Tuesday, November 13, 2012

KUCING TULAP

Asian Golden cat.jpg
Kucing Tulap
Conservation status
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mamalia
Order: Carnivora
Keluarga: Felidae
Genus: Pardofelis[1]
Spesies: P. temminckii
Nama binomial
Pardofelis temminckii
(Vigors & Horsfield, 1827)
Taburan kucing tulap
Kucing Tulap atau Kucing Emas (Pardofelis temminckii, sinonim Catopuma temminckii) ialah kucing liar Asia Tenggara yang sederhana saiznya (panjangnya 90 sentimeter/36 inci tambah lagi 50 sentimeter/20 inci untuk ekornya), dengan beratnya sebanyak 12-16 kilogram (26-35 paun). Nama Inggerisnya Asiatic Golden Cat, Asian Golden Cat atau Temminck's Golden Cat, dengan nama saintifiknya Pardofelis temminckii. Pada suatu ketika, kucing ini tergolong dalam genus Catopuma, Profelis, dan Felis.
Dalam kurungan, spesies ini boleh hidup sehingga 20 tahun, tetapi jangka hayatnya di kawasan liar mungkin jauh lebih singkat. Sedangkan bulunya biasanya berwarna merah musang atau perang keemasan, kelainan warna hitam dan kelabu juga boleh dijumpai. Biasanya, kulit kucing tulap tak berhias kecuali sebilangan bintik pada bahagian bawahnya serta kekadangnya bintik yang amat kelam pada bahagian kulitnya yang lain. Bagaimanapun, di China, terdapat kelainan yang memiliki bintik kucing hutan dan kelihatan seakan-akan kucing tersebut. Kulit berbintik itu merupakan ciri resesif, iaitu ketika kucing berbintik membiak dengan kucing tak berhias, anaknya pula memiliki kulit yang tidak berhias.

Isi kandungan

 [sorokkan

[sunting] Taburan dan habitat

Kucing Tulap hidup di seluruh Asia Tenggara, serta dari Tibet dan Nepal sehingga China Selatan, India, dan Sumatera. Ia lebih suka habitat hutan yang memiliki kawasan batuan di sana sini, dan boleh didapati di hutan malar hijau subtropika daun luruh dan hutan hujan tropika. Kucing Tulap kekadangnya juga boleh dijumpai di kawasan yang lebih terbuka, dari tanah pamah sehingga 3,000 meter tingginya di Banjaran Himalaya.

[sunting] Subspesies dan pemuliharaan

Bilangan Kucing Tulap yang tepat tidak diketahui tetapi ia disenaraikan dalam "CITES: Lampiran I" sebagai "Risiko Lebih Rendah/Hampir Terancam" oleh IUCN. Haiwan ini diburu untuk bulunya dan kini semakin banyak untuk tulangnya yang dijadikan sebagai ubat tradisional Cina. Bagaimanapun, pemusnahan habitat merupakan risiko yang terutama kepada spesies ini. Tidak terdapat banyak haiwan ini di dalam zoo kerana ia tidak begitu berupaya membiak dalam kurungan.
Terdapat tiga subspesies yang diketahui, iaitu:
  • Pardofelis temminckii temminckii di Himalaya, tanah besar Asia Tenggara, dan Sumatera
  • Pardofelis temminckii dominicanorum di China Tenggara
  • Pardofelis temminckii tristis di China Barat Daya.
Asian Golden cat.jpg

[sunting] Rujukan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...