Biawak Air | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||
|
Biawak Air (bahasa Inggeris: Water Monitor) atau nama saintifiknya Vavanus salvator
Biawak air, (Varanus salvator) adalah spesies besar biawak yang mampu membesar sehingga lebih 3 meter (9.8 kaki) panjang, dengan saiz purata kebanyakan biawak matang sekitar 2.5 meter (8.9) panjang. Berat maksima Varanus salvator adalah lebih 90 kg, tetapi kebanyakannya adalah separuh saiz tersebut. Badannya berotot dengan ekor panjang, berkuasa, mampan secara melintang ("laterally"). Biawak air merupakan salah satu biawak yang biasa didapati di Asia, dan terdapat dari Sri Lanka, India, Indochina, Semenanjung Malaysia dan pelbagai pulau di Indonesia, hidup berhampiran dengan air.
Isi kandungan[sorokkan] |
[sunting] Etymologi
Nama [genus]] Varanus terhasil dari perkataan bahasa Arab waral (ورل), yang diterjemah sebagai "pantau / monitor" dalam bahasa Inggeris. Nama spesies adalah bahasa Latin bagi "Penyelamat/Saviour" menunjukkan kemungkinannya konotasi keugamaan.[1] Biawak air kadang kala dikelirukan dengan Biawak Buaya ("Crocodile monitor") (V. salvadorii) disebabkan nama saintifik mereka yang hampir serupa.[2]Di Thailand, nama tempatan biawak air 'เหี้ย' (hia) digunakan sebagai kata kejian bagi perkara buruk dan jahat termasuk orang jahat. Namanya juga dianggap perkataan yang membawa nasib malang, dengan itu sesetengah orang cenderung menggunakan panggilan 'ตัวเงินตัวทอง' yang bererti 'emas dan perak' dalam bahasa Thailand bagi mengelakkan sial.
Asal maksud penghinaan ini boleh dirujuk pada masa ketika lebih ramai orang tinggal di kawasan pendalaman berhampiran dengan biawak air. Secara tradisi, orang kampong Thailand tinggal dalam rumah dua tingkat, bahagian atas sebagai tempat kediaman sementara bahagian bawah sebagai kawasan haiwan ternak seperti babi, ayam, dan anjing. Biawak air sering memasuki bahagian bawah untuk makan atau mengigit haiwan ternakan, dengan itu juga nama lain 'ตัวกินไก่' (Tua kin kai – pencuri ayam).
[sunting] Subspesies Varanus salvator
- Biawak air Asia, Varanus salvator salvator subspesies nominotypik yang kini terhad pada Sri Lanka.
- Biawak air kepulauan Andaman, Varanus salvator andamanensis: Kepulauan Andaman; Jenis tempatan: Port Blair, Kepulauan Andaman.
- Biawak air dua belang, Varanus salvator bivittatus: Jawa, Bali, Lombok, Sumbawa, Flores, Ombai (Alor), Wetar dan pulau-pulau berjiranan dengan gerbang Sunda, Indonesia; Jenis tempatan: Jawa (dinamakan oleh Mertens 1959).
- Biawak air Hitam, Varanus salvator komaini:Thailand. Jenis tempatan: Amphoe La-ngu, Satun Prov., Thailand, dan kawasan sempadan Thailand-Malaysia. Ini dahulunya dikelaskan sebagai subspesies, tetapi kini dianggap sebagai sinonim bagi V. s. macromaculatus. [3]
- Biawak air Asia tenggara, Varanus salvator macromaculatus: Jenis tempata: Siam (Thailand). Tanah besar Asia Tenggara, Sumatera, Borneo dan pulau-pulau kecil persisiran pantai.[3]
[sunting] Spesies bagi Varanus salvator Kompleks
Spesies berikut pernah dikenali sebagai subsp[esies bagi Varanus salvator tetapi menjelang 2007 diakui sebagai spesies tersendiri.[3]- Varanus cumingi: Mindanao, Filipina; Jenis tempatan: Mindanao, Filipina.
- Varanus marmoratus: Kepulauan Luzon, Palawan, Calamian dan Sulu archipelago, Filipina; Jenis tempatan: (dihad oleh Mertens 1942 pada) San Mateo behampiran Manila, Filipina.
- Varanus nuchalis: Filipina (Cebu, Ticao, Negros, Panay and Masbate, Filipina); Jenis tempatan: Filipina.
- Varanus togianus: Togian Islands, Sulawesi, Indonesia; Jenis tempatan: "Togian-Inseln (Timotto)" Indonesia
No comments:
Post a Comment