: Adat vs Ibadat
“Jangan
nak mengada-ngada, kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada
rumah, ada kerja, dan ada kereta. Kalau tak, selagi tu jangan harap mahu
kahwin” Meleter si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa mendirikan rumahtangga..
“Hantaran kena sembilan dulang, RM1000 serba satu. Kenduri buat di hotel lima bintang, siap dengan siaran eksklusif dari tv10” Ayat-ayat yang biasa didengar.
Tergaman dibuatnya.
Masyarakat kita sekarang terbelenggu dengan masalah suka mengubah sesuatu ibadah menjadi adat dan budaya yang mendarah-daging.
Kadang-kadang sesuatu yang mudah pada asalnya, tiba-tiba menyulitkan
keadaan yang mana melahirkan banyak kesan samping yang membimbangkan.
Isunya
yang diutarakan, ibu bapa sanggup menjual anak perempuan semata-mata
kerana keadaan sekeliling memaksa bukannya menitikberatkan keperluan
syari‘at tersebut. Yang hendak kahwin si anak, banyak pula karenah
‘birokrasi’ daripada ibu bapa.
Hikmahnya ditinggalkan.
Apabila
acuan material terbentuk di dalam minda masyarakat, mahar hantaran
menjadi tinggi sehingga membawa implikasi buruk kepada teruna dan dara.
Si ibu memohon mahar yang tinggi seolah-olah menggali lubang durjana
untuk anak gadis mereka dan diri sendiri.
Di
Malaysia, mahar (mas kahwin) rasanya tidak susah nak dipenuhi. Tapi
hantaran yang boleh buat turun berat badan kerana terpaksa mengikat
perut. Daripada pengalaman melihat dan mendengar, kadangkala harga hantaran diletak tinggi dengan sengaja bukan kerana keperluan tetapi sindrom ‘segan’ kepada orang sekeliling.
Bagai
terlupa perkahwinan bukan satu hari hanya di hari kenduri sahaja, tapi
sampai detik nyawa terpisah daripada jasad, semua ini dipandang remeh. Kehidupan selepas kahwin juga memerlukan akaun kewangan kukuh.
JANGAN ADATKAN IBADAT
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan
kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang
layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka
miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan
kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”
an-Nur (24:32)
Bagi
wanita yang mempunyai kesedaran dan mampu mempertahankan prinsip ajaran
sabda Nabi s.a.w maka perlulah buktikan bahawa mereka mampu melawan
adat.
Sayang sekali, kita asyik ulang kalimah melawan arus adat, tetapi jarang kita ambil pegangan mengikut pegangan agama. Mahar yang sedikit bukan merendahkan martabat, malah meninggikan martabat seseorang wanita di sisi agama.
Bayangkan
pahala dan jaminan keberkatan yang didapati sehari demi sehari sebaik
sahaja terlafaznya akad nikah dan bergelar isteri. Urusan tambahan
hadiah dan wang hantaran yang membebankan pihak lelaki yang menyediakan
dan juga pihak wanita yang menunggu perlu ditangani.
Kenapa
tidak ditukar pemberian hadiah ini setelah berkahwin, satu bulan satu
hadiah sebagai pengikat kasih sayang di antara suami isteri. Tidak perlu
mahal, asalkan ikhlas dan berterusan. Biar pun kita tidak mempunyai
peruntukan untuk menetapkan kadar maksimum mahar, setiap ibu bapa
terutamanya ibu harus sedar bahawa mahar itu adalah hadiah suami kepada
isteri, dan bukannya harga yang ditebus oleh seorang lelaki bagi
mendapat seorang perempuan dari ibu dan bapanya.
Mahar bukan harga jualan.
Jangan
adatkan sesuatu ibadah, nanti jenuh untuk lunaskan. Jangan terkejut
jika ada ternampak warga ‘terlajak’ umur antara lingkungan 40-45 tahun
yang menolak stroller di taman-taman rekreasi, pasar raya kerana
menunggu lama simpanan penuh sebelum dapat kahwin.
TERBITNYA MASALAH LAIN
Sebenarnya
masalah couple atau maksiat hati, mata dan sebagainya bukanlah masalah
pokok, masalah ini terbit dari masalah yang lain.
Apabila
budaya kita yang mempersulitkan bangsanya untuk mendirikan masjid,
dengan hantaran dan mas kawin yang mahal-mahal, sehinggakan dengan
belanja kahwin seseorang itu mampu memiliki sebuat rumah maka tidak
hairanlah ramai yang berbondong memilih untuk bercouple dahulu.
Berjuang
untuk memudahkan urusan perkahwinan juga merupakan suatu ibadah, secara
tidak langsung menutup satu alasan kenapa perlu bercouple.
Umumnya
di barat pergaulan bebas dan seks sebelum perkahwinan adalah satu
budaya yang lumrah dan bukan lagi rahsia. Malah, sesuatu yang janggal
sekiranya seseorang itu masih dara setelah berusia tujuh belas tahun.
Mereka lebih suka jika isterinya sudah ada pengalaman seks sebelum
berkahwin supaya tidak perlu dia mengajarkannya lagi apabila mereka
berkahwin nanti.
Jangan
kita lupa, masyarakat di negara kita pun sekarang tidak jauh bezanya.
Menghalakan pergaulan bebas, berpelesaran lelaki dan perempuan. Tidak
mustahil gejala seks bebas tidak pernah berlaku.
Tugas
berat ini terletak di bahu kita sekarang sebagai ad-Da’ie. Mulakan di
kampus pengajian kita, tempat kerja untuk mengubah suasan tidak sihat
ini. Alhamdulillah, inilah kemuliaan mukmin yang mendamba sakinah,
mawaddah dan rahmah melalui ikatan perkahwinan. Mudah-mudahan mahar dan
hantaran mahal tidak akan menjadi musibah merbahaya yang akhirnya
membawa kepada kehancuran nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti di
atas.
No comments:
Post a Comment