Sebagaimana catatan perjalanan Encik William Chai ke Taiwan yang telah
disiarkan dalam akhbar Eastern Times bertarikh 28 April 2009, Selasa, di
muka surat E8 dan E9.
Kaum Aborigines Taiwan adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kaum pribumi/bumiputera di Taiwan. Kajian terbaru menunjukkan nenek moyang mereka sudah mendiami pulau Taiwan lebih kurang 8,000 tahun sebelum imigran Cina berketurunan Han berhijrah dari Tanah Besar China ke pulau ini pada kurun ke-17. Kaum Aborigines Taiwan tergolong dalam kumpulan orang Austronesia iaitu bahasa dan genetik mereka lebih dekat dengan kumpulan etnik Austronesia yang lain seperti orang Filipina, Melayu, Indonesia, Madagascar dan Oceania. (Hill et al. 2007; Bird, Hope & Taylor 2004).

Menurut
Encik William Chai, setiap pagi, pemandu pelancongnya, Hung Chia Hong,
akan mengucapkan “Selamat Pagi”. Encik William Chai tidak berasa
terkejut kerana pada anggapannya, adalah menjadi satu kelaziman Pemandu
Pelancong akan mempelajari beberapa patah perkataan negara pelancong
yang hadir bagi mendekatkan diri dengan pelancong tersebut.
Walaubagaimanapun, ketika Encik William Chai tiba di Ibukota Taiwan
iaitu Taipei, kumpulan pelancongan beliau telah melawat firma komersil
yang dikenali sebagai The Mao’s Princess House yang menjual produk dari
kawasan pergunungan. Keluarga Mao ini adalah dari kumpulan etnik Shao
(Dieja sebagai “Thao” di Taiwan dan China). Etnik Shao merupakan etnik
terkecil berbanding kaum asli Taiwan yang lain iaitu hanya berjumlah
sekitar 300 orang. Perkampungan etnik Shao ini terletak di Danau
Matahari Bulan (Sun Moon Lake), salah satu tarikan utama di Taiwan yang
mendapat nama kerana keadaan bentuk danaunya. Mereka menjadikan Rusa
Putih sebagai lambang etnik mereka.
Kumpulan beliau telah disambut oleh dua orang wanita cantik yang menyajikan mereka minuman teh ketika hadir. “Minum teh” wanita muda yang bernama Mao Siang Hui menyambut Encik William Chai ketika menghidangkan teh dari kawasan pergunungan tinggi kepadanya. “Xie-Xie Ni” (Bermaksud ‘terima kasih’ dalam Bahasa Mandarin). “Terima kasih” balas wanita tersebut. Mao Siang Hui kemudian bertanya kepada Encik William Chai dalam Bahasa Mandarin “Adakah anda datang dari Da Luk (Tanah Besar China)?” Encik William Chai berasa kehairanan kerana beranggapan sebelum ini wanita tersebut menyambutnya dalam Bahasa Melayu kerana mengetahui beliau datang dari Malaysia.
“Tidak, saya dari Malaysia. Tapi, jika awak menganggap saya datang dari China, mengapa awak bercakap dengan saya dalam Bahasa Melayu?”. Encik William Chai bertanya penuh keraguan. “Oh, tidak! Saya bercakap dalam bahasa saya sendiri, Bahasa Shao, yang mempunyai persamaan dengan Bahasa Melayu”. Mao Siang Hui membalas. Kemudian, seorang staf lelaki memaklumkan wanita tadi merupakan Puteri Shao, iaitu puteri kepada etnik Shao dengan nama keluarga Mao. Mereka merupakan cucu kepada Ketua Puak Shao.
Encik William Chai kemudian membuat semakan di Wikipedia bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kaum Aborigines di Taiwan. Fakta lain yang diperolehi adalah bahasa bagi etnik Ami (Puak terbesar di kalangan kaum asli Taiwan) menyebut nombor 5 sebagai “Lima” dan nombor 6 sebagai “Enam”. Walaubagaimanapun, pada hari ini, kebanyakan generasi muda orang asli di Taiwan tidak lagi mampu bertutur dalam bahasa asal mereka kerana mendapat pendidikan di Sekolah Cina.
Encik William Chai turut melawat Kampung Budaya Ami yang terletak di Daerah Hualien. Etnik Ami dalam Bahasa Mandarin disebut sebagai Ah Mei Zu. “Naruwan! (Selamat datang)” Encik William Chai disambut oleh seorang wanita Ami, Chuang Yik Mei. Beliau dimaklumkan masyarakat Ami mengamalkan budaya sebagaimana adat masyarakat Minangkabau iaitu perempuan menjadi ketua keluarga dan mempunyai kuasa yang lebih daripada lelaki. Walaubagaimanapun, kebanyakan adat ini tidak lagi diamalkan memandangkan ramai orang Ami yang telah berkahwin campur dengan masyarakat Han yang telah mempengaruhi budaya masyarakat Ami kini.
Chuang Yik Mei memaklumkan bagi memelihara kebudayaan etnik Ami, sebahagian penari di kampung budaya ini merupakan pelajar. Terdapat dua sesi persembahan budaya yang diadakan pada setiap petang iaitu pada jam 5.30 petang dan 7.20 petang. Salah satu tarian etnik Ami iaitu Tarian Buluh mempunyai persamaan dengan Tarian Alu-alu yang dimainkan oleh etnik Melanau di Negeri Sarawak.

No comments:
Post a Comment