AFGHANISTAN
Perang Saudara yang Tidak Berkesudahan Disebabkan Oleh Kebuasan Komunis
Sembilan puluh sembilan peratus daripada populasi Afghanistan beragama Islam. Negara ini bertemu dengan agama Islam ketika zaman khalifah Uthman. Ia kemudian jatuh ke tangan Samanids pada penggal kedua abad ke-9, seterusnya diperintah oleh Ghaznavids. Wilayah Afghanistan kemudian dikuasai oleh Moghul India, dan selepas itu sering-kali bertukar tangan sehinggalah menjelang aba ke-18.Nadir Shah, yang menaiki takhta Iran pada tahun 1736, telah memasukkan Afghanistan ke dalam wilayah miliknya dalam masa beberapa tahun sahaja. Selepas beliau dibunuh dalam satu siri kebangkitan, empayar yang ditubuhkannya dengan cepat dimusnahkan oleh konflik dalamannya sendiri. Komander Pengawal, Ahmad Abdali kemudian dipilih oleh pelbagai suku kaum sebagai Shah, dan akhirnya berupaya menjadikan seluruh negara berada di bawah kekuasaannya. Beliau memerintah dengan menggunakan nama Ahmad Shah Durrani. Wilaya-wilayah miliknya bermula dari Kashmir ke Delhi, dan dari Sungai Amu Darya (Oxus) ke Oman, dan ia menjadi sangat ekstensif yang mana Empayar Afghanistan adalah kerajaan Islam kedua terbesar di dunia pada penggal kedua abad ke-18, selepas Empayar Turki Uthmaniyyah.
Usia empayar tersebut tidak lama, ia kemudiannya terjebak dalam kancah perang saudara. Kuasa British mengambil peluang sewaktu kebingungan sedang melanda Afghanistan. Selepas itu, negara ini gagal membentuk sebuah kerajaan yang kekal lama disebabkan oleh campur tangan Britain dan Rusia, dan menderita akibat konflik-konflik dalaman yang berlaku. Muhammad Nadir Khan, yang mula berkuasa pada 1929, berjaya menstabilkan keadaan buat beberapa ketika, namun Rusia terus menjaga tepi kain Afghanistan dan cuba untuk mendominasi pentadbirannya. Perhubungan kedua-dua negara ini sangat rapat, sehinggakan Afghanistan menjadi negara pertama yang mengiktiraf rejim komunis Bolshevik di Rusia.
Pada 1973, Kesatuan Soviet telah melakukan rampasan kuasa di Afghanistan. Zahir Shah yang pro-Barat telah disingkirkan dan Daud Khan (Muhammad Daud) telah mengambil alih tampuk pemerintahan. Selepas itu, para pegawai Marxis mula mempengaruhi sistem pentadbiran Afghanistan dan mereka menjawat jawatan-jawatan penting. Daud Khan berharap untuk melepaskan diri dari pengaruh Rusia dan mahu mewujudkan sebuah negara Islam. Perjanjian yang dibuat olehnya dengan Pakistan telah membuatkan pertubuhan-pertubuhan komunis domestik melakukan kekerasan. Adalah sesuatu yang jelas bahawa polisi yang mirip kepada sebuah negara Islam akan mencetuskan provokasi kepada Rusia. Pada 1978, para jeneral Marxis dalam pasukan tentera dan beberapa penduduk awam komunis telah melakukan rampasan kuasa oleh Rusia. Kesemua ahli keluarga Daud Khan dan mereka yang terdekat telah dihapuskan. Perancang rampasan kuasa itu telah mengumumkan bahawa mereka akan memerintah Afghanistan dengan sebuah rejim komunis, dan mereka akan memulakan perang habis-habisan menentang agama. Buku Hitam Komunisme (The Black Book of Communism) telah menceritakan tentang kebencian komunis terhadap amalan beragama:
|
Kumpulan komunis Afghanistan adalah alat yang dipergunakan oleh Kesatuan Soviet. Mereka bertindak di bawah arahan "penasihat" dari Moscow, dan menjalankan pembunuhan beramai-ramai ke atas bangsa mereka sendiri, seperti yang ditunjukkan oleh angka di bawah. Mereka telah melakukan kedahsyatan walaupun hanya berkuasa dalam masa yang singkat:
[Cendekiawan Afghanistan] Michael Barry telah menceritakan satu insiden berikut: "Pada Mac 1979...1,700 orang dewasa dan kanak-kanak, keseluruhan populasi lelaki di perkampungan [Kerala], telah dikumpulkan di bandar dan ditembak dengan senjata mesin-gun. Mereka yang mati dan yang hampir mati dicampakkan ke dalam tiga buah kubur besar dan ditimbus dengan menggunakan buldozer. Buat beberapa ketika selepas itu, wanita-wanita masih boleh melihat tanah bergerak sedikit kerana mereka yang cedera cuba untuk melepaskan diri, namun tidak lama selepas itu tidak wujud lagi sebarang pergerakan. Semua wanita lari ke Pakistan..." Pada masa yang sama, keganasan berlaku di Kabul. Penjara Pol-e-Charki, di bahagian timur pinggir bandar, dijadikan pusat tahanan. Seperti yang diterangkan oleh Sayyed Abdullah, seorang pengarah penjara, menerangkan kepada mereka yang dipenjara seperti berikut: "Kamu semua yang berada di sini akan ditukar menjadi satu longgokan sampah."52
|
Penderaan adalah sesuatu yang lazim; bentuk yang paling ngeri termasuklah ditanam hidup-hidup di dalam tandas. Beratus tahanan dibunuh setiap malam, dan mereka yang mati dan hampir mati ditanam dengan menggunakan buldozer. Kaedah Stalin yang menghukum keseluruhan etnik disebabkan oleh kesalahan sebilangan kecil ahlinya telah diguna pakai. Ia membawa kepada penahanan 300 orang dari kumpulan etnik Hazaras pada 15 Ogos 1979. Mereka didakwa menyokong tindakan penentangan. "150 orang daripada mereka telah ditanam hidup-hidup oleh buldozer, dan yang bakinya telah disimbah dengan gasolin dan kemudiannya dibakar hidup-hidup." Pada September 1979, pihak berkuasa penjara mengaku bahawa kira-kira 12,000 orang tahanan telah dihapuskan. Pengarah Pol-e-Charki memberitahu kepada sesiapa sahaja yang mahu dengar: "Kami akan meninggalkan 1 juta rakyat Afghanistan sahaja - yang kami perlukan untuk membangunkan sosialisme."53
Kesemua yang dilakukan itu adalah berdasarkan arahan yang diterima dari Moscow. Sebenarnya, segala kekacauan di Afghanistan sudah dirancang terlebih dahulu oleh Kesatuan Soviet. Rejim Soviet telah memutuskan untuk menubuhkan komunis di Afghanistan melalui rampasan kuasa dan kemudian menguasai keseluruhan negara dengan alasan untuk mempertahankan sebuah rejim yang kononnya didakwa sebagai "demokratik." Seperti yang telah dipersetujui oleh ramai sejarawan, adalah satu hakikat bahawa komunis melihat kebangkitan pantas Islam sebagai satu ancaman yang membuatkan Moscow tidak teragak-agak mengambil langkah sedemikian rupa.
|
Pasukan Red Army terus berada di negara tersebut selama 10 hari genap. Ia cuba untuk tidak mempedulikan tentangan berjustifikasi oleh puak mujahidin dengan melakukan kekejaman dan kebuasan yang sangat kejam dan dahsyat. Seorang pejuang Afghanistan menggambarkan cara yang dilakukan oleh pihak Red Army:
Pihak Soviet telah menyerang setiap rumah, merampas dan merogol wanita. Barbarisme adalah lebih teruk berbanding yang disangka, dan kelihatan seperti telah dirancang. Mereka tahu bahawa dengan berbuat demikian, mereka memusnahkan asas-asas kemasyarakatan kita.54
Pasukan Tentera Soviet telah menggunakan cara paling keji dalam usaha menghapuskan umat Islam Afghanistan: periuk api direka seperti bentuk mainan supaya kanak-kanak Afghanistan mengambilnya dengan tidak sengaja, kumpulan gerila yang ditahan didera dengan sekejam-kejamnya, dan penduduk awam dibom dengan sengaja. Mereka lebih gemar melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap keseluruhan kampung, berbanding membunuh mereka satu demi satu.
Di dalam satu temu bual, Felix Ermacora, seorang pelapor khas di Afghanistan untuk Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB, menegaskan bahawa PBB sedang mengawal kebuasan Rusia di Afghanistan. Dengan merujuk kepada peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Laghman yang dilakukan oleh Rusia, Ermacora memberitahu bahawa kesemua kampung di bandar tersebut yang terletak di bahagian Timur Laut Kabul, telah hilang dari peta. Di daerah Karga sahaja, 1,500 penduduk telah dibunuh, terutamanya kanak-kanak dan wanita. Kesemua haiwan dibunuh, termasuklah anjing. Kesemua rumah kediaman telah dirompak, dan teh serta gula di bahagian dapur telah diambil. Tentera Red Army telah melanggar rumah-rumah dengan menggunakan kereta kebal, yang mana mereka mengetahui terdapat kanak-kanak dan wanita yang sedang berlindung di dalamnya. Beberapa bahagian badan dapat dilihat di celah-celah tayar kereta kebal.55
|
Selepas Soviet berundur, Afghanistan menjadi kacau-bilau dan perang saudara bermula.
Taliban yang mula memegang tampuk kuasa pada tahun 1998 sebenarnya telah meningkatkan lagi ketegangan sosial dan kemiskinan di negara tersebut dengan mewujudkan sebuah rejim yang sangat tegas dan ketat. Kami berharap agar rejim baru yang dibentuk selepas tumbangnya Taliban dapat menghentikan kezaliman dan kemiskinan yang semakin menjadi-jadi berikutan provokasi Moscow pada tahun 1970-an, diikuti pula dengan penjajahan Soviet.
No comments:
Post a Comment