Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungkai
adalah dibawah tadbir Jabatan Perhilitan, dimana Pusat ini telah
ditubuhkan pada 1971 dan menempatkan binatang perlindungan seperti rusa,
seladang dan burung-burung kawalan seperti merak, kuang, enggang, mata
merah dan sebagainya.
Pusat ini terletak lebih kurang 15km
dari Pekan Sungkai.Dibuka pada hari dan waktu bekerja.Setelah
berkesempatan melawat kesini memang menyeronokkan kerana dapat melihat
hidupan liar yang jarang dan tidak pernah ditemui sebelum ini.
Rusa yang terdapat disini adalah rusa
yang sememangnya hidup dan berasal dari hutan Malaysia yangmana
bilangannya berkurangan akibat kemusnahan hutan dan aktiviti
perburuan.Untuk mengelakkan kepupusan maka Pusat Pemuliharaan ini telah
membiak dan memulihara rusa-rusa tersebut sebelum dilepaskan semula
kehutan.Rusa yang terdapat disini dikenali sebagai Rusa Sambar Malaya.
Selain rusa disini juga terdapat
pemuliharaan haiwan seladang, yang memang berbadan gagah, bengis dan
suka hidup dalam kumpulannya tersendiri.Seladang merupakan spesis lembu
yang terbesar didunia tetapi seladang di Malaysia adalah kecil sedikit
dari seladang di negara lain di Asia.
Semasa melawat Pusat Pemuliharaan
Binatang liar di Sungkai barulah dapat tahu bahawa seladang ini tidaklah
sebanyak mana yang tinggal di hutan Malaysia akibat habitatnya
terganggu dan akibat pemburuan.Adanya pusat ini adalah diharapkan
genarasi akan datang dapat lagi melihat rupa seladang dan tidak pupus
akibat kerakusan manusia.
Disamping telah diberi taklimat oleh
Pegawai Perhilitan dan kami turut dibawa ke Galeri Pameran di situ dan
mengenali haiwan-haiwan lain yang telah diawetkan.Pegawai Perhilitan
disitu sungguh mesra dan memberi layanan yang cukup baik.Terima kasih
dan sekiranya ada kelapangan mahu sahaja kesana lagi..
Bergambar bersama Pembantu tadbir RISDA Bidor Puan Jamilah Jamal di Galeri Perhilitan Sungkai.
Rombongan Pegawai dan staf RISDA Batang
Padang Daerah Tapah di Pusat Pemuliharaan dan Pembiakan Seladang diberi
taklimat oleh Pegawai perhilitan.
Anda mungkin juga meminati:
No comments:
Post a Comment