Saturday, February 2, 2013

SEJARAH PERANG DUNIA KEDUA(1941-1945)


Perang Dunia Kedua atau Perang Dunia II (PD2 atau PDII) ialah satu konfik sedunia yang memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61 juta orang (tentera dan orang awam). Rusia mengalami jumlah kehilangan jiwa yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta kematian, diikuti oleh China dengan 11 juta, dan Jerman seramai 7 juta.
Perang Dunia Kedua adalah peperangan yang paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden. Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun). Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.
Perang Dunia Kedua mencatatkan sejarah penting apabila kuasa udara memainkan peranan utama buat pertama kalinya. Malah, operasi pertempuran pertama dalam Perang Dunia Kedua merupakan serangan bom Jerman terhadap Poland, sementara operasi pertempuran terakhir adalah serangan bom atom Amerika terhadap Nagasaki. Peperangan ini juga melihat Amerika Syarikat keluar daripada dasar mengasingkan diri, kemusnahan dan kebangkitan semula Jerman dan Jepun sebagai kuasa industri utama, dan kemunculan Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sebagai kuasa besar dunia. Peperangan ini juga secara langsung membawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang ditubuhkan oleh Kuasa Bersekutu yang menang agar pertelingkahan yang sebegitu besar dan menjahanamkan tidak akan berlaku lagi buat selama-lamanya.
Cara layanan oleh pihak yang menang terhadap Republik Weimar selepas Perang Dunia I, dan kemelesatan besar ekonomi ( Great Depression ) menyebabkan pergerakan pelampau nasionalis NSDAP Adolf Hitler merebut kuasa di Jerman. Disebabkan keadaan politik yang rapuh, Adolf Hitler berjaya menggunakan kuasa darurat dan memegang kuasa penuh negara Jerman. Adolf Hitler membelakangi perjanjian selepas Perang Dunia I, dia membangunkan semula tentera Jerman melalui perlembagaan demokratik yang kemudiannya diketepikan. Dia menguatkan tentera di sempadan bersebelahan dengan Perancis, memaksa persekutuan semula dengan Austria, dan dengan persetujuan Perancis-British dia menyerap sebahagian dari Czechoslovakia.
Pada tahun 1922 Benito Mussolini dan parti Fascist bangkit memegang kuasa di Itali. Fascist Itali, Mussolini berkongsi sebahagian matlamat ideologi dengan sosialis Kebangsaan Jerman, dan walaupun Mussolini tidak begitu mempercayai Hitler, kedua negara membentuk perjanjian yang dikenali sebagai "Rome-Berlin Axis" pada tahun 1936.


Perang Dunia Kedua lebih banyak mengorbankan orang awam berbanding peperangan lain sebelumnya dalam sejarah. Ini disebabkan sebahagiannya pengeboman udara secara besar-besaran terhadap penduduk awam pada skala yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. (Polisi yang dimulakan oleh Luftwaffe Jerman terhadap Poland, Perancis dan Inggris membantu Poland, dan kemudiannya dilakukan dengan lebih meluas oleh pihak Berikat terhadap bandar Jerman), dan penggunaan teknologi zaman perindustrian untuk membolehkan pembunuhan beramai-ramai orang awam yang tidak diperlukan di kem penghapusan.
Keseluruhannya, Perang Dunia Kedua mengakibatkan 50 juta kematian (sekitar dua peratus penduduk dunia).
Untuk rencana lanjutan, lihat korban Perang Dunia Kedua menurut negara

Medan EropaH

Peperangan di Eropah bermula pada 1 September 1939, apabila tentera Jerman menjajah Poland. Pakar sejarah yang lain pula menyebut pencerobohan Jepun ke negeri China pada tahun 1937 sebagai permulaan peperangan, atau pencerobohan Jepun ke Manchuria pada tahun 1931.
Pada tahun 1939, Hitler menuntut sebahagian daripada wilayah Poland dan memeteraikan Perjanjian Molotov-Ribbentrop ( Molotov-Ribbentrop Pact ) dengan Kesatuan Soviet sebagai membalas kepada tindakan sokongan persekutuan pertahanan British dan Perancis dengan Poland pada bulan Mac 1939. Pihak Wehrmacht Jerman kemudiannya menjajah Poland dalam 'Kempen September Polish' pada 1 September. Pada 3 September 1939 pihak British dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman. Kerajaan Poland tumbang, dan Presiden Ignacy Moscicki melarikan diri serta menubuhkan kerajaan Polish dalam pelarian pada 18 September 1939. Dalam tempoh beberapa minggu kemudian, Tentera Merah Soviet turut menjajah Poland, dan pertempuran merebut Poland berakhir tanpa sebarang bantuan ketenteraan daripada negara Perancis dan British.
Tempoh dari tamatnya penjajahan Poland pada Oktober 1939, sehingga penjajahan Jerman terhadap Benelux dan Perancis pada Mei 1940, dikenali sebagai Perang Olok-olok (Phony War). Pasukan Jerman dan Soviet dipindahkan dari menyerang Poland. Tentera Merah menumpukan ke Negara-negara Baltik dan kepada Finland, di mana Peperangan Musim Sejuk menjadi tumpuan dunia disebabkan ketiadaan pertempuran lain. Pasukan Wehrmacht bergerak ke barat, dan sementara itu Operasi Weserübung menjajah Denmark dan Norway. Perancis menggerakkan tenteranya dan mengendalikan pertahanan sempadannya yang kukuh dengan Rhine; dan pihak British pula menghantar pasukan expeditionary yang besar ke Perancis. Selain serangan ringkas oleh pasukan Perancis yang menyeberangi Rhine, tiada pertempuran lain sementara kedua pihak memperkukuhkan tentera mereka.
Pada Mei 1940 pasukan Jerman menyerang Negara Rendah (Low Countries) (Belanda, Belgium dan Luxembourg). Ketiga-tiga negara diduduki dengan pantas dan kesemua kerajaan dan pemerintahnya berundur ke British, kecuali raja Belgium Leopold III yang kekal di negaranya.
Pihak Jerman kemudiannya menyerang Perancis. Taktik Blitzkrieg Jerman berjaya mengalahkan tentera Perancis dan British di Perancis. Pasukan Ekspedisi British (BEF) terpaksa diundurkan dari Dunkirk dalam Operasi Dynamo, meninggalkan kelengkapan berat mereka, sementara kerajaan Perancis berdamai, dengan pihak Jerman menguasai kawasan di Utara dan kerajaan Vichy Perancis Vichy (Vichy France Vichy) pula berkuasa di selatan.
Sementara itu, tentera udara Jerman, Luftwaffe gagal mengalahkan Pasukan Udara Diraja dalam Pertempuran Britain ( Battle of Britain ) untuk menguasai ruang udara British. Sebaliknya pihak Luftwaffe memulakan kempen pengeboman strategik yang dikenali oleh pihak British sebagai Blitz, dan mengepong British agar menyerah dalam Pertempuran Atlantik. Britain tetap utuh menghadapi kedua-duanya.
Pada Jun 1941 Jerman menyerang Kesatuan Soviet, walaupun mereka mempunyai pakatan tidak agresif (non-aggression pact), dalam Operasi Barbarossa, memulakan apa yang dikenali di Kesatuan SovietPeperangan Patriotik Agung (Great Patriotic War) (Великая Отечественная Война). Pihak Rusia dikejutkan dan Wehrmacht pada awalnya menakluk kawasan yang luas, dan menawan beratus ribu tentera. Pihak Soviet berundur, dan berjaya memindahkan kebanyakan industri berat mereka jauh daripada medan pertempuran dan membina semula dikawasan lebih terpencil. Pengorbanan pertahanan yang kental menghalang pihak Jerman menawan Moscow (Bandar Wira) sehingga musim sejuk melanda (lihat Pertempuran Moscow). Hitler, menjangkakan kempen itu tamat dalam tempoh beberapa bulan, tidak melengkapkan tentera mereka untuk peperangan musim sejuk. Lima hari selepas Soviet melancarkan serangan balas mereka, pada 11 Disember 1941, Jerman mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat selepas Serangan ke atas Pearl Harbor oleh Jepun - Untuk rencana lanjutan, lihat Perang Dunia Kedua Medan Asia sebagai

Ketua Perikatan "Besar Tiga" Winston Churchill, Franklin Delano Roosevelt, dan Joseph Stalin
Pada musim bunga pihak Jerman melakukan serangan lanjut terhadap Kesatuan Soviet, tetapi tidak dapat menetapkan antara serangan langsung terhadap Moscow atau menawan padang minyak Caucasus. Moscow sekali lagi berjaya dipertahankan, dan pada akhir tahun 1942 tentera Soviet berjaya menembusi baris hadapan pihak Pusat di selatan, dan mengepong Tentera ke-6 Jerman dalam Pertempuran Stalingrad ( Bandar Wira ). Pada Februari 1943 saki-baki 300,000 tentera Jerman menyerah.
Pada musim bunga, Wehrmacht berjaya memulihkan baris hadapan dan melakukan serangan balas dalam Pertempuran Kedua Kharkov (Second Battle of Kharkov), tetapi serangan mereka pada Pertempuran Kursk (Julai 1943) gagal mengakibatkan pihak Jerman tidak lagi mempunyai sumber untuk bertahan. Tentera Merah berjaya menyerang balas dan merampas kembali kawasan yang hilang. Semenjak itu, Kesatuan Soviet mempunyai kelebihan di Timur Eropah.
Kekalahan pihak Jerman di Stalingrad diikuti pula dengan kekalahan pada skala yang sama di Tunisia (lihat Perang Dunia Kedua#Medan Afrika dan Timur Tengah Medan Afrika di bawah), mengakibatkan kehilangan tapak terakhir kuasa Paksi di Afrika Utara dan penawanan suku juta tahanan perang Jerman dan Itali pada Mei 1943. Selepas itu pihak Berikat menggunakan Afrika Utara sebagai papan loncatan untuk pelanggaran Sicily melalui Operasi Husky pada Julai 1943 dan pelanggaran tanah besar Itali oleh pihak Berikat Allied (September 1943), yang digambarkan oleh Sir Winston Churchill sebagai "bahagian lembut perut Eropah". Itali menyerah, tetapi tentera Jerman bertindak untuk melucutkan senjata tentera Itali dan bergegas mempertahankan Itali bersendirian. Pihak Jerman mendirikan baris pertahanan kukuh di negara bergunung yang sesuai untuk pertahanan, dan kemajuan pihak Berikat adalah perlahan.
Pihak Berikat melanggar Normandy dalam Operasi Overlord pada Jun 1944 dan membebaskan kebanyakan Perancis dan Negara Rendah ( Low Countries ) pada penghujung tahun. Pihak Jerman yang terdesak telah menyerang balas dalam Pertempuran Bulge pada Disember 1944 tetapi dapat dipatahkan. Pihak Berikat kemudian berjaya memasuki Jerman pada 1945. Ketika ini pihak Soviet telahpun sampai ke sempadan Timur Empayar Jerman ( German Reich ), dan nasib Jerman telah ditentukan. Selepas Hitler membunuh diri ketika pihak Rusia memasuki Berlin, pihak tentera Jerman menyerah tanpa syarat pada 7 Mei 1945.
Peperangan di Eropah berakhir dengan penyerahan diri oleh Jerman pada 8 Mei 1945, tetapi berterusan di Asia dan Pasifik sehingga 2 September 1945, apabila Jepun menyerah kalah.

Perang Pasifik

Pihak Jepun telah berperang dengan negara China sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Eropah. Ketika Amerika Syarikat dan negara-negara lain menghentikan eksport ke Jepun, mereka telah membuat keputusan untuk menyerang Pearl Harbor pada 7 Disember 1941 serentak dengan pengistiharan perang dalam tempoh yang singkat. Disebabkan masalah teknikal, pengistiharan tersebut tidak sempat disampaikan. Angkatan Pasifik Amerika mengalami kerosakan yang teruk, walaupun kapal induknya terselamat kerana ketika serangan berlaku ia sedang belayar. Tentera Jepun turut menyerang tanah-tanah jajahan milik British di Malaya, dan Borneo, serta Filipina yang berada di bawah penguasaan Amerika secara serentak, dengan tujuan untuk menguasai telaga minyak Belanda Hindia Timur. Pulau kota Singapura kepunyaan British tewas dalam apa yang disifatkan oleh Churchill sebagai kekalahan British yang paling memalukan sepanjang zaman.
Pada Mei 1942, tentera laut Jepun menyerang Port Moresby, New Guinea. Seandainya serangan tersebut berjaya, ia akan mendekatkan jarak mereka untuk menyerang Australia. Bagaimanapun, serangan tersebut digagalkan oleh Tentera Laut Berikat dalam Pertempuran Laut Karang (Coral Sea), menjadikannya operasi menentang pelan Jepun yang pertama berjaya, dan pertempuran tentera laut pertama antara kapal induk sepenuhnya. Sebulan kemudian Tentera Laut AS sekali lagi berjaya menghalang pencerobohan Kepulauan Midway dalam Pertempuran Midway, kali ini memusnahkan empat kapal induk Tentera Laut Jepun, yang tidak mampu digantikan oleh industri persenjataan Jepun, sekali gus meletakkan pihak Imperialis Jepun dalam situasi bertahan.
Bagaimanapun, pada Julai Tentera Imperialis Jepun telah melakukan serangan darat di Port Moresby, sepanjang Laluan Kokoda Kokoda Track. Pasukan simpanan Australia, ramai yang masih muda dan tidak terlatih, bertempur sebagai pengawal belakang, sehingga mereka digantikan oleh Tentera Australia biasa yang kembali daripada pertempuran di Timur Tengah.
Pemimpin Pihak Berikat telah bersetuju walaupun sebelum kemasukan Amerika dalam peperangan bahawa keutamaan perlu diberikan untuk mengalahkan pihak Jerman. Bagaimanapun pasukan Australia dan Amerika dibawah pimpinan Jeneral Douglas MacArthur mula menyerang jajahan yang tertawan, bermula dengan Pulau Guadalcanal melawan tentera Jepun yang bertahan dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Pada 7 Ogos 1942 Pulau Guadalcanal diserang oleh Kor Marin Amerika Syarikat (United States Marine Corps; USMC). Pada akhir Ogos dan awal September, ketika pertempuran berlarutan di Guadalacanal, pasukan Australia dan Amerika Syarikat bertempur dengan serangan amphibious Jepun di hujung timur New Guinea dalam Milne Bay, kekalahan mutlak pertama tentera darat Jepun. Pasukan Amerika Syarikat mencapai kejayaan di Guadalcanal pada Februari 1943.
Pasukan Australia dan Amerika Syarikat kemudiannya berusaha untuk menawan kembali kawasan yang ditawan Jepun di sesetengah bahagian di New Guinea dan Dutch East Indies. Pulau Solomon dirampas kembali sepenuhnya pada 1943, New Britain dan New Ireland pada tahun 1944. Filipina diserang pada akhir tahun 1944 selepas Pertempuran Teluk Leyte.
Kapal selam AS dan pihak Berikat turut menyerang perkapalan perdagangan Jepun, dengan itu menafikan perindustrian Jepun dari mendapatkan bahan mentah, yang merupakan sebab utama Jepun berperang untuk mendapatkannya. Keberkesanan cerutan ini meningkat apabila Amerika menawan kawasan kepulauan yang berhampiran tanah besar Jepun.
Tentera Kebangsaan Kuomintang (Nationalist Kuomintang Army) di bawah Chiang Kai-shek dan Tentera Komunis China (Communist Chinese Army) di bawah Mao Zedong kedua-duanya menentang penaklukan Jepun di China, tetapi tidak pernah bersatu menentang Jepun. Pertikaian antara kuasa Komunis dan Kebangsaan Nationalist berterusan walaupun perang sudah tamat.
Pihak Berikat menawan kepulauan berhampiran Jepun seperti Iwo Jima dan Okinawa meletakkan Jepun dalam jarak serangan udara dan laut, Tokyo diserang dengan bom api dan kemudiannya bom nuklearKesatuan Soviet yang sekian lamanya menyimpan dendam atas kekalahannya di Pelabuhan Arthur dan Tsushima oleh Jepun pada tahun 1902 telah mengistiharkan serang balas ke atas Jepun, menyerang jajahannya di Manchuria. Pada 9 Ogos Nagasaki di bom dengan bom atom. Pihak Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, dan menandatangani dokumen menyerah kalah pada 2 September 1945. menghancurkan Hiroshima. Pada 8 Ogos 1945,

Medan Afrika dan Timur Tengah

Kempen Afrika Utara bermula pada tahun 1940, apabila sepasukan kecil tentera British di Mesir menghalang kemaraan tentera Itali daripada Libya. Kemaraan ini dihentikan pada tahun 1941 ketika pasukan Jerman di bawah Erwin Rommel mendarat di Libya. Tambahan lagi, pada Jun 1941 Tentera Australia dan pasukan Berikat melanggar Syria dan Lebanon, menawan Damascus pada 17 Jun. Afrika Korps dibawah pimpinan Rommel maju dengan pantasnya ke arah timur dan terus mengepung pelabuhan strategik di Tobruk. Pasukan Australia dan British menangkis kesemua serangan sehinggalah diganti, tetapi serangan pihak Pusat yang baru menawan bandar tersebut dan menghalau Tentera ke Lapan ( Eighth Army ) kebelakang sehingga ke perbatasan di El Alamein.
Pertempuran El Alamein Pertama berlaku antara 1 Julai sehingga 27 Julai 1942. Pihak Jerman telah mara ketitik pertahanan terakhir sebelum bandar Alexandria dan Terusan Suez. Bagaimanapun mereka mendahului saluran bekalan, dan pertahanan British dan Komanwel mematahkan serangan mereka. Pertempuran El Alamein Kedua berlaku antara 23 Oktober dan 3 November 1942 selepas Bernard MontgomeryClaude Auchinleck sebagai komander Tentera Kelapan ( Eighth Army ). Pasukan Komanwel Commonwealth forces mula menyerang dan memusnahkan Afrika Korps. Rommel dipaksa berundur, dan kali ini tidak berhenti berundur sehingga sampai ke Tunisia. menggantikan
Mengiringi kejayaan ini, pada 8 November 1942, tentera Amerika dan British mendarat di Maghribi dan Algeria dalam Operasi Obor ( Operation Torch ). Pasukan tempatan Perancis Vichy membuat penentangan terhad sebelum menyertai pihak Berikat. Akhirnya pasukan Jerman dan Itali terkepit dari kemaraan berkembar dari Algeria dan Libya oleh pihak Berikat. Mara dari kedua-dua belah timur dan barat, pasukan Berikat mengundurkan Wehrmacht sepenuhnya dari Afrika dan pada 13 Mei 1943, baki pasukan Paksi di Afrika Utara menyerah diri. 250,000 tahanan ditahan; sama ramai seperti di Stalingrad.
Afrika Utara digunakan sebagai batu loncatan untuk melanggar Sicily dan Itali pada tahun 1943.

Kepentingan Sejarah

Berbeza dengan Perang Dunia I, pihak Barat yang menang dalam Perang Dunia Kedua tidak meminta bayaran gantirugi daripada negara yang kalah. Sebaliknya, dalam satu pelan yang dirangka oleh Setiausaha Amerika Syarikat, George Marshall, "Program Pemulihan Ekonomi" ( Economic Recovery Program ), lebih terkenal dengan nama Pelan Marshall, mengkehendaki Kongres Amerika Syarikat untuk memperuntukkan berjuta dollar untuk pembinaan semula Eropah.
Oleh kerana League of Nations jelas gagal menghalang peperangan, badan dunia baru dibentuk. Pada tahun 1945 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan.
Bahagian Eropah yang ditakluk atau dikuasai Soviet Union tidak mendapat untung dari Pelan Marshall. Dalam Perjanjian Perdamaian Paris ( Paris Peace Treaties ), 1947 Paris Peace Treaty , musuh Soviet Union seperti Hungary, Finland and Romania dikehendaki membayar pampasan perang sebanyak $300,000,000 setiap satu (dalam nilaian dolar 1938) kepada USSR dan negara satelitnya. Itali dikehendaki membayar $360,000,000, dikongsi kebanyakannya antara Greece, Yugoslavia dan Soviet Union.
Dalam kawasan diduduki oleh Kesatuan Soviet pada penghujung perang, regim boneka diletakkan, walaupun dibantah oleh kerajaan buangan dan pihak Berikat yang lain. Jerman dibahagikan kepada empat zon jajahan, dengan zon Amerika, British, dan Perancis dikelompokkan sebagai Jerman Barat dan zon Rusia sebagai negara satelit Rusia, dikenali sebagai Jerman Timur. Austria sekali lagi dikeluarkan daripada Jerman dan ia juga dipecahkan kepada empat zon jajahan, tetapi zon Rusia akhirnya disatukan menjadi negara Austria. Dalam kata Churchill, "Tirai Besi telah turun membelah Eropah". Seterusnya ini mendorong commitment dari pihak Amerika untuk membantu melindungi Eropah Barat, pembentukan NATO dan Perang Dingin.
Dalam gantirugi, menurut syarat Persidangan Yalta, lebih dua juta tahanan askar Rusia yang jatuh di tangan pasukan Amerika dan British, mengakibatkan kematian sebahagian besar daripada mereka.
Penyelidikan dan pembangunan yang terbabit dengan Projek Manhattan bertujuan agar dapat mereka bentuk senjata nuklear yang boleh digunakan dengan cepat memberi kesan besar kepada masyarakat saintifik, antara lain membentuk jaringan makmal kebangsaan di Amerika Syarikat.
Dalam ruang ketenteraan, Perang Dunia Kedua menandakan kedatangan kuasa udara, kebanyakannya menggantikan kapal perang. Ketika bandul terus berhayun dalam persaingan tanpa akhir ini, kuasa udara menjadi rakan kongsi penuh dalam sebarang tindakan ketenteraan.
Perang Dunia Kedua merupakan kemuncak kepada jumlah tentera yang ramai. Walaupun jumlah tentera yang ramai berkuali rendah muncul semula (ketika Perang Korea dan dalam beberapa pertikaian negara Afrika), selepas kemenangan ini kuasa besar bergantung kepada tentera yang kecil tetapi terlatih dan bersenjata lengkap.
Selepas perang, ramai pemerintah Jerman berpangkat tinggi dibicarakan kerana jenayah perang, termasuk juga pembunuhan beramai-ramai Holokus dilaksanakan kebanyakan di bawah kawasan Kerajaan Jeneral ( General Government ), dalam perbicaraan Nuremberg. Serupa juga pemimpin Jepun dibicarakan dalam Perbicaraan Jenayah Perang Tokyo ( Tokyo War Crime Trial ). Dinegara lain, terutamanya di Finland, pihak Berikat bertegas untuk mendakwa pemimpin politik untuk dibicarakan dalam "perbicaraan tanggungjawab perang" war-responsibility trials - contohnya. bukan kerana jenayah perang.
Kekalahan Jepun, dan penjajahannya oleh tentera Amerika ( American Forces ), mendorong kepada Jepun gaya barat yang lebih menyeluruh dari apa yang mungkin berlaku jika sebaliknya. Jepun mengikut lebih dekat demokrasi cara Barat dan, disebabkan kekalahannya di tangan Amerika Syarikat, berusaha untuk meniru Amerika Syarikat. Usaha besar-besaran kebangsaan ini menghasilkan keajaiban ekonomi dan kebangkitan Jepun untuk menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia.

Pertempuran

Pengepungan

  • Pengepungan Leningrad
  • Pengepungan Lwów
  • Pengepungan Modlin
  • Pengepungan Novorossiysk
  • Pengepungan Odessa
  • Pengepungan Sevastopol
  • Pengepungan Tobruk
  • Pengepungan Warsaw

Pertempuran laut

Kempen pengeboman utama

  • Dresden Februari 1945
  • Kassel 1942 - 1945
  • Rostock (Kilang pembinaan kapal terbang Heinckel, Dermaga, dan Bandar)
  • Lübeck Mac 1942
  • Baedeker Mac 1942
  • London ("The Blitz" dan bom terbang roket V1 dan V2) 1940 - 1941
  • Stalingrad Ogos 1942
  • Helsinki Februari 1944, kurang berkesan kerana pertahanan udara dan perdayaan
  • Tallinn Februari - Mac 1944, kerosakan teruk
  • Narva Mac 1944, bandar sempat dikosongkan sebelum pengeboman
  • Hiroshima Little Boy 6 Ogos 1945
  • Nagasaki Fat Man 9 Ogos 1945
  • Tokyo 1942 - 1945
  • Warsaw 1939 & 1944
  • Rotterdam Mei 1940
  • Hamburg 1939 - 1945
  • Coventry November 1940

Garis pertahanan

  • Dinding Atlantik
  • Garis Gustav
  • Garis Maginot
  • Garis Mannerheim
  • Garis Siegfried
  • Garis GHQ
  • Garis Henti Taunton

Sudut politik dan sosial peperangan

  • appeasement
  • Occupation of Denmark
  • German children 1933-1945
  • Nazi children in the times of peace
  • Gold Star Mothers Club for those mothers who lost their children, KIA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...