahun 1865, sebuah kumpula Arab-Melayu yang diketuai oleh Nayuda Ahmed, berlayar dan memungut barangan laut di sekitar Kepulauan Mergui dan mendirikan sebuah penempatan dan kampung di teluk Titik Victoria.[9] Melayu Burma tertumpu di bandar Bokpyin dan kampung-kampung sekitarnya dan beberapa pulau di Teluk Bengal.
Bahasa, budaya dan kepercayaan
Kumpulan etnik Melayu ini mempunyai hubungan rapat dengan Melayu Kedah dan wilayah di selatan Thailand (Melayu Thailand) yang mana dari segi sejarahnya membentuk Kerajaan Melayu Patani purba. Bahasa yang paling banyak dituturkan di kawasan ini adalah Burma, diikuti dengan Thai. Orang Melayu Burma mampu bertutur dalam dua bahasa iaitu bahasa Burma dengan loghat Myeik (Beik) sepertimana rakyat tempatan selain bahasa Melayu yang mana tergolong di dalam keluarga bahasa Austronesia. Orang Melayu di Burma bertutur dalam dialek Kedah-Perlis. Etnik Melayu memiliki budaya Muslim sejak abad ke-15.[11] Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca nusantara, dan bahasa bahasa-bahsa creole berasaskan bahasa Melayu yang wujud di kawasan paling selatan di Burma. Selain bertutur dalam bahasa Melayu, beberapa golongan tua boleh membaca tulisan Jawi, tulisan bahasa Melayu yang ditulis dalam abjad Arab (bahasa Melayu moden juga ditulis dalam abjad Rom). Golongan ini tertumpu di bandar Bokpyin dan kampung sekitarnya serta pulau-pulau yang berhampiran di Teluk Benggala. Di Kawthaung (bandar paling selatan di Burma), di seberang Ranong di selatan Thailand, terdapat banyak masjid termasuk Masjid Pashu.[12] Ramai beberapa orang Pashu yang berkahwin campur dengan Muslim lain di Burma. Beberapa remaja mereka menerima pendidikan kerajaan sekular Burma, akan tetapi terdapat juga yang menerima pendidikan di sekolah agama Islam. Orang Melayu Burma adalah pengikut aliran Sunnah Islam yang terdiri dari Mazhab Shafie, sedikit berbeza daripda Mazhab Hanafi bagi Muslim lain di Burma.
Perkerjaan
Pada hari ini, orang Pashu telah tinggal di bandar dan aktif dalam menjalankan perniagaan di bandar dan merentas sempadan. Terdapat hanya sebilangan kecil masih terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan, menoreh getah dan memetik kelapa, pembuatan belacan, memungut sarang burung dan perternakan mutiara.
No comments:
Post a Comment