Mengenali perbezaan cara sebat Islam dan Sivil
Gambar: Hukuman sebat cara Islam di Aceh, Indonesia
Ramai
antara kita yang masih keliru akan perbezaan hukuman sebat cara Islam
dengan hukuman sebat cara Sivil. Sehinggakan ada yang tergamak
mengatakan Islam itu kejam. Itulah kesilapan orang yang tak berilmu bila
cuba berkata-kata seperti bijak pandai yang akhirnya memakan diri
sendiri.
Berikut
kami kongsikan dengan anda perbezaan sebenar dua hukuman sebat ini.
Lepas ni kalau ada sahabat-sahabat kita yang berprasangka, boleh lah
kita jelaskan dari apa yang telah kita baca. Sama-samalah kita
manfaatkannya.
SEBAT CARA ISLAM
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.
SEBAT CARA SIVIL
SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
No comments:
Post a Comment