Mukjizat
yang paling besar sehingga ke hari ini adalah al-Quran itu sendiri.
Sejak 1400 tahun lalu, al-Quran tetap terjaga keasliannya. Di dalam
Quran terdapat rahsia sains moden.
Selain
itu mukjizat lainnya adalah ajaran Islam itu sendiri. Sejak 1400 tahun
lalu, Muhammad saw mengatakan bahawa babi dan arak itu adalah haram dan
dilarang untuk di makan dan diminum. Sampai sekarang hukum ini tetap
dipatuhi oleh ummat Islam walaupun sudah 14 abad berlalu. Berbeda dengan
ajaran Nabi Isa yang telah diseleweng dan diubah oleh Paulus.
Selain
itu mukjizat yang pernah dilakukan oleh Muhammad saw dengan izin Allah
swt adalah membelah bulan. Adakah ini benar? Mari kita mencari
kebenarannya.
Benarkah peristiwa menakjubkan Rasulullah dengan izin Allah membelah bulan 14
abad yang lalu betul-betul terjadi? Apapun yang datang dari Allah dan
Rasulnya, masuk akal ataupun tidak, kita tidak boleh untuk menafikan
kebenarannya. Semoga fakta ini boleh menambah keyakinan kita terhadap
sebuah kebenaran. Kebenaran yang mutlak dari-Nya.
"Sungguh telah dekat hari kiamat, dan bulan pun telah terbelah"
(Q.S. Al-Qamar: 1)
Ayat Al-Qur'an di atas ini telah menyebabkan seorang insan memeluk Islam.
Ini Adalah Kisahnya
Ini Adalah Kisahnya
Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar
Dalam temu bual di televisyen bersama pakar Geologi Muslim, Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggeris bertanyakan soalan kepadanya, adakah ayat dari surat Al-Qamar (ayat di atas) memiliki kandungan mukjizat secara ilmiah?
Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar telah menjawabnya seperti di bawah ini:
Mengenai ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah. Sebelum ini saya pernah mengadakan pembentangan di Universiti Cardiff,
dan para peserta yang hadir datangnya dari pelbagai bangsa dan agama,
ada yang muslim dan ada juga yang bukan muslim. Salah satu tajuk diskusi
ketika itu adalah mengenai mukjizat ilmiah dari Al-Qur'an. Salah
seorang pemuda yang beragama muslim pun berdiri dan bertanya, "Tuan,
apakah menurut anda ayat yang berbunyi [Telah dekat hari qiamat dan bulan pun telah terbelah]
mengandung mukjizat secara ilmiah ? Maka saya menjawabnya: Tidak, sebab
kehebatan ilmiah dirungkaikan oleh ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat
tidak dapat diterangkan oleh ilmu pengetahuan, sebab ia tidak dapat
menjagkaunya.
Mengenai
terbelahnya bulan, perkara itu adalah mukjizat yang terjadi pada Rasul
terakhir Muhammad s.a.w sebagai bukti kenabian dan kerasulannya
sebagaimana nabi-nabi sebelumnya. Dan mukjizat itu disaksikan oleh
setiap orang yang melihatnya pada masa itu. Andainya perkara itu tidak
tertulis di dalam kitab Allah dan hadits-hadits Rasulullah, tentulah
kami para muslimin di zaman ini tidak akan mengimani dan percaya akan
kejadian tersebut. Walaubagaimanapun kejadian bulan terbelah itu memang
benar terkandung di dalam Al-Qur'an dan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w.
Dan memang Allah ta'alaa benar-benar Maha berkuasa atas segala sesuatu.
Maka
Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun menceritakan semula kisah Rasulullah
membelah bulan. Kisah ini berlaku sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah
ke Madinah. Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau
benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang
dapat membuktikan kenabian dan kerasulanmu (mengejek dan
mengolok-olok)?" Rasulullah bertanya, "Apa yang kamu inginkan ? Mereka
menjawab: Cuba membelah bulan, .."
Rasulullah
berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Maka Allah
memberitahu Muhammad supaya mengarahkan telunjuknya ke bulan. Selepas
itu Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan, dan terbelahlah
bulat itu dengan sebenar-benarnya. Maka serta-merta orang-orang musyrik
pun berkata, "Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!" Akan
tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir boleh saja "menyihir" orang
yang ada disekelilingnya tetapi tidak dapat menyihir orang yang tidak
berada ditempat kejadian. Mereka menunggu orang-orang yang akan pulang
dari perjalanan untuk mendapatkan kepastian. Maka orang Quraisy pun
segera menuju keluar dari kota Mekkah untuk menanti orang yang baru
pulang dari perjalanan.
Ketika datangnya rombongan pertama yang menuju ke Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya, "Apakah kamu melihat sesuatu yang aneh terhadap bulan?" Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling berjauhan antara keduanya dan kemudian kembali bercantum."
Ketika datangnya rombongan pertama yang menuju ke Mekkah, maka orang-orang musyrik pun bertanya, "Apakah kamu melihat sesuatu yang aneh terhadap bulan?" Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling berjauhan antara keduanya dan kemudian kembali bercantum."
Gambar Hiasan
Maka sebahagian dari mereka beriman, dan sebagian lainnya tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat-Nya:
Sungguh,
telah dekat hari kiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat
tanda-tanda kebesaran Kami, mereka pun ingkar lagi berpaling sambil
berkata, "Ini adalah sihir yang terus-menerus berlaku", dan mereka
mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka.
Ini
adalah kisah yang benar, demikian kata Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar. Dan
setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits nabi tersebut,
seorang muslim warga Inggeris berdiri dan memperkenalkan diri, "Saya
Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy Britain. Bolehkah saya
menambah sedikit mengenai apa yang kita bincangkan tadi?"
Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar menjawab: "silakan."
Daud
Musa Pitkhok berkata, "Saya pernah meneliti agama-agama lain (sebelum
memeluk Islam) dan salah seorang rakan muslim menunjukkan sebuah
terjemah dan makna-makna Al-Qur'an. Saya amat berterima kasih kepadanya
dan saya membawa terjemah itu pulang ke rumah. Ketika saya
menyelak-nyelak terjemahan Al-Qur'an itu di rumah, saya terbaca sepotong
ayat, telah dekat hari kiamat dan bulan pun telah terbelah.
Saya
berfikir seketika, adakah ayat ini masuk akal? Adakah mungkin bulan
boleh terbelah dua dan kemudian bercantum kembali? Kalaulah benar,
kekuatan apakah yang dapat melakukan perkara itu?. Saya berhenti dari
membaca ayat-ayat selanjutnya dan meneruskan kehidupan seharian seperti
biasa. Akan tetapi Allah Maha Mengetahui tentang tahap keikhlasam
hamba-Nya dalam mencari kebenaran. Tidak lama selepas itu saya menonton
bual bicara di televisyen. Bual bicara itu berlangsung diantara host
seorang Inggeris dan 3 orang pakar ruang angkasa AS.
Ketiga-tiga
pakar angkasa tersebut menceritakan tentang kos kewangan yang begitu
besar dalam rangka melakukan perjalanan ke angkasa, padahal pada waktu
yang sama dunia sedang mengalami masalah kebuluran, kemiskinan, wabak
penyakit dan peperangan. Host pun berkata, "Kalaulah dana itu digunakan
untuk mengamankan dunia ini, tentulah lebih berguna". Ketiga-tiga pakar
itu membela diri dengan membela projek angsa lepasnya sambil berkata,
"Projek angkasa lepas ini akan membawa kesan yang sangat positif kepada
kehidupan manusia dalam bidang perubatan, industri, dan pertanian. Jadi
dana kewangan tersebut bukanlah sesuatu yang sia-sia tetapi ianya dalam
rangka pembangunan dan kemajuan kehidupan manusia.
Projek yang menelan jutaan dollar
Perbincangan selepasnya berkisar tentang angkasawan menjejakkan kakinya di bulan, dimana penerokaan angkasa raya ke bulan tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar. Mendengar fakta itu, host begitu terkejut dan berkata, "Dana begitu besar digunakan dan dibuang oleh AS hanya untuk mendarat di bulan?" Mereka pun menjawab, "Tidak, tujuannya tidak semata-mata mendarat di bulan tetapi kami mahu mengkaji kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri."
Selepas mendengar penerangan mereka, host Inggeris itu bertanya, "Jadi apa yang kamu temui selepas kajian dijalankan"
Mereka menjawab, "Terbukti bulan pernah terbelah pada masa dulu, kemudian kembali bercantum.
Host rancangan bertanya lagi, "Bagaimana kamu semua yakin terhadap kejadian itu?"
Mereka
menjawab, "Kami dapat tahu dari penemuan dan kajian ke atas
batuan-batuan dan kami dapati yang batuan tersebut terpisah di permukaan
bulan sehinggakan ke dalam (perut) bulan. Selepas itu kami meminta para
pakar geologi untuk merungkai misteri ini, dan mereka mengatakan bahawa
perkara ini tidak mungkin terjadi kecuali jika bulan pernah terbelah
dan bercantum semula".
Mendengar
penjelasan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Britain itu berkata, "Mukjizat
(kehebatan) benar-benar telah berlaku pada diri Muhammad s.a.w 1400-an
tahun yang lampau. AS menggunakan dana yang begitu besar, 100 juta
dollar lebih hanya untuk memastikan kebenaran isi kandungan Al-Quran.
Agama Islam ini tidak mungkin salah. Saya membuka kembali Mushhaf Al-Qur'an dan saya membaca surat Al-Qamar. Itulah kisah awal saya menerima dan memeluk Islam.
Semua
mukjizat yang terjadi adalah atas dasar kehendak Allah swt itu sendiri,
bukan kerana keinginan Muhammad saw seorang tetapi atas dasar bantuan
Allah swt. Sama halnya yang terjadi terhadap Nabi Isa (Jesus), bahawa
beliau boleh menghidupkan orang yang telah mati, menyembuhkan orang buta
dan lain-lain. Semua itu adalah atas dasar kehendak Allah swt
No comments:
Post a Comment