Satu-satunya di Borneo
KEPULAUAN Borneo terkenal dengan keunikan alam semula jadinya yang tersendiri. Sabah dan Sarawak bukan sahaja masyhur dengan kepelbagaian etnik dan budaya, malahan menjadi tumpuan dunia melalui kepelbagaian biodiversitinya.
Terdapat lapan spesies kucing liar yang dikenal pasti di seluruh Malaysia dan lima daripadanya boleh didapati di Borneo, iaitu kucing batu (Prionailurus bengalensis), kucing hutan-tasik (Prionailurus planiceps), kucing dahan (Pardofelis marmorata), kucing merah (Catopuma badia) dan harimau dahan borneo (Nefelis diardi). Di Kepulauan Borneo, tidak terdapat spesies kucing liar yang besar seperti harimau dahan atau harimau kumbang (Panthera pardus) dan harimau belang (Panthera tigris). Namun fosil harimau belang pernah ditemui di Gua Niah, Sarawak.
__
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Disember 2011
No comments:
Post a Comment