Nostradamus atau nama sebenarnya, Michel de Nostredame adalah seorang pengamal perubatan di Perancis. lahir
pada 14 Desember 1503 di sebuah kota bernama St.Remy di Perancis dan
dia meninggal pada tahun 1566 seperti mana yang telah diramalkannya
sendiri. Semenjak kecil lagi, beliau mempunyai kemampuan untuk melihat
masa depan atau dipanggil Clairvoyance dan kemahiran ini diwarisi
daripada datuknya.Nostradamus
terkenal kerana kumpulan puisinya yang telah diterbitkan di Lyon pada
tahun 1555 yang terdiri dalam kelompok-kelompok seratus kuatrain (syair
empat baris). Kumpulan puisi ini menjadi perhatian kerana ia sebenarnya
adalah ramalan-ramalan tentang apa yang terjadi di dunia dan malah untuk
menjadikannya lebih menghairankan sebahagian ramalan tersebut
betul-betul terjadi, contohnya kemunculan Napoleon, kebangkitan Hitler,
Perang Dunia I dan II dan yang paling popular adalah peristiwa 911.
Sepanjang
hidupnya, beliau telah menulis banyak sekali ramalan yang di tulis
dalam bentuk Quatrin atau sajak empat baris. Quatrin-quatrin ini di
bahagikan kepada beberapa bahagian yang di panggil The Centuries. Di
dalam setiap quatrainnya, beliau menggunakan ayat-ayat yang agak
membingungkan, nombor-nombor yang pelik dan gambaran-gambaran yang penuh
misteri. Beliau tidak menulis sesuatu ramalannya itu dengan tepat dan
kata yang mudah di fahami kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Pada
zaman tersebut, pemerintah ketika itu sedang giat untuk menghapuskan
golongan ahli sihir dan pengamal ilmu hitam. Ketika itu, siapa yang
ditangkap akan di bakar-bakar hidup-hidup. Untuk mengelakkan diri beliau
dituduh sebagai ahli sihir, beliau menulis ramalannya dengan kata-kata
yang penuh misteri.
Bagaimana
Nostradamus mengetahui masa depan? Atau dari mana beliau mendapat semua
maklumat tentang masa depan? Hakikat sebenarnya ialah beliau mendapat
semua maklumat ini berdasarkan manuskrip-manuskrip lama yang asli
ataupun yang telah diterjemahkan dari manuskrip asal, yang bersumber
dari dunia Islam; semua ini akhirnya berpunca dari percakapan Nabi
Muhammad s.a.w kepada para Sahabatnya tentang peristiwa akhir zaman.
Sebenarnya terdapat sekelompok hadis Nabi yang semuanya berkaitan
peristiwa yang terjadi pada masa depan atau lebih dikenali sebagai Hadis
Akhir Zaman ataupun Hadis Fitan.
Antara
sarjana Islam yang terkenal membicarakan Hadis Akhir Zaman ini adalah
Ibnu Kathir. Hadis-hadis ini kurang mendapat perhatian kecuali
segilintir darinya yang kebanyakan kita telah maklum iaitu yang
membicarakan tentang persoalan TANDA-TANDA KIAMAT seperti kemunculan
Dajal, turunnya Nabi Isa dan Padang Mahsyar. Kebanyakan hadis-hadis ini
adalah masih bersifat rahsia dan hanya dapat ditemui di dalam kelompok
manuskrip atau karya-karya ulama-ulama dahulukala. Kitab-kitab mereka
pun digelar kitab-kitab Fitan. Sebenarnya sabda-sabda Rasullullah s.a.w
adalah terlalu banyak; melampaui beribu-ribu hadis, maklumlah segala
percakapan, perbuatan dan keputusan dari manusia teragung ini akan
segera diambil tahu, dicatat dan direkod oleh para Sahabat selama
baginda masih hidup di dunia ini. Tidak semua hadis nabi ini dimasukkan
di dalam apa yang dikenali sebagai Enam Kitab Hadis Utama iaitu riwayat
al-Bukhari, riwayat Muslim, riwayat Ibnu Majah, riwayat at-Tirmizi,
riwayat Abu Dawud dan riwayat an-Nasa'i. Masih ada hadis-hadis lain yang
sebahagiannya adalah percakapan spontan nabi; bukannya di dalam
majlis-majlis rasmi atau pertemuan dengan para Sahabat mahupun
khutbah-khutbah baginda.
Masalah
terbesar dalam menentukan kesahihan hadis-hadis ini adalah
percampurannya dengan hadis-hadis palsu, maudhu' atau lemah, berbanding
dengan hadis-hadis dari enam riwayat utama itu di mana setiap ulama
hadis memilih hadis-hadis yang terbaik sahaja dari segi riwayat, nasab
dan pelbagai lagi tapisan yang semua ini terdapat dalam disiplin ilmu
hadis. Tetapi mujurlah terdapat ulama-ulama Islam dahulukala yang
terkenal contohnya Ibnu Kathir ini yang tidak diragukan taraf
keilmuannya, mengkaji dan mengumpulkan hadis-hadis akhir zaman ini.
Salah seorang Sahabat nabi terkenal mengetahui rahsia-rahsia akhir zaman
adalah Huzaifah Ibnu Yaman r.a iaitu Penjaga Rahsia Nabi. Pada
hari-hari akhir Huzaifah Ibnu Yaman r.a, beliau telah berkata, "Saya
adalah orang yang lebih tahu akan semua fitnah yang akan berlaku
sehingga hari kiamat. Baginda tidak merahsiakan sedikitpun tentang hal
itu yang tidak diceritakan kepada sesiapa pun melainkan aku. Akan tetapi
Rasullullah s.a.w telah menceritakan di dalam suatu majlis, di mana
baginda telah sampaikan kepada mereka tentang fitnah yang akan terjadi;
di antaranya terdapat fitnah besar dan fitnah yang kecil. Kumpulan
manusia itu semuanya pergi kecuali aku."
Beliau
berkata lagi, "Semua pembawa fitnah yang bilangan mereka mencapai tiga
ratus orang, kalau aku mahu dapat kuberikan NAMA-NAMAnya, NAMA BAPAnya
mahupun KEDIAMANnya sehingga hari kiamat. Kesemuanya diajarkan
Rasullullah s.a.w kepadaku. Sesungguhnya kamu bertanyakan kepada
Rasullullah s.a.w perkara-perkara yang baik, sedangkan aku bertanyakan
yang buruk, kamu bertanyakan kepada baginda perkara yang telah berlaku,
manakala aku bertanyakan PERKARA YANG AKAN BERLAKU."
Manakala
Ali bin Abu Talib (karamallahuwajhah) berkata pula, "Tanya oleh kamu
akan daku, demi Allah kamu tidak menanyakan aku tentang segolongan yang
keluar memerangi ratusan atau menunjuki ratusan orang kecuali aku
ceritakan kepada kamu siapa PENGANJURnya, KETUAnya dan PENCETUS atau
PENGGERAKnya, di ANTARA kamu dan MASA terjadinya hari kiamat."
Sememangnya
terdapat hadis-hadis ini yang ditemui nama seperti Hitler, Saddam atau
Napoleon, cuma ia ditulis dalam loghat atau lenggok Arab ketika itu.
Menurut sumber, dia sendiri pernah membaca hadis-hadis ini.
Berbalik
kepada Nostradamus, tembelangnya pecah apabila para pesakitnya
melaporkan ketika Nostradamus mengubati mereka, beliau telah mengucapkan
sesuatu dalam bahasa yang dikenal mereka sebagai bahasa Arab malah
kesemua ubat-ubatannya datangnya dari negara-negara Arab. Semua
kata-kata pengubatan atau jampi-jampinya adalah dalam bahasa Arab (tidak
diceritakan pula adakah jampi-jampi itu berasal dari al-Quran yang
mulia). Kemudian ditemui pula satu manuskrip yang berisi pengakuan dari
Nostradamus sendiri yang menceritakan kisah hidupnya, di antaranya
terdapat rahsia yang amat besar ertinya kepada kita umat Islam;
Nostradamus telah mengaku bahawa datuknya telah mencuri sejumlah
manuskrip Baitulmaqdis dan turut juga terlibat bapanya melarikan
manuskrip-manuskrip yang sangat berharga dari Baghdad, Mesir dan
negara-negara Arab yang lain, dan mereka pun berhijrah ke Perancis.
Perlu diingatkan bahawa Nostradamus berketurunan Yahudi dan keluarganya
berasal dari Jerusalem (Baitulmaqdis) dan datuknya berkawan rapat dengan
orang-orang Arab di sana dan semua rahsia sulit ini diajarkan kepada
Nostradamus selaku cucu dan anak mereka, kesemuanya di dalam BAHASA
ARAB! Jadi apalah hendak dihairankan dengan semua ramalan Nostradamus
ini, jika akhirnya ia berbalik juga kepada sumber Islam yang kita selaku
umat Islam telah pun tahu bahawa ia adalah kebenaran.
Tidak
timbul soal ramalan-ramalannya menjadi benar kerana ia bersumber dari
kata-kata nabi yang sememangnya benar! Jika anda ingin tahu lebih
lanjut, pergilah ke kedai-kedai buku dan cuba hayati ramalan Nostradamus
ini, anda akan temui beberapa ramalan akhir zaman yang menyerupai
dengan apa yang kita dengar sebelum ini; dari ustaz mahupun ustazah,
dari kitab hadis mahupun ceramah-ceramah agama. Terdapat beberapa
kuatrain yang menceritakan penaklukan Islam ke atas negara-negara Barat
yang diketuai oleh seorang penakluk yang agung! Yang saya hairankan buku
puisi Nostradamus ini semuanya diterbitkan atau diimport dari Barat
(ketika itu sumber dari kedai buku Popular) dan ditulis dalam bahasa
Inggeris yang fasih; di dalam terjemahan dari kuatrain Nostradamus yang
ditulis dalam bahasa Perancis, terang-terang terjemahan Inggeris itu
menyatakan bahawa tentera Islam akan menakluk dunia, walaupun di dalam
kuatrain itu tidak dituliskan perkataan Islam atau Arab! Mereka sudah
tahu akan hal ini namun masih angkuh dan ego dan tetap mahu mengubah
sejarah.
Dan
kita selaku umat Islam. Amat sedih sekali dengan segilintir umat Islam
yang tidak mengambil peduli langsung tentang hadis-hadis nabi malah
al-Quran yang agung. Bukan sahaja tidak mempedulikan langsung, malah ada
juga yang tergamak berangan-rangan mahu keluar dari Islam. Orang-orang
Barat berlumba-lumba mengkaji hadis dan manuskrip-manuskrip berharga
dari dunia Islam. Malah mereka juga semestinya wajib mengkaji al-Quran
yang penuh rahsia dan hikmah, di mana sejak kebelakangan ini al-Quran
menjadi medium paling saintifik kerana membicarakan tentang Big Bang,
Nebula, awan-awan hidrogen mahupun daya-daya nuklear. Di mana? Terdapat
banyak sumber jika anda ingin cari. Cukuplah surah al-Anbiya' yang
menceritakan tentang Big Bang. Dan Surah Yaasin yang kita baca setiap
malam Khamis, majlis kematian ataupun majlis-majlis lain tu sebenarnya
ada mengungkap perihal bahan api petroleum!
No comments:
Post a Comment