Lapisan Atmosfera Dinyatakan di Dalam Al-Quran
Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;
Dia-lah
Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia
berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan
Dia maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah al-Baqarah; 29)
Maka
Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada
tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan
bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan
sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha
Mengetahui. (Surah Fusilat; 12)
Perkatan
'langit-langit', yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur'an
merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam
semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun
atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.
Kajian
kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai
lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan
lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur'an secara tepat.
Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan seperti berikut;
Para
saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa
lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan
atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir
kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih
kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera
dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana
penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan
mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ionyang
dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang
merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.
Jika
kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati
atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang disebutkan
dalam Al-Qur'an.
Keajaiban
yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini 'Dia mewahyukan pada
tiap-tiap langit urusannya' di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam
perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan
setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran
ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai
peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka
bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari
fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman
radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga
menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.
Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;
Atmosfera
bumi mempunyai 7 lapisan. Lapisan yang paling rendah dipanggil
troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di troposfera.
Ini
adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat
diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah
nyata disebut dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.
No comments:
Post a Comment