SEMPADAN BUMI MELAYU MASA SILAM
Ada pembaca yang tidak bersetuju apabila dikatakan Kedah tua
adalah sebuah negeri yang jauh lebih besar dari negeri Kedah hari ini.
Walau bagaimana pun, ramai rakyat Kedah hari ini mengetahuinya dari
mulut orang-orang tua mereka.
Voyage map di link ini boleh membawa saudara/i pembaca untuk melihat wilayah dan nama-nama tempat yang masih lagi dalam bahasa melayu. Nama-nama tempat seperti Pase Panjang, Kampong Talok (Telok), Kampong Chena masih lagi ada disana. Caranya mudah sahaja, layari peta tersebut hingga ka Ranong, scroll mouse untuk “close up”, pasti saudara/i tidak akan terlepas pandang. Malah, masih tercatat lagi kawasan tersebut sebagai ‘Malay Peninsular‘.
Di samping itu kami ingin menarik perhatian saudara/i mengenai keratan diatas sempena lawatan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah beberapa tahun lepas ‘which is self explanatory’. Sempadan tersebut wujud paling lewat sewaktu Raja Siam Nam Bang, Khalifah Syarif Abu Bakar Syah berkuasa di sana selepas meninggalkan Kota Ayuthia yang ditawan oleh puak Sukhothai dalam tahun 1767. Nam-bang bermaksud air-telok.
Click untuk besarkan. Ehsan dari Naim Firdausi.
Kemungkinan besar penulis artkel di atas tidak mengetahui siapa itu Raja Nambang atau maksud nam-bang itu sendiri. Penulisan sejarah Patani ada juga menyebut baginda sebagai Raja Bakar atau nama penuh baginda Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ibni Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah. Keratan diatas dipetik dari, Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka,ms xxi, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.
Keratan di atas bukannya adinda, tetapi kekanda. Terdahulu, Sultan Muhammad Jiwa telah berkahwin dengan adik Syarif Yang Di Pertuan (jadi adik ipar lah). Adik Syarif ini anak bongsu, jadi Paduka Seri Bongsu dalam UUK merujuk kepada Sultan Muhammmad Jiwa dan Nang Che Puan suami isteri. Paduka Seri Bongsu inilah yang menjadi Perdana Menteri Kedah dan bersemayam di Anak Bukit.
Nang Che Puan pula bergelar Phumintaraja dan pada masa inilah dikatakan Sultan Muhammad Jiwa ini pergi merantau belajar agama, pada hal dia turut berada di Ayuthia menemani permaisurinya (pandai depa klentong). Tentera Bugis, Minangkabau dan Majapahit bukan campurtangan, mereka dijemput oleh Khalifah Syarif Abu Bakar Syah (nama penuh) untuk menentang Thai yang berkuasa dari Ser genting Kra keatas dan sudah mula hendak menyerang ke bawah sempadan ini. Di Pendang ada Kampung Majapahit, Alor Majapahit, Alor China dan Kampung Minangkabau.
Wat Kai (ayam) di Ayuthia adalah sebuah bangunan yang dikatakan zoo atau tempat pemeliharaan binatang raja-raja zaman dahulu dan begitu juga hari ini. Boleh kah kita percaya zaman dahulu bangunan secantik ini digunakan untuk tujuan demikian sahaja. Sedangkan kita tahu bahawa Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin ini memperkenalkan duit kedah yang bersimbol ayam dan dinamakan duit ayam Kedah. Binatang apa yang tercegat depan istana Pumintaraja Nang Che Puan di Ayuthia itu? Pada dinding tangga di belakang ayam itu ekor binatang apa kalau bukan naga dan naga ini pula simbol siapa di waktu itu?
Gambar dari buku bertajuk, “Beruas Kerajaan Melayu Kuno di Perak” karya Dr Othman Mohd Yatim dan Nk Hassan Shuhaimi Nik Abd Rahman, terbitan Persatuan Muzium Malaysia
Setelah Istana Kota Meang-Kuang (bermaksud, nagara-luas) siap baginda berpindah ke istana baru dan di situlah baginda dibunuh oleh tentera Thai dalam tahun Musuh Bisik 1821. Kedudukkan istana itu dibocorkan oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II, Laksemana Laut ketika itu, bukannya Sultan Kedah.
Pada ketika itu (antara 1767-1821) wilayah yang di tawan mungkin sekitar Ser Genting Kra ke atas sahaja. Lihat tasik daerah Songkhala dan Phattalung yang dimaksudkan dengan Nambang itu dalam ‘voyage map’. Cucu baginda, Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang pula menjadi Raja Songkhala dan membuka Ban Nai Lang. Ban-Nai-Lang bermaksud Kampung-Syed-Alang. Nama baginda Syarif ada dalam rekod Patani sebagai Raja Bakar dan dalam manuskrip UUK Kedah muka surat 42 dan 43 sebagai syarif dan menteri, “…pada masa itu ialah raja”.
Muka surat 42….
…dan mukasurat 43, Manuskrip Undang-Undang Kedah….hmmm…bukan orang thailand saja yang tahu guna gajah.

No comments:
Post a Comment