Dunia pernah digemparkan dengan nahas
Titanic, sebuah kapal persiaran mewah yang mengorbankan beribu nyawa.
Peristiwa nahas kapal Titanic ini juga begitu popular sehinggakan sebuah
filem yang dibuat khas untuk membawakan kepada penonton kejadian,
perasaan dan kekalutan yang berlaku sehinggalah karamnya kapal Titanic
ini.
Walau bagaimana pun, peristiwa nahas kapal Titanic ini hanyalah secebis daripada Top 10 Nahas Kapal Laut Terburuk Dalam Sejarah.
10. Mary Rose - 400 Kematian
Mary Rose adalah sebuah kapal
perang Inggeris dan merupakan kapal perang pertama yang menggunakan
meriam di sekeliling kapal. Ianya juga dikatakan sebagai yang terawal
dibina untuk tujuan peperangan oleh Royal Navy; dan tidak pernah
digunakan untuk tujuan perdagangan.
Pada 1545, King Francis I dari
Perancis telah melancarkan serangan terhadap England dengan kekuatan
30,000 tentera serta lebih daripada 200 buah kapal. England pada ketika
itu hanya mempunyai 80 buah kapal (termasuk Mary Rose yang dikemudi oleh
Armada Sir George Carew) dan 12,000 orang tentera.
Malangnya, Mary Rose telah karam
apabila bahagian kiri kapal rosak, dan dipenuhi air apabila ianya cuba
melakukan pusingan ke kanan (starboard side) bagi membolehkannya
menggunakan meriam di bahagian kanan. Kesemua anak kapal mati kecuali 35
orang terselamat.
9. HMS Birkenhead - 460 Kematian
HMS Birkenhead, juga dikenali sebagai HM Troopship Birkenhead atau Steam Frigate Birkenhead, merupakan antara kapal dengan kerangka besi pertama dibina untuk Royal Navy.
Pada 26 Februari 1852, semasa
membawa seangkatan tentera dalam 73rd Regiment of Foot ke Teluk Algoa,
kapal ini telah karam di Gansbaai berhampiran Cape Town, Afrika Selatan.
Pada ketika itu, bot penyelamat tidak mencukupi untuk menampung kesemua
anak kapal. Akhirnya, angkatan tentera tersebut bersetuju agar semua
wanita dan kanak2 diselamatkan terlebih dahulu dengan menaiki bot
tersebut.
Hanya 193 daripada 643 orang yang berada di atas kapal terselamat.
8. SS Eastland - 845 Kematian
S.S Eastland merupakan kapal
penumpang yang berpengkalan di Chicago dan digunakan untuk tujuan
pelancongan. Pada 24 Julai 1915, kapal S.S Eastland beserta 2 buah kapal
wap (Theodore Rosevelt dan Petoskey) telah disewa untuk membawa
pekerja2 Chicago's Western Electric Company ke perkelahan di Michigan
City, Indiana.
Bot penyelamat dan segala
kelengkapan termasuklah para penumpang, telah menyebabkan S.S Eastland
ini mengalami lebihan muatan. Hal ini telah menyebabkan ketidakstabilan
kapal, dan bencana berlaku apabila kapal ini telah terbalik dengan
secara tiba2 dan menyebabkan sejumlah 841 orang penumpang dan 4 orang
krew kapal terbunuh dalam kejadian tersebut.
7. MS Estonia - 852 Kematian
MS Estonia, yang dahulunya
dikenali sebagai MS Viking Sally (1990), MS Silja Star (1991) dan MS
Wasa King (1993), merupakan sebuah feri yang dibina pada tahun 1979 di
German Shipyard Meyer Werft di Papenburg.
Nahas Estonia berlaku pada 28
September 1994 semasa ingin merentasi Laut baltic, untuk perjalanan dari
Tallin, Estonia ke Stockholm di Sweden. Puncanya apabila berlaku
sedikit kerosakan pelindung kipas (bow visor).
Walau bagaimanapun, apabila
diteliti semula, kerosakan tersebut tidaklah begitu ketara, sehinggalah
seorang wanita menjerit, "...Häire, häire, laeval on häire...", yang
bermaksud "...Amaran, amaran, amaran di atas kapal..." melalui satu
talian komunikasi yang terdapat dalam kapal tersebut.
Malangnya, tidak lama selepas
itu, kapal tersebut berpusing 30 - 40 darjah ke kanan, menjadikannya
mustahil untuk penumpang berada di dalam kapal. Akibat terputusnya
bekalan kuasa, kapal MS Estonia ini tidak mampu untuk kembali kepada
posisi asalnya, hanya 137 orang daripada 989 penumpang terselamat.
6. RMS Empress of Ireland - 1,012 Kematian
RMS Empress daripada Ireland ini
merupakan kapal pengangkut barang yang dibina pada tahun 1905 - 1906 di
Fairfield Shipbuilding and Engineering di Scotland untuk Canadian
Pacific steamships (CP).
Tragedi berlaku pada 29 Mei
1914, apabila sebuah kapal Norway, Collier Storstad berlanggar dengan
sisi Empress. Storsad tidak karam, walau bagaimanapun, pelanggaran
tersebut telah menyebabkan sisi kanan Empress rosak teruk. Air memenuhi
kapal melalui kerosakan pada sisi kapal, dan karam hanya dalam masa 14
minit.
Seramai 1,012 orang telah mati dalam tragedi ini dan hanya 465 orang terselamat.
5. RMR Titanic - 1,517 Kematian
RMS Titanic merupakan kapal
penumpang kelas Olimpik yang dimiliki oleh White Star Line dan dibina di
Harland and Wolff Shipyard di Belfast, Ireland. Ianya dibina
menggunakan teknologi tercanggih pada ketika itu, dan dipercayai oleh
kebanyakan orang, "the unsinkable ship".
Walau bagaimanapun, ianya
mengejutkan dunia apabila pada 14 April 1912, sewaktu pelayaran
pertamanya, Titanic telah berlanggar dengan sebuah bongkas ais yang
sangat besar. Dan ianya telah karam sepenuhnya 2 jam 40 minit kemudian!
Tragedi ini begitu popular
kerana status Titanic sebagai "the unsinkable ship" akhirnya
mengorbankan sejumlah 1,517 orang dalam satu tragedi yang menyayat hati.
4. Sultana - 1,800 Kematian
Kapal stim Sultana merupakan
sebuah kapal kincir air berkuasa stim dari Sungai Mississippi. Letupan
pada 27 April 1865 telah memusnahkan Sultana dan direkodkan sebagai yang
terburuk dalam tragedi maritim di Amerika Syarikat.
Letupan berpunca daripada
kebakaran dari salah sebuah "boiler" sehingga menyebabkan satu letupan
yang sangat kuat. Letupan ini begitu kuat sehingga kan penumpang yang
berada di atas kapal tercampak ke laut dan memusnahkan sebahagian besar
kapal.
Sisa letupan tersebut
kemudiannya merebak sehinggakan keseluruhan kapal tersebut terbakar dan
menghasilkan nyalaan api yang begitu marak! Nyalaan ini begitu besar
sehinggakan ianya mampu dilihat dari daratan Memphis.
3. MV Joola - 1,863 Kematian
MV Le Joola yang
merupakan feri milik kerajaan Senegal, telah karam di Perairan Gambia
pada 26 September 2002. Ketika itu, Joola dalam pelayaran ke daerah
Casamance dan pelayaran rutin antara Selatan Senegal dan Dakar.
Joola dibina
untuk menampung 580 orang penumpang sahaja. Walau bagaimanapun, ketika
tragedi ini berlaku, Joola telah membawa muatan seramai hampir 2,000
orang! Keadaan cuaca buruk dan berangin, telah menyebabkan feri ini
terbalik, dan karam dengan begitu pantas.
Hanya sebuah bot
penyelamat yang dinaiki oleh 25 orang sahaja terselamat. Seramai 1,863
kematian telah dilaporkan dalam kejadian ini.
2. Halifax Explosion - 1,950 Kematian
Halifax
Explosion adalah satu tragedi letupan sebuah kapal kargo daripada
Perancis, Mont Blanc pada hari Khamis, 6 Disember 1917. Tragedi ini
telah mengejutkan penduduk di sebuah kawasan di Halifax, Nova Scotia,
Kanada, apabila Mont Blanc yang sarat dengan bahan letupan perang
berlanggar dengan sebuah kapal dari Norway dalam kawasan Pelabuhan
Halifax.
Letupan tersebut
telah menyebabkan kerosakan seluas 2 km persegi dan mengorbankan lebih
kurang 2,000 orang. Tsunami terhasil, kesan daripada letupan kuat
tersebut, telah memusnahkan bangunan2, segala pengangkutan darat,
pokok2, dan membawa serpihan Mont Blanc beberapa kilometer ke darat.
Sekurang2nya, 9,000 orang tercedera dalam tragedi ini.
Doña Paz adalan
feri penumpang yang karam setelah berlanggar dengan sebuah kapal muatan
minyak, Vector, pada 20 Disember 1987. Doña Paz ketika tragedi, dalam
pelayaran dari Catbalogan di Samar Island, Filipina ke Manila.
Vector yang
membawa muatan sebanyak 8,800 barrels produk petroleum. Kargo Vector
telah terbakar dan merebak ke Doña Paz, dan menyebabkannya tenggelam
dalam beberapa minit sahaja.
Dikatakan, Doña
Paz pada ketika itu membawa lebihan penumpang, dan jumlah sebenar
kematian mencecah 4,375! Laporan menunjukkan, krew kapal Vector tidak
terlatih manakala lesen kapal tersebut telah tamat tempoh. Ianya
menjadikannya tragedi melibatkan feri terburuk dalam sejarah dunia!
No comments:
Post a Comment