Perdana Menteri berkata, beberapa bentuk autonomi tertentu boleh menjadi penyelesaian bagi menamatkan keganasan dan kerajaan Thailand boleh menawarkan kebebasan tertentu bagi penduduk di kawasan itu yang dirasakan amat penting buat penduduk tempatan, umpamanya pemilihan pemimpin tempatan, pekerjaan, agama dan pendidikan.
Penulis memahami kewajaran kenyataan tersebut dibuat memandangkan sebagai rakan dalam ASEAN, prinsip “tidak campur tangan” dalam urusan negara tetangga perlu sentiasa dipegang oleh pemerintah negara kita. Tetapi pada masa yang sama, kita juga merasa simpati di atas penindasan serta diskriminasi yang telah dialami oleh saudara mara kita yang sama-sama beragama Islam serta berketurunan Melayu di kawasan tersebut.
Walaubagaimanapun, penulis merasa sangsi sama ada pihak pemerintah Thailand bersedia untuk memberikan status autonomi kepada wilayah di selatan Thai ini, khususnya bagi kawasan yang merangkumi wilayah asal Kesultanan Melayu Patani. Malahan, keganasan dikawasan tersebut yang didakwa didalangi oleh kumpulan pemisah sebenarnya juga boleh dipertikaikan. Secara ringkasnya, kaum Melayu di selatan Thai menjadi mangsa permainan politik kumpulan-kumpulan di Thailand, terutamanya kumpulan Merah (pro-Thaksin) serta kumpulan kuning (pro-Abhisit). Kekalutan yang berlaku turut diambil kesempatan oleh golongan lain seperti pengedar dadah, tentera, politikus tempatan dan sebagainya demi kepentingan sendiri dengan menjadikan ‘kumpulan pemisah’ yang entah wujud atau tidak sebagai kambing hitam atas setiap insiden yang terjadi. Salah satu blog masyarakat Thai-Buddha di negara kita turut menyokong kemerdekaan wilayah selatan Thai jika itulah jalan terbaik untuk menamatkan tragedi kemanusiaan yang telah lama berlaku tanpa pembelaan sewajarnya. Sila layari http://sejarahnagarakedag.blogspot.com/2009/06/krisis-selatan-thailand-penyelesaiannya.html untuk bacaan lanjut.
Isu
di selatan Thai sebenarnya tidak akan selesai jika pihak pemerintah
Thailand masih berkeras dengan dasarnya selama ini. Pihak Thailand
berpegang kepada dasar asimilasi daripada integrasi. Semenjak Kerajaan
Sukhotai menyerang pusat pentadbiran Siam-Islam di Ayuthia dan menawan
negeri-negeri Melayu di segenting Kra, dasar asimilasi telah
dilaksanakan dengan menghakis identiti kemelayuan penduduk tempatan.
Tindakan ini diperhebatkan lagi semasa era Phibun Songkram yang
memperkenalkan Dasar Rattaniyom yang bertujuan untuk meng’Thai’kan semua
suku kaum di sana, termasuklah Kaum Melayu yang ditukar menjadi ‘Thai
Muslim’. Oleh yang demikian, janganlah dihairankan apabila kebanyakan
kaum Melayu di segenting Kra (kecuali di wilayah Patani, Yala dan
Narathiwat) pada hari ini kebanyakannya mempunyai nama berunsur Thai dan
tidak lagi mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Hanya agama Islam sahaja
yang menjadi petunjuk bahawa mereka mempunyai darah berketurunan
Melayu. Penduduk Melayu di wilayah Bukit (Phuket), Phattalung
(Bedelong), Satun (Setul), Songhkla (Singgora), Krabi (Ghraibi), Trang
(Terang), Ranong (Rundung), Surattani/Chaiya (Cahaya) dan Ligor/Nakorn
Sithammarat (Negara Sri Dharmaraja) kebanyakannya berasimilasi menjadi
“Orang Thai yang beragama Islam”, sedangkan penduduk di wilayah Patani
masih kuat dengan bahasa dan budaya Melayu mereka dan menolak proses
asimilasi yang berbaur Thai.
Walaubagaimanapun, penulis tetap optimis pemerintah Thailand di bawah pentadbiran Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva akan memberi ruang dan kelonggaran terhadap cadangan yang diutarakan oleh Y.A.B. Perdana Menteri kita. Pihak Thailand boleh menjadikan Wilayah Autonomi Muslim Mindanau (ARMM) yang telah dibentuk oleh pemerintah Filipina hasil kerjasama dengan pejuang di wilayah terbabit untuk dijadikan contoh. Sebagai jalan penyelesaian, pemerintah Thailand boleh mencadangkan penubuhan sebuah Wilayah Autonomi Patani Darussalam yang merangkumi wilayah Satun (Setul), Patani, Yala (Jala), Narathiwat (Menara) serta empat buah daerah dalam wilayah Songkhla (Singgora) iaitu Thepha (Tiba), Chenak, Saba Yoi (Sebayu) dan Na Thawi (Nawi), yang merupakan wilayah yang dihuni majoriti masyarakat Melayu-Islam untuk disatukan dibawah satu bumbung. Berhubung dengan perkara pokok yang perlu diutamakan bagi penubuhan wilayah autonomi ini, tuntutan bekas pejuang Patani iaitu Allahyarham Haji Sulong Abdul Kadir (Nama Thai : Sulong Tohmeena) bolehlah kembali dijadikan rujukan iaitu :
i) Perlantikan seorang anak Melayu-Islam tempatan melalui pemilihan umum yang akan mengetuai keseluruhan empat wilayah di selatan Thai ini.
ii) 80% penjawat awam di wilayah ini mestilah dikalangan Melayu-Islam, sesuai dengan demografi kawasan ini.
iii) Bahasa Melayu dan Bahasa Thai sama-sama digunakan dan dijadikan bahasa rasmi.
iv) Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah.
v) Semua hasil dan pendapatan yang diperolehi daripada wilayah ini perlu dibelanjakan bagi pembangunan wilayah ini sendiri.
vi) Pemerintah pusat perlu membenarkan penubuhan Majlis Agama Islam bagi menguatkuasakan undang-undang berdasarkan adat dan budaya tempatan dengan persetujuan pihak berkuasa.
vii) Pemerintah perlu mengasingkan Mahkamah Syariah daripada Mahkamah Sivil bagi membicarakan kes-kes yang berkaitan.

Sumber : http://patanibook.blogspot.com/
Buku Patani : Behind The Accidental Border, tulisan saudara Kijangmas Perkasa
Buku Patani : Behind The Accidental Border, tulisan saudara Kijangmas Perkasa
No comments:
Post a Comment