Saturday, September 15, 2012

-ISLAM BERSINAR DI BUMI RUSSIA-

Kebangkitan Islam di Russia 
Natijah Daripada Tekanan dan Penindasan Russia

Flag of Russia.svg



Penduduk Rusia menganggap Volga sebagai, "Ibu tercinta, sungai Rusia," sebuah imej yang kelihatan terhasil dari susun-atur bandar Kazan.  Terletak di tebing sungai ini yang membeku, bandar tua ini masih mampu kelihatan seperti Rusia tua yang kurang dijaga.  Pada tengahari Jumaat, bagaimanapun, satu suara lantang bergema di seluruh Kazan. "Allahu akbar, Allahu akbar!"  Inilah suara keimanan yang sedang bangkit semula di bumi yang dianggap tanahair oleh Slavs di Moskow dan Vladivostok.  Pada bulan Ramadan yang mulia ini, dalam suasana puji-pujian kepada Allah memenuhi jalanan yang bersalji dari berpuluh-puluh menara masjid yang baru dibina, seorang dari Moskow dengan mudah akan merasakan bahawa dia bukan berada di Rusia lagi.  Malah, kaum Tatar, yang merupakan penduduk utama kawasan ini, tidak memanggil sungai mereka Volga.  Pada mereka, sungai ini adalah Idel, nama yang digunakan mereka sejak zaman kegemilangan mereka ketika Tatarstan ini merupakan Pemerintah Kazan.  Pemusnahan ibu negara lama oleh 'Ivan the Terrible' pada 1552, diikuti pula dengan berkurun-kurun di bawah Tsar dan kemudian pemerintahan Komunis, tidak berjaya melenyapkan terus sebuah identiti budaya yang mengalu-alukan kejatuhan rejim Soviet.   Walaupun kebanyakan daripada kaum Tatar ini tidak dapat bertutur dalam bahasa mereka sendiri dan hanya segelintir yang boleh membaca al-Qur'an, apa yang menarik perhatian mereka kini adalah apa yang sedang berlaku 1400 km di Selatan mereka, di bumi Caucasus.  Walau apapun natijahnya nanti, kebangkitan Islam yang melanda Russia kini banyak dibentuk oleh kekerasan pihak Moskow kepada Chechnia yang menuntut kebebasan mereka.
 
Menurut Iskhak Lotfulla, seorang bekas pegawai tentera Soviet yang kini merupakan Imam di masjid Zakabannaya, Kazan, "Chechnia adalah kehendak Allah.  Allah Yang Maha Kuasa mahu menunjukkan kepada kami bahawa sekiranya kami tidak menguatkan iman kami, kami akan terhina sebagaimana saudara-saudara kami terhina di Chechnia." Maka kini sudah tiba masanya di mana hanya kata-kata Rasulullah SAW (hadith) menjadi sumber inspirasi di kalangan penduduk minoriti Russia yang ingin kembali kepada cara kehidupan asal mereka.  Kira-kira 200 km di Timur Kazan, di bandar pembuatan trak Naberezhnye Chelny, Fawziya Bairamova, 45 tahun, bersetuju dengan perkara ini.  Pemimpin Ittifak, sebuah parti nasionalis Tatar, ini berkata, "Kami telah cuba mengajak kepada semangat kesatuan-Turki sebagai faktor penyatu untuk semua rakyat Russia dari bangsa Turki, tetapi kami gagal.  Sekarang, saya sedar, hanya denga Islam kami akan berjaya."

Bergantung kepada siapa yang menganggarkannya, Kesatuan Russia kini mengandungi sejumlah dari 10 juta hingga 20 juta umat Islam; samada 10 juta atau 20 juta, merupakan bahagian yang besar daripada jumlah keseluruhan penduduk Russia seramai 150 juta.  Mereka menganjur dari bahagian-bahagian Siberia ke dataran Volga, dari Utara Caucasus ke Moskow.  Di Moskow sendiri, peningkatan jumlah umat Islam yang sangat memberangsangkan telah berlaku.  Sejak 1989, jumlah umat Islam di Moskow telah meningkat dari 250,000 orang ke 1 juta orang.  Ketika tiga generasi umat Islam disuap dengan fahaman tidak bertuhan dari segenap arah, di sekolah-sekolah, di pejabat dan juga kehidupan harian, perkataan Islam hanya tidak lebih dari sekadar lambang tanpa apa-apa makna kepada mereka yang mengaku Islam.  Akan tetapi rejim Boris Yeltsin telah membangkitkan gergasi yang tidur ini dengan pengeboman yang hebat dan tidak berperi-kemanusiaan ke atas Chechnia.
 
Pertembungan di antara Russia yang kuat itu dan Chechnia yang sangat lemah membangkitkan semangat kesatuan di merata tempat.  Penduduk Chechnia yang secara tradisinya lebih mementingkan perundangan tradisi mereka berbanding dengan Shariah Islam, bukanlah merupakan umat Islam yang boleh dijadikan contoh.  Namun hakikat ini mula berubah.  Menurut Igor Rotar, seorang penulis untuk Izvestia, "Suasana di Chechnia mengingatkan saya kepada Tajikistan.  Pada tahun 1992 dulu, pihak pembangkang memerangi kerajaan di bawah panji-panji demokrasi di dalam perang saudara mereka.  Sekarang, selepas lebih 4 tahun berperang dengan sengit, hanya panji-panji Islam yang masih berdiri."

Tindakan Moskow yang seolah-olah mahu menghapuskan sama-sekali sebarang bentuk kebangkitan yang ada ciri-ciri Islam mengingatkan umat Islam akan sejarah mereka. Pejuang-pejuang Chechnia mungkin memulakan perjuangan mereka sebagai perjuangan menentang kuasa Imperialis Russia tetapi hari ini, Islam merupakan laungan peperangan mereka (Perlu diingat bahawa ratusan kalaupun bukan ribuan para Mujahideen telah mara ke Chechnia dan mereka bukan sekadar berperang tetapi juga membetulkan aqidah dan fahaman penduduk Chechnia - ed).  Menurut Alexei Malashenko, seorang professor di Insitut Pengajian Oriental Moskow, "Bergantung kepada pandangan umat Islam sedunia.  Sekiranya peperangan di Chechnia dilihat mereka sebagai Jihad and para pejuangnya sebagai Mujahideen, maka mereka ini dihormati." (Maka sebab itulah kita lihat media-media kuffar berusaha keras menutup fakta-fakta Jihad ini dari kita - ed). 
Hakikat bahawa tentera Russia telah mengebom Chechnia sebegitu teruk hingga menarik perhatian dunia merisaukan pihak kuffar tentang Dagestan yang bersebelahan dengan Chechnia, yang juga majoriti penduduknya merupakan umat Islam.  Pada bulan lepas, pihak Russia telah menghancurkan sama-sekali sebuah kampung bernama Pervomayskaya di Dagestan dalam usaha membunuh para pejuang yang bersembunyi di situ dan perkara ini diiktiraf oleh Amerika sebagai taktik yang baik.  Namun kepada umat Islam di Dagestan, yang melihat saudara-saudara mereka dilabel sebagai 'penjenayah' dan 'pengganas' oleh Moskow, satu semangat baru mula menjalar di kalangan mereka.  Di Kazan, imam masjid, Lotfulla (53 tahun) yang bersara dari tentera Soviet sebagai Leftenan Kolonel pada 1989, membuka sebuah madrasah.  Di madrasah ini, para pelajarnya kelihatan segak dan tegap. "Saya belikan mereka besi-besi gymnasium dan dan lain-lain peralatan senama supaya mereka boleh bersenam dengan baik," ujar Lotfulla. "Tetapi solat dan peningkatan rohani merupakan prioriti utama."

Solat bukanlah satu-satunya cara peningkatan.  Pada Oktober lepas, Lotfulla memimpin satu demonstrasi besar dengan para pelajar beliau dan juga bersama-sama dengan 1000 orang Islam lagi bagi menuntut kembali Muhammadiya, kompleks yang merupakan Universiti Islam Kazan pada suatu masa dulu.  Menurut Lotfulla, "Apabila kami sudah muak dengan janji-janji, kami terus masuk ke situ."  Di sebuah bandar di mana jalan-jalannya masih bernama Marx dan Lenin, umat Islam yang berdemonstrasi me'mati'kan lalu-lintas selama 5 hari sehinggalah mereka bertempur dengan pihak polis.  Pihak berkuasa akhirnya berjaya mengamankan suasana, tetapi hanya setelah mereka menyerahkan satu tingkat daripada kompleks Muhammadiya kepada umat Islam.  Mereka juga gerun dengan perkhabaran bahawa umat Islam yang berdemonstrasi itu akan diperkuatkan lagi dengan umat Islam yang akan tiba dari perkampungan-perkampungan.

"Sebelum 1917 kami mempunyai 1400 buah masjid di sini," kata Gabdulla Galiulla, mufti Tatarstan.  "Menjelang 1988, hanya 30 buah yang tinggal dan hanya sebuah yang masih boleh digunakan di bandar Kazan."  Mufti ini menyatakan sejarah.  Beliau baru sahaja pulang dari lapangan-terbang di mana beliau menyambut 10 orang imam dari Turki yang tiba untuk mengimamkan umat Islam Kazan dalam solat Tarawih.  Di Madrash Lotfulla, selain latihan fizikal, para penuntutnya juga mempelajari bahasa Arab dan al-Qur'an dengan bimbingan para guru dari Turki, Palestin dan Saudi Arabia. Manakala di seluruh Tatarstan pula, 9 madrasah baru dan 630 buah masjid/surau telah didirikan; sebahagian daripada era kebangkitan Islam dan pembinaan masjid di Russia.
 
"Sungguh indah melihat tentera Chechnia berkawat sambil melaungkan, 'La ilaha illallah'," kata Ramai Yulshadev (25 tahun) pelajar Universiti Kazan.  "Mereka juga mempunyai seorang guru ugama pada setiap unit tentera! Islam mereka kuat, kerana itu mereka dapat berperang dengan baik!" 
Bairamova berharap pergerakan wanita Islam akan menanamkan Islam dalam kehidupan kekeluargaan Tatar dan akhirnya ini akan menghancurkan Kesatuan Russia. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...