Paraguay - Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah
Paraguay , iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar
sewa bulanan di pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan
harga makan malam di sebuah hotel hanyalah RM15. Mengidamkan hidangan
steak dan salad di restoran? Anda hanya perlu membayar RM9. Jadi anda
boleh hidup seperti raja di negara ini.
Zimbabwe - Barangan di Zimbabwe adalah antara yang termurah dunia
selepas sistem kewangan negara itu musnah sama sekali sehingga
menyebabkan inflasi mencecah 1,000 peratus pada 2008. Nilai matawang
Zimbabwe yang jatuh teruk menyebabkan barangan seperti susu hanya
berharga RM2.40 seliter manakala satu kilogram daging lembu berharga
RM1.80.
Argentina - Sejak beberapa tahun lalu, Argentina berhadapan dengan
perubahan dramatik daripada negara paling mahal di dunia kepada negara
paling mampu untuk didiami akibat krisis ekonomi yang melanda negara
Amerika Selatan ini. Barangan kulit seperti jaket dan dompet boleh
didapati dengan harga hanya satu pertiga daripada nilai yang dijual di
negara lain.
Filipina - Negara Asia ini mempunyai antara kos hidup paling rendah di
dunia, dengan tambang teksi untuk perjalanan lebih 1.6 kilometer hanya
RM0.60 manakala harga untuk perkhidmatan memotong rambut hanya RM2.40.
Yuran di universiti tempatan untuk satu semester juga hanya RM750,
menjadikan pendidikan antara yang paling murah. Dan gaji pembantu rumah
untuk sebulan = RM135.
Pakistan - Walaupun negara ini dikenali kerana ketidakstabilan dari segi politik, mata wang Rupee yang rendah menyebabkan kos hidup di Pakistan amat murah. Barangan seperti petrol dan hidangan di restoran mungkin mempunyai harga sama atau lebih mahal berbanding di negara lain, tetapi apa yang murah di Pakistan adalah nilai hartanahnya yang rendah. Sebuah rumah dengan empat bilik tidur di ibu kota Karachi boleh dibeli dengan hanya RM99,000!
No comments:
Post a Comment