- Tenggiling atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Malayan Pangolin iaitu salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia.
- Nama sainstifiknya ialah Manis Javanis.
- Malaysia ialah salah satu daripada 12 buah negara yang memiliki bilangan flora dan fauna yang terbanyak iaitu 15,000 spesis.Antaranya 286 spesis mamalia,lebih 150,000 spesis invertebrata dan vertebrata,lebih 1000 spesis rama-rama,12,000 spesis kupu-kupu dan lebih 4000 spesis ikan laut.
- Tenggiling merupakan haiwan bertulang belakang(vertebrata).
- Merupakan haiwan mamalia,berdarah panas,melahirkan anak,menjaga anak dan mempunyai bulu di badan
- Jantung tenggiling terdiri daripada empat bahagian seperti manusia.
- apabila terancam Tenggiling akan menggulungkan badannya sebagai satu pertahanan dengan menggunakan sisiknya yang keras.
- Makanan utamanya ialah semut dan anai-anai.
- Tenggiling suka berehat di dalam lubang yang terdapat pada bahagian akar pokok yang besar serta mengorek lubang dalam tanah.
- Musuh utama Tenggiling ialah harimau belang serta harimau bintang.
- Di samping Malaysia Tenggiling turut boleh dijumpai di Indonesia(pulau Jawa dan Nusa Tenggara),Filipina,Laos,Vietnam dan Kemboja
Monday, November 12, 2012
TENGGILING
Malaysia dan negara-negara jirannya sangat kaya dengan flora dan fauna
yang hanya boleh didapati di rantau Asia Tenggara.Pengetahuan tentang
kewujudan ini turut menjadi keutamaan saya untuk menulis tentangnya.Di
Malaysia sendiri terdapat pelabagai haiwan dan tumbuhan yang unik.Untuk
permulaaan saya paparkan tentang Tenggiling,haiwan unik yang semakin
sukar dijumpai.teringat sewaktu saya berumur 5-6 tahun tenggiling begitu
banyak dijumpai di sekitar kampung saya di sebelah Perak Utara,namun
kini Tenggiling semakin sukar untuk dijumpai walau pun di pinggir hutan
akibat ditangkap sebagai makanan atau haiwan eksotik atau pun habitatnya
diganggu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment