Ketika
angin berhembus, daun-daun palma berguguran dibawa angin mengambang ke
kolam-kolam lili air, dan ke kota Babylon di bawahnya.
Seluruh wilayah
kota terbesar pertama di masa kuno ini (penduduknya dianggarkan 200.000 orang) kelihatan sangat jelas dari puncak taman.
Walaupun berada di dataran tinggi, namun seluruh tanaman disirami air setiap
hari. Sistem pengairan taman ini sangat menakjubkan. Tidak salah kiranya jika Philon, ahli falsafah Yunani yang gemar mengembara mencatatnya sebagai satu dari tujuh keajaiban kuno dunia. Taman ini sangat memikat hati.
Babylon yang merupakan ibukota dari Babylon, kerajaan kuno Mesopotamia, iaitu sebuah kota yang terletak berhampiran sungai Euphrates, yang sekarang dikenali sebagai Iraqselatan.
Berdasarkan sejarah, dinasti pertama dari Babylon didirikan oleh Hammurabi
pada masa Neo-Babylonian setelah kehancuran kerajaan Assyrian. Babylon
menjadi salah satu kota terpenting pada zaman Timur Tengah kuno ketika
Hammurabi (1792-1750 BC), menjadikannya ibukota kerajaan Babylon.
Kebudayaan bangsa Babylon dibina dengan sangat baik dan catatan cuneiform
yang berjaya ditemui menunjukkan, agama, sejarah, dan ilmu
pengetahuan pada masa itu sangat berkembang.
Ubat-ubatan,
kimia, alchemy, botany, matematik, dan astronomi juga dipraktikkan.
Agama dan tulisan kuno yang berbentuk cuneiform ini berasal dari
kebudayaan Sumer yang lebih tua.
Mereka juga mengembangkan bentuk
abstrak dari tulisan berdasarkan symbol cuneiform (berbentuk baji).
Tulisan ini ditulis di tanah liat yang basah dan dibakar dibawah
terik matahari.
“Dongeng
tentang penciptaan” bangsa babylon ditulis dalam tujuh lembaran tanah
liat dan ditampilkan serta dibacakan pada festival tahun baru di
Babylon.
Lembaran-lembaran ini mengisahkan tentang kejayaan Tuhan Kota
Babylon, Marduk, dan bagaimana Marduk boleh menjadi Tuhan tertinggi,
Raja semua Tuhan yang ada di syurga dan bumi.
Tower of Babel
Bangsa
Babylon mempunyai sistem angka yang lebih maju dari yang kita miliki
sekarang, dengan sistem posisi dengan dasarnya 60. Mereka juga membuat
tabel untuk membantu dalam proses perhitungan.
Mereka membahagi hari sama
seperti yang sekarang kita lakukan, 24 jam dengan 60 minit, untuk setiap
jam dan setiap 60 minit.
Adat
kebiasaan bangsa Babylon ini ikut mempengaruhi bangsa Assyria dan
turut memberikan kontribusi terhadap sejarah Timur Tengah dan Eropah
Barat dikemudian hari.
Babylon
mengalami kemerosotan dan jatuh kedalam anarki sekitar 1180 BC, tetapi
kemudian bangun berkembang kembali sebagai sebahagian negara dari kerajaan
Assyria selepas abad ke 9 BC.
Babylon akhirnya dihancurkan pada 689 BC, oleh bangsa Assyria dibawah kepemimpinan SennaCherib, tetapi kembali dibina lagi.
Nabopolassar
mendirikan apa yang sekarang dikenali sebagai Chaldean atau kerajaan
baru Babylon pada 625 BC, dan akhirnya mencapai masa keemasannya
dibawah pemerintahan anaknya Nebuchadnezzar (604-562 BC).
Kejayaan
serta kemegahan Babylon menjadi terkenal dan legenda sejak naik
tahtanya Nebuchadnezzar, yang dipercayai sebagai pembina Taman Tergantung Babylon.
Persembahan Rasa Cinta
Seperti juga Taj Mahal di India, yang dibina oleh Shah Jahan untuk permaisuri
terkasihnya Mumtaz Mahal, taman bergantung Babylon ini pun merupakan
sebuah persembahan cinta.
Taman ini dibina Nebukadnezar II
yang memerintah dari tahun 605-562 SM, dikhas bagi Amytis,
permaisuri tercintanya yang berasal dari kerajaan Media. Kerajaan Media
berpusat di pergunungan Persia (Iran).
Kemahuan Amytis
besar diantara hijaunya pergunungan, serta sejuknya tiupan angin.
Keadaan kerajaannya berbeza dengan Babylon.
Babylon
merupakan wilayah datar, kering, dan panas. Ini membuat Amytis
selalu terkenang akan hijaunya hutan Media. Ia rindu kembali ke kampung
halamannya.
Untuk
mengobati kerinduan isterinya Raja Nebukadnezar memerintahkan, untuk
membina sebuah taman rendang di dataran tinggi. Taman itu dibina di
timur sungai Eufrat (Euphrates), sekitar 50 km selatan Baghdad, Iraq.
Menurut sejarawan Yunani Diodorus Siculus,
lebar taman ini 400 kaki, panjangnya 400 kaki dan tingginya sekitar 80
kaki. Taman ini berdiri di atas ‘alas’ yang diperbuat dari batu bata yang
ditutup aspal dan keramik (tanah liat dibakar).
Berfungsi untuk mencegah masuknya resapan
air ke tanah yang berkemungkinan besar akan meroboh kestabilan taman.
Sejarawan lainnya, Herodotus
mengungkapkan, bahawa taman ini terletak di dalam dinding istana yang
berlapis emas yang panjangnya mencapai 56 mil.
Jalan taman ini sangat
lebar hingga membolehkan kereta yang ditarik empat ekor kuda untuk
berpatah balik.
Disini
juga berdiri kuil-kuil pemujaan yang berisi patung dewa dari emas.
Taman ini dibuat bertingkat, lebih tinggi dari bangunan lain di kota
Babylon, menimbulkan ilusi ‘tergantung di udara’.
Kesan ini makin jelas
bila taman dilihat dari balik rumah-rumah penduduk. Semua tanaman akan kelihatan tergantung di atas atap perumahan. Inilah sebabnya kenapa taman itu dinamakan taman tergantung.
Disebutkan
juga, bahawa taman itu dibina oleh Nebuchadnezzar untuk menghibur
isterinya yang sangat suka berada didaerah yang
dikelilingi oleh pergunungan.
Semenjak itulah taman tergantung, satu dari
tujuh keajaiban dunia yang ada.SLL
No comments:
Post a Comment