Wednesday, November 14, 2012

KERBAU

Kerbau Air
Sekawan kerbau sedang mandi
di lubang benam di Taiwan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Mamalia
Order: Artiodactyla
Keluarga: Bovidae
Subkeluarga: Bovinae
Genus: Bubalus
Spesies: B. bubalis
Nama binomial
Bubalus bubalis
(Kerr, 1792)
Kerbau ialah binatang yang termasuk dalam subkeluarga bovinae. Kerbau liar masih dapat ditemui di Pakistan, India, Bangladesh, Nepal, Bhutan, Vietnam, China, Filipina, Taiwan, Indonesia dan Thailand. Penjinakan kerbau sangatlah umum di Asia, Amerika Selatan, Afrika Utara dan Eropah. Kerbau liar banyak hidup dan ditemui di Asia Tenggara, walaupun asal-usul kerbau ini masih dipersoalkan. Pada masa ini populasi kerbau liar di Asia mulai menurun dan dikhuatiri bahawa di masa yang akan datang tidak akan ada lagi populasi kerbau liar yang dapat ditemui.
Kerbau dewasa dapat memiliki berat sekitar 300 kg hingga 600 kg. Kerbau liar dapat memiliki berat yang lebih, kerbau liar betina dapat mencapai berat hingga 800 kg dan kerbau liar jantan dapat mencapai berat hingga 1200 kg. Berat purata kerbau jantan adalah 900 kg dan tinggi purata di bahagian bahu kerbau ialah 1.7 m. Salah satu ciri yang membezakan kerbau liar dengan kerbau jinak adalah kerbau jinak memiliki perut yang bulat. Dengan adanya percampuran keturunan antara kerbau-kerbau antara populasi yang berbeza, berat badan kerbau juga berubah-ubah. Kerbau mungkin berasal dari Asia Selatan.
Klasifikasi kerbau masih belum pasti. Sesetengah pihak mengelompokkan kerbau sebagai suatu spesies Bubalus bubalis dengan tiga subspesies iaitu Kerbau sungai (B. bubalis bubalis) yang berasal dari Asia Selatan, Kerbau rawa (B. bubalis carabanesis) yang berasal dari Asia Tenggara dan Arni atau kerbau liar (B. bubalis arnee). Jenis lain biasanya masih berkerabat dekat dengan subspesies ini. Kerbau rawa yang dapat ditemukan di Asia Tenggara memiliki 48 kromosom. Kerbau sungai memiliki 50 kromosom. Keturunan dari dua subspesies ini dapat ditemukan dan mereka dapat menghasilkan keturunan, walau mereka tidak dapat berkembang biak dengan lembu yang memiliki 60 kromosom.

Isi kandungan

 [sorokkan

[sunting] Taburan

[sunting] Asia

Kerbau di Indonesia
Kerbau di Malaysia
Asia adalah tempat asal kerbau. 95% dari populasi kerbau di dunia terdapat di Asia. Banyak negara-negara Asia yang tergantung pada spesies ini, baik untuk daging, susu atau tenaga kerjanya. Pada tahun 1992 ternakan kerbau di Asia dijangka mencecah 141 juta ekor. Kadar lemak dari susu kerbau sangatlah tinggi. Ada dua subspesies yang hidup di Asia yaitu kerbau sungai yang dapat ditemukan di Nepal hingga di ketinggian 2.800 m, dan kerbau rawa yang hidup di dataran rendah. Kerbau dapat hidup dengan berkesan dalam masa-masa kekurangan pakan, yang menyebabkan haiwan itu tahan hidup. Kerbau sering digunakan untuk membajak sawah, karena mereka dapat bergerak di atas lumpur jauh lebih baik daripada sapi.
Di alam liar hanya sedikit populasi kerbau liar yang masih hidup. Kerbau liar India dapat ditemui di India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Bhutan dan Thailand. Kerbau ini memiliki tanduk yang sangat besar dengan rata-rata 1 m ukurannya. Walau demikian seekor kerbau yang ditembak pada tahun 1955 memiliki tanduk yang ukurannya dari ujung ke ujung mencapai 4,24 m. Ini juga salah satu sebab mengapa kerbau jarang diserang oleh haiwan pemakan daging. Harimau adalah salah satu haiwan pemakan daging yang dapat membunuh kerbau yang beratnya mencapai 1000 hingga 1200 kg. Dan hanya harimau yang berpengalaman akan menyerang kerbau di bagian kaki terlebih dahulu. Jika diserang kerbau akan menghadang harimau dengan tanduk dan hidungnya serta membentuk barisan. Kerbau juga dikenal sebagai haiwan yang sering menyerang walaupun tanpa diganggu. Ini menyebabkan kerbau masih menjadi haiwan yang mampu mengancam bagi manusia.
pada ketika ini jumlah kerbau liar dijangka mencecah 4,000. Walaupun dalam jumlah ini juga termasuk jenis campuran dan kerbau liar yang telah didomestikasi. Diperkirakan juga bahwa hampir tidak ada lagi kerbau liar yang hidup di alam liar. Kerbau juga merupakan haiwan nasional Filipina.

[sunting] Australia

Kerbau pertama kali diperkenalkan di kawasan utara Australia yang kemudian lepas dari ternakan. Status ini menyebabkan kerbau di Australia menjadi haiwan buruan. Di pulau Melville kerbau sering dijadikan objek buruan, di tempat ini terdapat sekitar 4000 ekor populasi kerbau. Kerbau juga hidup di Arnhem Land.
Kerbau hidup terutama di bagian yang berair dan di musim hujan kerbau dapat menyebar dalam kawasan besar. Kerbau di Australia dapat memiliki bentuk yang berbeda dari kerbau di Indonesia, darimana mereka berasal.

[sunting] Eropah dan Timur Tengah

Kerbau diperkenalkan di Afrika Utara dan Timur Tengah pada sekitar tahun 600 Masihi. Di Zaman Pertengahan kerbau di bawa ke Eropah dan saat ini dapat ditemukan di Bulgaria dan Itali. Seperti di Asia, kerbau di sini juga hidup di padang terbuka yang tumbuhannya jarang. Mereka menjadi bahan makanan, serta bahan pelaburan bagi keluarga. Di beberapa daerah mereka juga menjadi bahagian festival tahunan. Jenis yang hidup di sini umumnya adalah kerbau sungai, walau kerana pengasingan genetik mereka dapat memiliki bentuk yang berbeza. Susu kerbau ini juga digunakan sebagai bahan keju Mozzarella.

[sunting] Malaysia, Indonesia

Di Malaysia dan Indonesia, kerbau digunakan bagi membajak sawah. Ini kerana kerbau mampu berkubang dalam kawasan lecak sawah padi dan mampu membuat kerja berat seperti membajak dan menenggala sawah.
Kerbau juga pernah dilaporkan mampu menewaskan harimau dengan menggunakan tanduk mereka yang tajam dan besar.

[sunting] Kegunaan

Susu dari kerbau banyak digunakan oleh manusia. Contohnya sebagai bahan keju Mozzarella. Daging kerbau juga merupakan hasil eksport utama India. Meskipun demikian daging kerbau kurang disukai di Asia karena kekerasannya. Kulit kerbau sering digunakan juga sebagai bahan sepatu dan topi keledar.
Kerbau selain digunakan sebagai penghasil susu dan daging juga sering digunakan kerana tenaganya. Di Minangkabau, Sumatra Barat, susu kerbau juga diolah menjadi dadih (sejenis yogurt). Kotoran kerbau dapat digunakan sebagai pupuk atau bahan bakar jika dikeringkan.

[sunting] Lain-lain

  • Bison Amerika juga sering disebut buffalo (mirip dengan sebutan water buffalo untuk kerbau), ini sesungguhnya kurang tepat. Bison yang terdiri dari bison Amerika (Bison bison) dan bison Eropa (winsent)Bison bonasus masih terpaut dengan keluarga bovinae liar, dekat dengan Yak, serta hubungannya lebih hampir dengan sapi dan banteng. Mereka mempunyai bilangan pasangan kromosum yang sama iaitu 60. Keluarga buffalo meliputi kerbau, tamarau dan anoa di Asia serta buffalo Afrika.
  • Menurut legenda di Filosofi Cina, Lao Tzu meninggalkan negeri Cina melalui terusan Han Gu dengan menunggangi kerbau.
  • Menurut mitologi Hindu, dewa Yama yang adalah dewa kematian juga sering digambarkan menunggangi kerbau.

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...