Sunday, September 30, 2012

-SEJARAH EMPAYAR SIAM KEDAH-SIRI 12

RAJA BERSIONG, BERAHMAN INDERA DAN BALAI NOBAT

Berahman Indera atau lebih dikenali dengan nama Balai Besar dibina dalam tahun 1668 masihi oleh tentera-tentera Maharaja Cina Manchu. Mereka ini didatangkan khas atas perintah Maharaja Cina Dinasti Manchu dan ditempatkan di Pekan Cina berhampiran dengan jeti lama di Alor Setar. Pekerja-pekerja Melayu pula ditempatkan di Pekan Melayu.

Titah perentah untuk membina Berahman Indera ini diberikan oleh Sultan Muhiyuddin Mansor Syah ibni Sultan Mahmud Syah Melaka, Maharaja Benua Islam Siam, Nagara Kedah ketika itu. Bukan itu saja, baginda turut menitahkan pembinaan Balai Nobat dan Istana Kuning. Buku-buku sejarah mengatakan bahawa ia dibina atas arahan Sultan Nai Nal Azilin II, Sultan Kedah pada masa itu. Maklumat ini tidak benar kerana Paduka Seri Sultan Nai Nal Azilin II adalah Paduka Seri Perdana Menteri dan Penghulu Berahman Indera. Sesetengah buku sejarah pula telah menukar nama baginda kepada Zainal Abidin sedangkan Nai dalam bahasa Siam (bukan bahasa Thai) bermaksud ‘Syed’.
Sultan Muhiyuddin Mansor Syah dikenali sebagai Boromokot, Sri Tammaraja II, Cau Pija Kersan mengikut rekod pemerintahan Maharaja Benua Islam Ayuthia. Semasa itu, baginda bersemayam di Istana Kota Palas Pulau Langkawi. Jika hari ini Bandar Hilir terletak di Bandar Melaka, Ulu Melaka pula terletak di Pulau Langkawi. Baginda berkahwin dengan Puteri Hang Li Poh dan merupakan menantu Maharaja Cina. Perkahwinan ini membuahkan dua orang cahayamata iaitu Khalifah Syarif Abu Bakar Syah dan adindanya Nang Che Puan. Khalifah Syarif, kemudian nanti menggantikan ayahandanya, sementara adindanya, Nang Che Puan dikahwinkan dengan Paduka Seri Sultan Nai Nal Azilin II, Perdana Menteri Kedah.
Nama-nama ini amat penting dalam Sejarah negara kita kerana ia merupakan satu peradaban dan ketamadunan bangsa Melayu dari rumpun Siam. Tahukah anda bahawa pada hari ini Makam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah di Pulau Langkawi di klasifikasikan sebagai makam Purba? Begitulah sebenarnya yang terjadi kepada sejarah negara kita pada hari ini. Usaha untuk memadamkan sejarah orang Siam Islam dari rumpun Melayu ini masih berjalan secara senyap di belakang tabir. Makam Nang Che Puan berada di di tepi sungai, pejabat TDC Alor Setar, sedangkan makam suaminya terletak di Makam di Raja Langgar. Ia terletak bersebelahan Balai Bomba, terbiar begitu sahaja. Selagi kita tidak jujur memperkatakan tentang sejarah negara sampai bila-bila masa pun kekusutan sejarah nusantara ini tidak akan terurai.
Semasa pembinaan Berahman Indera sedang berjalan, Raja Kubang Pasu ketika itu bernama Paduka Seri Sultan Sulaiman. Ayahanda Paduka Seri Sultan Sulaiman ialah Paduka Seri Per Abu, Sultan Nara Wanara (Kelantan dan Trengganu) yang berkahwin dengan keturunan Batak dari Sumatera. Tengku Sulaiman telah membunuh seorang demi seorang tentera Cina manchu ini (anggaran 10 orang kesemuanya) lalu memasak dan memakan daging mereka. Tulang-tulang mereka di kumpulkan berhampiran Istana Bukit Tinggi. Setelah di jalankan siasatan diraja, Tengku Sulaiman dipanggil mengadap Sultan Muhiyuddin Mansor Syah. Setelah diadili, Sultan Muhiyuddin Mansor Syah meyebut perkataan “Raja Tui yangkam belot yukbat” bermaksud, Raja Sulaiman derhaka enggan serah kuasa (rujuk Undang Undang Kedah, m.s 24).
Tengku Sulaiman telah melarikan diri ke Singgora (Songkhala, Thailand) yang masih lagi berada dalam wilayah Kedah ketika itu. Baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah telah memerintahkan Raja Acheh iaitu Mahkota Alam untuk menangkap Tengku Sulaiman. Akhirnya, Tengku Sulaiman memberi tentangan dan baginda dibunuh oleh Mahkota Alam di Singgora.
Untuk maklumat semua, Mahkota Alam ialah Raja Acheh dikenali sebagai Hang Tuah di Melaka dan sebagai Narai di Ayuthia. Nama sebenar baginda ialah Tun Saaban. Di Masjid Kerisek di Patani masih lagi terdapat pintu gerbang yang dinamakan Pintu Gerbang Hang Tuah. Ini bermakna baginda ada singgah bersembahyang di masjid tersebut dalam perjalanan bersama tentera baginda untuk menangkap Tunku Sulaiman yang mana hari ini kita kenali sebagai Raja Bersiong. Dalam sejarah Kedah hari ini dikatakan bahawa kedatangan baginda adalah untuk menyerang Kedah, bukan begitu realitinya.
Konsep pemerintahan di Ayuthia ialah seperti jawatan Yang Di Pertuan Agong di Malaysia hari ini dimana ia di lantik dari Paduka Seri Sultan Acheh, Patani, Kedah, Melaka, Borneo, Toung Oo di Myanmar dll. Oleh kerana itu dari 33 Maharaja yang memerintah Ayuthia , hanya 3 sahaja makam terdapat di sana, yang lain tidak diketahui keberadaannya oleh pengkaji sejarah Thailand dan Antarabangsa (atau mereka enggan mendedahkannya?). Sekiranya saudara membaca artikel ini sampai kesini, tembelang Raja Thai (bukan Raja Siam) telah dipecahkan.
Sehingga hari ini keturunan Cina Manchu ini masih lagi ada dan hidup sebagai orang Melayu islam dan tinggal berdekatan Bukit Tinggi Kubang Pasu dan di Alor Cina, Mukim Tualang Kedah.
anaianai
Rujukkan
1)Ibrahim Ismail, “Sejarah Kedah Sepintas lalu”, Universiti Utara Malaysia, 1987.
2)Maryam Salim, “Undang Undang Kedah”, Dewan Bahasa dan Pustaka,
2005.
3)Dr Othman Mohd Yatim, “Batu Acheh, Early Islamic Gravestones In Peninsular Malaysia”, Department of Museums Malaysia, 1998.
4)Tuanku Nai Long Kasim ibni Nai Long Ahmad, 2006.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...