
Panjang keseluruhan badannya boleh
mencapai sehingga 2 meter. Kulit badannya berwarna hitam berkilat. Jika
diamati secara dekat, terdapat tompok berbentuk bintang di kulit
badannya. Di benua Afrika dan India, harimau kumbang dikenali sebagai
harimau bintang atau panther, tetapi di kawasan tropika, kulit
badan harimau bintang bertukar warna menjadi hitam kerana cuaca lembap.
Harimau kumbang ditemui di kawasan hutan pamah yang diteroka pada
ketinggian hampir 1500 meter dari paras laut. Harimau kumbang aktif pada
waktu malam, bermula dari senja hingga ke pagi. Biasanya ia mengikut
denai haiwan besar yang lain, seperti denai gajah, tapir atau seladang
bagi memudahkannya memburu mangsa.
Harimau kumbang pandai memanjat pokok
terutama pokok yang rendang dan condong. Ia menunggu mangsanya dari atas
pokok atau berehat di dahan pokok yang condong. Ada kalanya ia
menangkap mangsanya dari atas pokok. Mangsanya terdiri daripada rusa,
babi hutan, kijang, pelanduk, burung liar dan haiwan reptilia. Mangsa
yang dibunuhnya sama ada dimakan di atas tanah atau dimakan di atas
dahan pokok tempat ia berehat.
____
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik keluaran Mei 2012.
Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik keluaran Mei 2012.
No comments:
Post a Comment