Besi Yang Wujud Dalam Dunia Ini Berasal Dari Bintang-Bintang Gergasi di Luar Angkasa
Besi adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur'an dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan;
....Dan
Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat
dan berbagai manfaat bagi manusia....Surah al-Hadid;25.
Perkataan
'diturunkan' khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas
difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa
besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita
mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud
'secara fizikal diturunkan dari luar angkasa', kita menyedari bahawa
ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat
signifikan.
Ini
adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi
yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar
angkasa.
Unsur-unsur
berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid bintang
besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur sesuai
untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan dalam
bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah
beratus juta darjah. Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu
dalam sebuah bintang, bintang ini tidak dapat lagi menampungnya, dan
akhirnya ia meletup dalam satu letupan yang dipanggil 'nova' atau
'supernova'. Sebagai satu hasil dari letupan ini, meteor yang
mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta, dan mereka bergerak
melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu
jasad di cakerawala.
Fenomena
ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi, tetapi
dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor,
dan telah 'diturunkan ke dalam bumi'. Dalam cara yang persis dengan apa
yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat
diketahui secara saintifik dalam abad ke, ketika Al-Qur'an diwahyukan.
No comments:
Post a Comment