IRAQ
Fasisme Timur Tengah, Saddam Hussein
Kepelbagaian ras agama dan kumpulan etnik telah membentuk populasi Iraq seramai 25 juta orang. 95 peratus beragama Islam, dan mereka mengalami penindasan, penderaan dan ketakutan selama bertahun-tahun. Faktor terpenting yang membawa kepada pembunuhan dan kemiskinan umat Islam adalah Saddam Hussein yang merupakan seorang diktator "fasis."Saddam Hussein mula berkuasa pada tahun 1979, dan semenjak itu beliau enggan membenarkan sebarang kumpulan agama menceburkan diri dalam arena politik dan sosial Iraq. Saddam Hussein menjadi arkitek peristiwa pembunuhan beramai-ramai 5,000 umat Islam Kurdish dengan menggunakan senjata kimia di Halabja, mendera rakyatnya sendiri, memulakan perang Iran-Iraq, dan cuba untuk menawan Kuwait pada tahun 1990. Walaupun beliau kadang-kala bercakap hal-hal agama untuk memenangi hati umat Islam, namun ia hanyalah sebuah sandiwara.
Jika kita mengkaji secara ringkas sejarah Saddam Hussein, kita dapat memahami asas-asas rejim yang dibinanya.
Peristiwa yang membuatkan Saddam berkuasa di Iraq bermula dengan sebuah rampasan kuasa. Pada bulan Februari 1963, sekumpulan pegawai askar dan aktivis jalanan yang menggelarkan diri mereka sebagai Parti Baath (Parti Pemulihan) telah menyingkirkan Jeneral Abdul Karim Kassem yang berkuasa ketika itu. Di antara militan-militan tersebut, seorang ahli daripada enam orang yang bertanggungjawab membunuh Kassem, mendapat perhatian: Saddam Hussein al-Takriti, dengan kata lain beliau ialah Saddam Hussein dari Takrit. Walaupun Saddam bukanlah seorang askar, namun beliau sering dilihat berpakaian uniform dan serta-merta selepas berlakunya rampasan kuasa, beliau telah dimasukkan ke dalam rejim Baath dan ditugaskan untuk melakukan keganasan dan pembunuhan. Tindakan pertamanya adalah mencipta kaedah baru penderaan yang lebih efektif semasa menyoal-siasat mereka yang menentang sewaktu rampasan kuasa. Pemerintahan Baath yang bermula dengan rampasan kuasa istana berakhir pada bulan November tahun yang sama. Pusat penderaan Saddam kemudian menjadi lebih ringan, penuh dengan peralatan-peralatan menyakitkan yang direkanya sendiri.
|
|
Dalam bukunya yang kedua, ditulis selepas Perang Teluk, Victor Ostrovsky yang merupakan bekas ejen Mossad menulis perkara yang menarik tentang Saddam dari kaca mata Israel. Israel berharap agar diktator Iraq itu terus berkuasa kerana beliau betul-betul kurang rasional dalam polisi antarabangsa dan mungkin melakukan kebodohan yang boleh dipergunakan oleh Israel.
Ini menjelaskan kepada kita maklumat penting tentang wajah sebenar Saddam Hussein. Saddam tidak pernah mewujudkan polisi yang membawa kebaikan kepada umat Islam dan tidak juga pernah mempertahankan kepentingan rakyatnya. Kesemua tindakan yang dilakukan olehnya sehingga hari ini, yang diarahkan oleh beberapa buah kumpulan yang anti-agama, bermatlamat untuk menghancurkan Islam dan rakyat Iraq. Sebenarnya sepanjang Saddam berkuasa, nyawa penduduk Iraq dipenuhi dengan peperangan dan konflik. Hakikat bahawa semua itu dilancarkan terhadap negara-negara Islam membuktikan kepada kita bahawa terdapat kumpulan-kumpulan yang tidak mahu Islam wujud di muka bumi ini.
Setelah berjaya mengukuhkan kekuasaan, Saddam sering mewujudkan peperangan dan konflik. Pada tahun 1980, Saddam dengan sengaja menceroboh Iran tanpa sebab, dengan itu mencetuskan peperangan selama 8 tahun yang menyaksikan kematian ratusan ribu rakyat Iraq dan Iran. Dua tahun selepas peperangan tersebut berakhir, Saddam kemudian menyerang Kuwait tanpa sebab dan seterusnya membawa Perang Teluk pada 1991. Namun, kezaliman Saddam tidak terhad kepada negara-negara jiran, malah kepada rakyatnya juga. Sepanjang beliau berkuasa, mereka yang dilihat sebagai penentang dari kalangan rejim, kepelbagaian parti politik dan kumpulan etnik telah dikenakan pelbagai jenis azab. Pada tahun 1990, Newsweek telah membawa kisah tentang karekter fasis Saddam:
Para pengkritik memanggilnya raja zalim yang dahagakan darah - Penyembelih Baghdad. Saddam Hussein memerintah Iraq dengan sarung tangan besi, dibantu oleh pasukan askar yang berjuta-juta orang dan legion sebagai penyampai maklumat, pembunuh upahan, dan pendera. Saddam yang dikenali di seluruh Timur Tengah, sesungguhnya sangat kejam dalam usahanya mengejar kemasyhuran untuk dirinya dan juga negaranya. Beliau tidak teragak-agak untuk menggunakan gas beracun terhadap musuh dalaman dan luar.56
Tindak-tanduk Saddam tidak banyak bezanya dengan Hitler dan Mussolini, dan beliau telah menyebarkan keganasan ke negara-negara jiran. Pencerobohan mengejut ke atas Kuwait selepas peperangan dengan Iraq adalah contohnya. Pencerobohan telah merosakkan Kuwait secara fizikal dan psikologikal. Kesannya berlakulah sekatan ekonomi ke atas Iraq, yang telah menambahkan lagi penderitaan rakyatnya selama bertahun-tahun. |
Saddam menunjukkan sifat fasisnya ke atas rakyat dari pelbagai etnik pada tahun 1988 dalam pembunuhan beramai-ramai Halabja. Gas saraf telah digunakan bagi menentang penduduk awam Kurdish, dan ramai rakyat yang tidak bersalah mati dalam keadaan azab, tanpa ada perbezaan di antara bayi, orang tua, lelaki dan wanita. Amnesti Antarabangsa melaporkan bahawa 5,000 penduduk Kurdish mati dalam peristiwa itu, dan beberapa ribu lagi dalam serangan sama yang dijalankan di tempat-tempat lain di negara itu.58
Penderaan yang dikenakan ke atas tahanan politik oleh rejim fasis Iraq adalah jauh lebih mengerikan. Seorang doktor yang lari dari negara itu telah menceritakan seperti berikut:
Saya adalah seorang doktor pelatih di sebuah hospital di bahagian selatan. Hanya doktor yang dapat melihat mereka yang dibawa dari penjara. Kebanyakan mereka hanyalah selonggok daging dan akan mati tidak lama lagi. Tiada seorang pun tahanan politik yang dapat hidup setelah melalui penderaan itu. Saya lari setelah saya menyedari saya akan ditangkap.59
Embargo yang dikenakan ke atas Iraq selepas pencerobohan Kuwait hanya menambahkan lagi penderitaan rakyat Iraq. Saddam pula tidak terjejas akibat embargo tersebut. |
Pemimpin Iraq ini menggertak para penentang rejim yang lari dari negara itu dengan menggunakan cara paling mengerikan. Sebagai contoh, Jeneral Najib Salihi lari ke Jordan pada 1995. Beliau mendedahkan bahawa rakaman video keluarga dan rakannya yang dirogol telah dihantar kepadanya, dan ini telah berlaku kepada ramai tokoh-tokoh penentang yang lain.
Seperti yang telah kita lihat dengan jelas melalui contoh-contoh tersebut, kekuasaan Saddam ke atas rakyat Iraq adalah berasaskan kepada gertakan, keganasan, penindasan dan penderaan. Rakyatnya sangat miskin dan menganggur disebabkan oleh polisi luar Iraq yang bersifat agresif dan bermusuhan. Polisi tersebut dicipta hanya untuk memenuhi ego Saddam semata-mata. Bayi-bayi mati disebabkan oleh kelaparan dan kekurangan ubat-ubatan. Walaupun Iraq kaya dengan sumber alamnya, namun ia sedang menuju ke arah kematian dan kepupusan.
Namun, di sini harus ditekankan bahawa keganasan bukanlah cara terbaik untuk menghalang mereka yang tidak bersalah dari terus berada di bawah kebuasan Saddam. Dalam peristiwa yang menggunakan polisi tersebut, rakyat Iraq yang tidak bersalah menderita lebih teruk berbanding Saddam. Tanpa ragu lagi bahawa rakyat yang tidak bersalah (kanak-kanak, wanita, orang tua, orang sakit) akan lebih menderita dalam mana-mana peperangan dan konflik. Mereka yang mempertahankan kenyataan bahawa kezaliman adalah penting bagi membebaskan rakyat Iraq harus lebih berhati-hati supaya tidak melakukan kesilapan yang serupa seperti Saddam sendiri. Dengan kata lain, mereka mesti mengelak sebarang cara yang mampu merosakkan negara dan membahayakan nyawa ribuan yang tidak bersalah.
Rayuan Hipokrit Saddam Terhadap Agama
Satu ciri penting yang dilakukan Saddam ke atas rakyat Iraq ialah beliau bertindak dengan menggunakan topeng agama yang palsu. Saddam sering menggunakan stail keagamaan, yang ditujukan kepada rakyatnya, di dalam polisi-polisi dalaman dan luarnya, dan dalam tindakan yang direka untuk menipu seseorang. Inilah sebabnya mengapa beliau sering melakukan perkara-perkara yang dapat menunjukkan dirinya sebagai seorang yang mempertahankan dunia Islam, dan berusaha untuk mengambil peluang dalam sensitiviti keagamaan rakyat, seperti mana penambahan kalimah "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) ke dalam bendera Iraq sewaktu berlakunya Perang Teluk. Melihat kepada kekejaman yang dilakukan olehnya sudah jelas memberitahu kita bahawa apa yang dilakukan oleh Saddam itu bukannya untuk agama Islam ataupun nilai-nilai Al-Quran. Allah telah memberitahu situasi sedemikian tentang mereka yang bersifat demikian di dalam ayat yang berikut:
Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah, bahawa mereka sesungguhnya termasuk dari golonganmu; padahal mereka bukanlah dari golonganmu... (At-Taubah, 9:56)
Jelaslah bahawa Saddam bukanlah seorang pemimpin Islam sejati. Jelas bahawa segala tindakannya ditegah dalam Islam, dan sangat-sangat dikutuk. Sebagai contoh, rasisme memainkan peranan penting dalam tindak-tanduk Saddam di Iraq. Ramai rakyat yang tidak bersalah dibunuh dengan kejam, hanya disebabkan oleh asal-usul etnik mereka. Dalam pembunuhan beramai-ramai Halabja, Saddam mencatat sejarah apabila membunuh kira-kira 5,000 orang. Seperti para pemimpin fasis yang lain, Saddam mendakwa keturunan etniknya adalah jauh lebih hebat. Al-Quran walau bagaimanapun sudah menjelaskan bahawa kehebatan tidak terletak pada bangsa, warna kulit atau pun ciri-ciri yang lain. Ia sebenarnya terletak pada ketaatan dan keimanan seseorang kepada Allah. Rasisme di sebaliknya, telah diterangkan di dalam ayat yang berikut:
Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan Jahiliah, lalu Allah menurunkan ketenangan kepada rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa, dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Al-Fath, 48:26)
Allah telah menjadikan manusia dalam pelbagai jenis bangsa dan warna kulit. Manusia adalah makhluk yang lemah, sangat bergantung kepada Allah. Jadi tiada seorang pun yang boleh mendakwa mereka lebih hebat berbanding orang lain atau bangsa lain. Di saat-saat kematian, di waktu Hari Pengadilan ataupun di Hari Akhirat kelak, perkara-perkara seperti bangsa tidak berguna sama sekali. Pada waktu itu, tiada seorang pun yang boleh meminta bantuan orang lain tentang bangsa atau asal-usulnya. Mereka yang sekarang bertindak dengan buas disebabkan oleh faktor bangsa, membunuh dan membakar manusia hidup-hidup, akan menyedari pada hari itu bahawa diri mereka sebenarnya sangat lemah dan tidak berdaya, tanpa mengira apakah bangsa mereka. Satu ayat telah menerangkan tentangnya ketika Hari Pengadilan kelak:
Apabila sangkakala ditiup, maka tiada lagi pertalian saudara di antara mereka pada hari itu, dan tidak pula mereka saling bertanya. (Al-Mukminun, 23:101)
Di samping rasisme, Saddam turut mempercayai fasisme. Beliau mengenakan penindasan fasis terhadap rakyatnya sendiri, dan seperti juga Hitler dan Mussolini, Saddam mendakwa peperangan adalah satu sifat yang suci. Padahal ia sangat berjauhan dengan kehendak al-Quran. Memulakan peperangan tanpa sebab adalah sangat dikeji oleh al-Quran dan ia adalah berdosa besar. Apa yang telah Allah firmankan kepada kaum Bani Israel yang enggan mempercayai kewujudan-Nya dapat ditujukan kepada semua mereka yang jahat dan keji: "...setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka melakukan kerosakan di muka bumi. Dan Allah tidak menyukai mereka yang melakukan kerosakan." (Al-Maaidah, 5:64) Secara ringkas sejak tahun 1970-an, umat Islam Iraq sudah berada di bawah kepimpinan kejam seorang diktator yang sudah jauh dari nilai ajaran moral yang terdapat di dalam al-Quran. Saddam adalah seorang yang bersifat perkauman dan taksub kepada keturunan. Beliau tidak teragak-agak untuk membunuh ratusan ribu nyawa yang tidak bersalah semata-mata untuk memenuhi nafsunya, dan beliau seronok melihat kekejaman dan penderaan. Di samping itu, kebanyakan dari mereka tidak menyedari apa yang sedang berlaku, disebabkan oleh propaganda berterusan yang dilancarkan. Tindakan menyelamatkan umat Islam dari tangan Saddam, atau dari mana-mana diktator yang mungkin memerintah Baghdad selepasnya, bergantung kepada kekuatan ideologi dan material dunia Islam, iaitu mengamalkan ajaran al-Quran dengan sepenuhnya, dan dengan memusnahkan ideologi fasis yang cuba beroperasi di bawah topeng Islam.
No comments:
Post a Comment