EksKlusif: Kronologi dan cara Mossad bunuh Komander Hamas – Mahmoud al-Mabhouh
GAMBAR
rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Mahmoud (dalam bulatan)
diekori oleh dua pembunuhnya di Hotel Al Bustan Rotana, Dubai pada
Januari lalu.
NEW YORK – Seperti filem di Hollywood mengenai kisah pembunuhan.
Akhbar
New York Post kelmarin menyenaraikan cara satu skuad pembunuhan
membunuh seorang komander Hamas, Mahmoud al-Mabhouh di sebuah hotel
mewah di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Januari lalu.
Skuad pembunuhan itu sebelum ini dikaitkan dengan agensi perisikan Mossad milik Israel.
Menurut
akhbar itu, Mahmoud yang dilahirkan di Kem Jabalia di Genting Gaza pada
1960 pernah menculik dan membunuh dua askar Israel pada 1989 di
Palestin.
Selepas
pembunuhan itu diketahui oleh umum, Israel berikrar akan membalas
dendam manakala Mahmoud melarikan diri tetapi dia tidak keluar daripada
pergerakan Hamas.
Mahmoud
kemudiannya dilaporkan menyeludup senjata api dan bahan letupan kembali
ke Gaza dari Syria yang merupakan tempat tinggalnya yang baru.
Lebih
20 tahun lalu, dia membantu Hamas mendapatkan peluru peluru berpandu
buatan Iran yang mampu terbang ke negara-negara jirannya.
Komander Hamas itu hampir dapat ditangkap Israel tetapi dia berjaya menyeludup masuk ke Syria.
Namun,
pihak perisikan Israel kemudiannya mendapat maklumat bahawa Mahmoud
akan berada di Dubai pada bulan lalu untuk membeli senjata api dari
penjual senjata Iran.
Komander Hamas itu kemudian menempah penerbangan menerusi Internet.
Apabila Mahmoud tiba di Dubai, dia menghubungi isterinya dan memberitahu lokasi tempat tinggalnya.
Beberapa pegawai Hamas mengaku tindakan Mahmoud menghubungi isteri itu mendedahkan dia pada bahaya.
Ia merupakan waktu terbaik untuk melakukan serangan.
Berdasarkan
bukti yang ditemui menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan
pasport yang dipalsukan, pihak berkuasa Dubai memutuskan bahawa terdapat
satu skuad elit membunuh Mahmoud.
Skuad
pembunuh yang didakwa pihak berkuasa Dubai seramai 17 orang termasuk
seorang wanita menggunakan muslihat dan taktik yang biasanya dapat
dilihat dalam novel-novel tulisan bekas diplomat Amerika Syarikat (AS),
Jason Bourne.
Ketua Polis Dubai, Dahi Khalfan Tamim percaya 99 peratus bahawa Mossad merupakan dalang pembunuhan Mahmoud.
Walaupun mendapat kritikan antarabangsa, Israel tidak mengesahkan atau menafikan melakukan operasi membunuh Mahmoud.
Apa
yang diketahui ialah satu pasukan yang mendapat latihan tinggi memasuki
Dubai untuk melakukan operasi itu yang berlanjutan selama 10 jam.
Operasi itu bermula lewat malam pada 19 Januari lalu.
Menjejaki
komander Hamas itu bermula apabila dua ejen lelaki berlepas ke Dubai
dengan membawa pasport yang mengisytiharkan namanya sebagai Michael
Bodenheimer dan James Leonard Clarke iaitu masing-masing dari Jerman dan
Britain.
Tidak lama kemudian,
sebuah lagi pesawat yang membawa seorang wanita kurus lampai berumur
dalam lingkungan 30-an, memakai cermin mata dan mendakwa dari Ireland
dengan menggunakan nama Gail Folliard tiba.
Wanita itu terbang dari Paris dengan seorang lelaki Ireland, Kevin Daveron berdasarkan nama pada pasport palsu.
Kamera pemantauan Dubai merakamkan imej empat orang berkumpul di sebuah lapangan terbang di bandar raya itu.
Mereka kemudian berpecah.
Suspek:
(Ata-Dari kiri)Evan Dennings (Irish), Gail Folliard (Irish), James
Leonard Clarke (British), Jonathan Louis Graham (British); (Tengah dari
kiri)) Michael Bodenheimer of (German), Paul John Keeley (British),
Michael Lawrence Barney (British); (Bawah Dari kiri) Peter Elvinger
(French), Kevin Daveron (Irish), Melvyn Adam Mildiner (British), Stephen
Daniel Hodes (British).
Wanita kurus lampai itu mendaftar masuk ke hotel Al Bustan Rotana yang didiami komander Hamas tersebut.
Tidak
lama kemudian, seorang lelaki yang menggelarkan dirinya, Peter Elvinger
mendakwa dari Perancis melakukan perbuatan sama dengan wanita
berkenaan.
Dia mendaftar di bilik 237 tidak jauh dari bilik Mahmoud.
Dua lagi ejen yang dapat dilihat pada kamera CCTV itu menuju ke sebuah hotel lain.
Pada keesokan harinya, terdapat 17 orang dari pasukan pembunuh berada di Dubai dengan menggunakan pasport palsu.
Mangsa mereka ialah Mahmoud.
Kamera
litar tertutup menunjukkan komander Hamas itu mengembara seorang diri
yang dianggap sebagai pilihan yang mencetuskan tanda tanya bagi seorang
lelaki sepertinya yang mempunyai beberapa pengawal peribadi dan
mengetahui dia berada dalam senarai orang dikehendaki Israel.
Menurut
akhbar Daily Mail, Mahmoud yang tiba di Dubai diekori oleh satu pasukan
peninjau itu yang dibantu dengan alat pengesan diletakkan di kereta
sewanya.
Dia antara anggota pasukan itu ialah Daveron yang menggunakan rambut palsu untuk menyembunyikan kepalanya yang botak.
Di hotel tersebut, wanita yang kurus lampai itu menunggu di lobi.
Dia
menghabiskan masa pada waktu pagi dengan membeli-belah di kedai mewah,
bermain cinta dengan kerani hotel dan melihat pintu depan hotel.
Pembunuh itu tidak bercakap antara satu sama lain secara terus.
Menurut akhbar-akhbar Israel, mereka berkomunikasi dengan menggunakan telefon bimbit yang perbualannya tidak dapat dikesan.
Apabila Mahmoud mendaftar masuk ke hotel al Bustan, Daveron dan wanita kurus lampai itu berundur dan dua lagi ejen muncul.
Kamera CCTV menunjukkan dua lelaki berambut hitam mengekori komander Hamas itu semasa dia berjalan ke lif.
Dengan
membawa raket tenis, seluar pendek, baju T dan kasut sukan dengan
stoking putih, lelaki-lelaki tersebut tidak mencetuskan syak wasangka
Mahmoud.
Pada pukul 8 malam, semasa Mahmoud berada di dalam bilik hotel, skuad pembunuh itu bersedia untuk bertindak.
Wanita
kurus lampai itu dilihat tersenyum menerusi kamera CCTV dengan memakai
rambut palsu membuat tinjauan terakhir di depan bilik Mahmoud.
Dia kemudian menghilangkan diri. Empat orang lelaki muda yang mengembara dalam dua kumpulan pergi ke bilik komander Hamas itu.
Namun
yang mencetuskan misteri ialah bagaimana ejen-ejen itu memasuki bilik
Mahmoud dan apakah yang terjadi pada pintu bilik komander Hamas
tersebut.
Itu yang menyebabkan pihak berkuasa Dubai kehairanan.
Adakah lelaki itu mengetuk dan berpura-pura seperti kakitangan hotel?
Atau adakah sebagai suspek mereka memasuki bilik itu dengan menggunakan gajet perisikan yang canggih?
Beberapa minit selepas pukul lapan malam, mereka sudah memasuki bilik Mahmoud.
Empat puluh minit kemudian, komander Hamas itu ditemui mati.
Ejen-ejen
itu meletakkan lampu meja tidur berjauhan dan menggantungkan wayar itu
pada satu gajet yang membunuh Mahmoud dengan kejutan elektrik.
MAHMOUD
Beberapa
penyiasat percaya anggota-anggota skuad pembunuh itu cuba untuk
mewujudkan seperti serangan jantung sebelum melemaskannya dengan
menggunakan bantal.
Terdapat kesan terbakar pada dadanya.
Pada
pukul 8.46 malam empat pembunuhnya dengan tenang keluar dari biliknya
dan skuad pembunuh itu berkumpul semula di sebuah lif selain meletakkan
tanda jangan ganggu di depan bilik Mahmoud.
Empat
orang daripada skuad itu meninggalkan hotel tersebut selang beberapa
minit dengan memakai pakaian seperti mereka mahu pergi bermain golf.
Wanita
tinggi lampai itu dan baki pasukan pembunuh itu keluar dari Dubai dalam
tempoh dua jam dengan menuju ke distinasi berlainan serta menaiki
penerbangan berbeza.
Kakitangan hotel kemudian menemui mayat Mahmoud pada waktu pagi.
Apa yang anehnya ialah, bilik dikunci dari dalam.
Pihak
berkuasa Dubai masih memikirkan bagaimana pembunuh tersebut mendapat
kad kredit berpangkalan di AS untuk membiayai operasi pembunuhan
tersebut.
Namun, terdapat spekulasi bahawa wujud seorang lagi pembunuh yang memanjat bilik Mahmoud dan keluar dari biliknya.
Bekas
penganalisis Asia Barat untuk Jabatan Pertahanan AS, Graeme Bannerman
menyatakan terdapat kemungkinan pembunuh itu tidak mengetahui bahawa di
Dubai, terdapat kamera litar tertutup yang merakamkan setiap geri
mereka.
Secara faktanya, pembunuh
itu dianggap amatur kerana gambar mereka dirakamkan oleh kamera litar
tertutup sehingga menyebabkan ada tanggapan bahawa Israel dianiayai oleh
sebuah saingan perisikan yang mahu pembunuhan Mahmoud dipersalahkan ke
atas Mossad.
“Orang ramai boleh
berkata bahawa ia bukannya profesional seperti dikendalikan Mossad
kerana pada kebiasaannya tidak ada kesan ditinggalkan oleh agensi
perisikan itu.
“Namun, apa yang pasti keberkesanan (operasi bunuh itu) telah diperkatakan,” kata Bannerman.
“Pada masa ini, dengan terdapat kamera pemantauan, suasana tidak seperti pada 30 tahun lalu.
“Ia sukar untuk melakukan (pembunuhan) pada zaman kini.
“Namun, di Israel, tidak ada sesiapa pun yang mempersoalkan ia (pembunuhan) itu telah dilakukan oleh Mossad,” tambahnya.
Pada
perkembangan terbaru, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman kini
sedang berunding dengan beberapa pegawai di Eropah bagi meyakinkan
bahawa negaranya tidak mempunyai kaitan dengan penggunaan pasport palsu
oleh pembunuh Mahmoud.
Pembunuh komander Hamas itu memasuki Dubai dengan menggunakan pasport Britain, Ireland, Perancis dan Jerman. – Agensi
No comments:
Post a Comment