Saturday, November 10, 2012

TAMAN NEGARA SIMILAJAU,SARAWAK


Pengenalan

Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/

Selepas seharian penat bekerja atau mungkin untuk melarikan diri sementara dari kesibukan kota pada hujung minggu, adalah lebih baik untuk mencari tempat yang sesuai untuk merehatkan minda dan melepaskan tekanan. Satu daripadanya adalah dengan mengunjungi Taman Negara Similajau di Bintulu.


Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/

Taman ini menjanjikan satu kelainan dan keunikannya bukan sahaja dari segi kemudahan yang ditawarkan malahan menyimpan banyak khazanah alam semulajadi yang amat berharga yang boleh diterokai oleh pengunjung-pengunjungnya.Taman yang diuruskan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC)itu telah diwartakan pada 1 Disember 1976.


Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/

Keluasan taman itu merangkumi 7,064 hektar di garisan pantai (kawasan darat) termasuk 1,932 hektar kawasan laut dan sebahagian daripada kawasan pemeliharaan untuk pelbagai spesies hidupan liar dan spesies pokok hutan. Taman yang terletak 30 kilometer Timur Laut bandar Bintulu itu merupakan destinasi sangat popular pada hujung minggu.


Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/

"Berbanding dengan taman-taman lain di Sarawak, Taman Negara Similajau cukup unik dan menarik, memandangkan taman ini berdekatan dengan bandar, malahan untuk sampai ke taman ini dari bandar Bintulu hanya memakan masa 30 minit sahaja dengan memandu kenderaan," kata Pengurus Wilayah SFC Bintulu, Mohamad Jirin Anis.


Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/


Sambil menjelaskan kedudukkan taman ini sebagai satu kelebihan katanya, "kedudukkannya yang dekat dan lokasinya yang terletak 30 kilometer di Timur Laut bandar Bintulu akan memudahkan ramai pengunjung mengunjungi taman ini khususnya penduduk tempatan."


"Sasaran kita adalah untuk melihat ramai penduduk tempatan datang ke sini serta menikmati khazanah alam berharga yang ditawarkan taman ini," tambahnya semasa ditemubual.


Similajau National Park

foto:http://www.flickr.com/

Bagi menjelaskan mengenai maksud keunikan dan kelainan yang ditawarkan di Taman Negara Similajau, Mohammad Jirin berkata,


terdapat tiga khazanah hutan utama dan paling berharga di taman itu antaranya adalah hutan pantai, hutan kerangas, hutan  Mixed Dipterocarp' serta hutan paya bakau.


`


Similajau National Park
foto:http://www.flickr.com/

"Manakala hidupan liar yang terdapat di taman ini pula adalah ikan lumba-lumba, penyu, buaya air masin yang terdapat di Sungai Likau dan belangkas," katanya.

Khazanah hutan berharga yang terdapat di Taman Negara Similajau adalah menakjubkan kerana ia merupakan hutan istimewa


yang ditumbuhi pelbagai spesies pokok dan tumbuhan serta kewujudan batu-batu besar di samping pokok-pokok rhu yang


tumbuh di kawasan sepanjang pantai Similajau serta pokok paya bakau yang boleh ditemui berdekatan dengan Sungai Sebubong.


Similajau National Park
foto:http://www.flickr.com/Hutan `mixed dipterocarp' pula merupakan hutan yang memiliki pokok-pokok besar yang bersimbolkan hutan hujan tropika.





Terdapat 24 spesies hidupan liar dan 185 spesies burung di rekodkan terdapat kawasan taman ini, manakala buaya air masin


yang mendiami habitat di muara sungai memakan haiwan-haiwan kecil seperti ikan, biawak dan sebagainya.


Apa yang paling unik adalah spesies Belangkas serta penyu hijau yang datang ke pantai Similajau Golden Beach untuk


bertelur dan ikan lumba-lumba yang mungkin boleh ditemui berenang berdekatan dengan kawasan pantai di taman itu.
















foto:http://udangsungaisepitbiru.blogspot.com/
Kemudahan:


Dengan pelbagai khazanah alam yang terdapat di taman ini katanya, pihak taman tidak akan mengabaikan aspek penyediaan


kemudahan untuk para pengunjung menikmati keindahan-keindahan alam semulajadi itu antaranya adalah laluan untuk


treking dan papan pejalan kaki menuju ke sembilan jejak di taman ini.













foto:http://udangsungaisepitbiru.blogspot.com/

"Jejak utama adalah jejak ke Golden Beach, Turtle Beach I & II, Batu Anchau, Sebubong Pool, Circular Trail dan


Education Trail (untuk pendidikan semulajadi pengunjung dan pelajar)," kata Mohamad Jirin sambil menjelaskan untuk


sampai ke Golden Beach memakan masa empat jam dengan berjalan kaki dan sejam dengan menggunakan pengangkutan bot.


"Apa yang menariknya tentang Golden Beach ialah pantai kelihatan macam emas. Ini merupakan satu produk yang


unik dan menarik kerana pasir-pasir di kawasan taman ini kelihatan macam emas," katanya.











foto:http://udangsungaisepitbiru.blogspot.com/

Menceritakan lebih lanjut mengenai kawasan Turtle Beach pula katanya, ia merupakan pantai bagi penyu-penyu bertelur


pada musim di antara April hingga September tetapi dalam jumlah yang kecil berbanding di pantai Taman Negara


Talang Satang (Bahagian Kuching) yang mana penyunya bertelur banyak.


"Namun ia merupakan kawasan pemuliharaan khas untuk penyu di taman ini, bagaimanapun kita berharap dan merancang


untuk mendapatkan lebih banyak tempat bagi projek pemuliharaan penyu di Bintulu untuk tahun ini," jelasnya.











foto:http://udangsungaisepitbiru.blogspot.com/

Katanya, kemudahan yang paling menarik disediakan oleh pihak taman adalah pelayaran atau ronda-ronda sungai dengan


bot di sepanjang Sungai Likau dan pantai di taman atau menuju ke Batu Mandi di hadapan taman yang memberi pilihan


kepada pelawat untuk menikmati keindahan persekitaran dan laut di Taman Negara Similajau.


Selain itu katanya, tempat penginapan untuk bermalam serta berehat turut disediakan untuk mereka yang mengunjungi taman ini.


Antara kemudahan penginapan yang disediakan ialah Rumah Rehat Kenamaan (VIP), Pandu Masuk Chalet (Drive In Chalet),


Hostel atau Asrama 18 bilik, tapak perkhemahan untuk yang mahu bermalam dan mendirikan khemah di kawasan taman,
tempat mandi awam, tempat berbeku dan pondok rehat.


"Kita mempunyai banyak chalet yang kini masih dinaik-taraf. Kemudahan chalet itu belum dibuka untuk tempahan bagi penginapan pengunjung buat masa ini disebabkan masih dalam pembinaan," katanya sambil menambah kerja-kerja menaik taraf itu dijangka siap pada April 2010.


Beliau berkata, enam chalet baru yang dalam pembinaan semula serta dinaik-taraf apabila siap kelak diharap akan memberikan kemudahan penginapan yang selesa dan baik untuk pelawat.


Dalam perkembangan lain katanya, setakat ini tumpuan akan diberikan kepada pelawat-pelawat yang mahu menikmati aktiviti lasak seperti treking dan sebagainya di kawasan taman.


Kesan Krisis Ekonomi:


Mengenai kesan krisis ekonomi global katanya, "Ia tidak begitu menjejaskan potensi taman ini sebagai tempat eko pelancongan


menarik memandangkan produk yang ditawarkan masih ada di situ dan kita juga tidak terlalu bergantung kepada kehadiran pelancong asing".



foto:http://mstar.com.my/
 "Operasi taman ini sebagai destinasi menarik untuk dikunjungi juga masih diteruskan. Namun harapan kita adalah agar lebih



ramai pelancong domestik datang ke taman ini pada tahun ini dengan sasaran kita adalah kunjungan sekitar 80 peratus


pelancong domestik khususnya selepas kemudahan taman dipertingkatkan kerana taman ini menjanjikan tempat berekreasi


pada hujung minggu dan tempat yang sunyi bagi merehatkan minda dari kesibukan kota," katanya.





foto:http://mstar.com.my/
 Begitupun katanya, sekiranya ramai pelancong asing datang ke taman ini, ia adalah sesuatu yang amat baik.



"Kita sebenarnya masih ada pelawat," katanya sambil menambah pelancong asing yang datang ke taman ini selalunya membuat

penyelidikan terhadap sumber asli dan melihat pelbagai spesies burung, manakala pelancong tempatan pula lebih tertumpu


kepada rekreasi, menyaksikan matahari terbenam di waktu senja, berbeku, berjalan-jalan di pantai, melakukan aktiviti trip pendidikan dan sebagainya.


Kehadiran Pelawat:


Mohamad Jirin berkata, setakat tahun 2008 lepas, kehadiran pelancong asing adalah seramai 1,700 ke Taman Negara Similajau


yang kebanyakannya membuat penyelidikan dan menikmati keindahan alam semulajadi.



foto:http://mstar.com.my/
 "Dan dengan pelaksanaan projek Koridor Tenaga Boleh DiPerbaharui Sarawak (Score), maka peluang kita adalah untuk mendapat lebih ramai pelawat datang ke taman terutamanya warganegara asing yang bekerja dalam Score."


"Taman ini menyediakan kemudahan rekreasi untuk mereka berehat selepas sepanjang hari bekerja malahan terletak


berdekatan di antara sempadan Score, justeru kita akan berusaha untuk meningkatkan produk-produk baru yang diperlukanoleh pelawat ini," katanya.


Selain itu katanya, sejajar dengan kewujudan Score maka pihaknya juga akan memperkenalkan lebih banyak produk-produk baru untuk pelawat di taman itu.


Bagaimanapun katanya, "Kita berharap penduduk di Bintulu mengambil peluang ini untuk datang beramai-ramai mengunjungi dan


menikmati keindahan taman ini terutama yang ingin menginap, beriadah bersama keluarga dan teman-teman".


Sementara itu, masa yang paling sesuai dan baik untuk melawat Taman Negara Similajau adalah pada musim kering antara


Februari hingga Oktober apabila garisan pantai kelihatan begitu menarik dengan air lautnya kehijauan bercahaya
yang mana baik untuk mandi-manda dan berenang.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Jabatan Hutan
(National Park/Wildlife)
Bahagian Bintulu
97008 Bintulu
Tel: (60)86-336101 Fax : (60)86-331923
web:http://www.sarawak.forestry.gov.my


 
 
sumber:http://udangsungaisepitbiru.blogspot.com/
foto:http://www.flickr.com/
foto:http://mstar.com.my/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...