Penghapusan Etnik Islam di China |
Rentetan peristiwa penganiayaan terhadap umat Islam berterusan lagi kali ini di China, diserata dunia umat Islam dilayan bagai golongan kelas kedua bahkan sesetengahnya melayan kita umat islam seperti binatang yang semudah-mudahnya untuk dibunuh dan disembelih.
Tidak cukup peristiwa di Palestin, Iraq, Afghanistan, Guantanamo, Kashmir,Tak Bai kini wilayah Xiangjiang,China yang didiami oleh penduduk Islam Uighyur pula bergolak. Peristiwa berdarah yang meragut nyawa seramai 156 orang awam
Etnik Uighyur yang menetap xiangjiang merupakan etnik pribumi tanah xiangjiang sebelum dijajah oleh China pada tahun 1946. Dahulunya Xiangjiang dikenali sebagai Uyghurstan yang didiami oleh oleh kaum majoriti etnik uighyur sebelum mereka menjadi minoriti di tempat mereka sendiri dengan kemasukan warga cina dari suku kaum Han beramai-ramai.
Kemasukan etnik Han secara beramai-ramai dilihat sebagai usaha untuk menyisihkan kaum uighyur ditanah mereka sendiri. Sudah dasar penjajah, tidak ingin melihat bangsa peribumi mencabar autonomi mereka. Begitulah hakikatnya, sebuah Negara Islam yang telah
dijajah dan nasib mereka terbiar tanpa pembelaan.
Berikutan tercetusnya pemberontakan disana, barulah kita mula buka mata untuk mengenali siapakah saudara kita yang teraniaya disana. Mereka telah berjuang untuk kemerdekaan mereka untuk sekian lama tetapi telah disalah tafsirkan oleh dunia dengan menuduh mereka sebagai pengganas.
Kerajaan China cukup mahir memutar belitkan fakta apabila mengambil peluang menyahut seruan Amerika Syarikat memerangi pengganas dengan melabelkan pejuang-pejuang Islam disana sebagai pengganas. Ini boleh dilihat dilaman berita bbc yang dikeluarkan pada tahun 2005 (http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/4435135.stm)
Berrdasarkan carian saya diinternet, Kerajaan China telah menyekat sebarang usaha menyampaikan berita dari Ughyurstan (saya tidak mahu menggunakan istilah xiangjiang kerana ia membawa maksud “tanah jajahan baru” sedangkan ughyurstan wajar diiktiraf sebagai negara yang bebas). Kerajaan China telah menyekat maklumat dari internet malah alat perhubungan juga telah dimatikan fungsi. Lalu bagaimana kita boleh mendapatkan berita yang sebenar?
Tahu-tahu sahaja kerajaan China telah mengeluarkan kenyataan bahawa yang banyak terbunuh ialah etnik Han . Sedangkan menurut saksi apa yang berlaku adalah berbeza. Bahkan menurut saksi lagi tentera-tentera China telah bertindak liar dengan menembak etnik uigyhur yang memprotes tindakan kejam etnik Han bahkan ada yang dilenyek mati menggunakan kereta kebal. (http://www.arabnews.com/?page=1§ion=0&article=124431)
Malah berdasarkan gambar-gamabar yang dimuat masuk ke internet yang nyata etnik Han bermahajarela dengan mengengam kayu,besi dan parang untuk membunuh etnik uighyur sedangkan kaum uighyur disekat oleh askar-askar China hatta tidak boleh mengerjakan solat Jumaat. Dimana keadilan untuk umat Islam di sana?
Setelah apa yang dibuat oleh Kerajaan China sewajarnya Malaysia menyatakan sesuatu sebagai bantahan. Setakat yang saya tahu jika negara Islam hanya Kerajaan Turki yang begitu lantang mengkritik China. Bagi kita pula sebagai rakyat biasa hebah-hebahkanlah pasal negara Islam Uygyurstan yang kini dibawah jajahan China.
|
No comments:
Post a Comment