Rahsia Yang Ingin Disimpan Selamanya
"Eli, Eli, lama sabakhtani?"
Dua Rahsia Sulit Terbesar:Harta Karun Knight Templar II
The
Knight Templar amat dihormati dan terkenal di dalam dunia
Freemasonry.Order of Knight Templar masih ada di dalam Freemasonry.Malah
ramai sarjana Barat termasuk Islam mengatakan Knight Templarlah yang
memulakan Freemasonry.JIka begitu persaudaraan Freemason dimulakan oleh
golongan pembunuh dan perompak harta di Baitul Maqdis.Bukan sahaja
orang Islam dan Yahudi dibunuh,malah orang Kristian sendiri juga mereka
bunuh walaupun berlindung di dalam gereja.Banyak perhiasan gereja yang
dirosakkan oleh 'barbarian' ini.Ketika suasana perang berkecamuk dan
tidak stabil inilah para Templar mencari sesuatu di celah-celah kota
lama di Baitul Maqdis,memasuki masjid-masjid,gereja dan
sinagog...mencari harta terpendam yang amat penting.
Pencarian
mereka berjalan dari hari ke hari.Ketika tentera Islam mengambil masa
untuk membuat serangan balas,The Knight Templar bertungkus lumus
menggeledah seluruh Jerusalem,mencari sesuatu.
Suatu
hari,sebahagian dari mereka telah menjumpai sesuatu yang amat
berharga.Sesuatu yang penting.Mereka bersepakat untuk menyimpan
rahsia.Namun pemimpin mereka ada agenda lain.
Agenda
yang suatu hari akan menyebabkan malapetaka kepada mereka.Mereka
memindahkan 'harta' itu ke satu tempat.Pemimpin mereka membelek-belek
'harta' itu dan dia tersenyum.Fikirannya menerawang memikirkan
rancangannya.Satu misi telah tercapai.Knight Templar harus menerima
ganjarannya atas pengorbanannya di Tanah Suci!!
Peti Harta Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman
"And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord," (Mark 12:29)
JIka
kita meneliti sejarah Bible dan pertentangan golongan-golongan
Kristian pada zaman-zaman awal,kita akan dapati betapa banyaknya
'bible' yang ditulis oleh manusia dan betapa rumitnya pertelingkahan
mereka dalam menetapkan akidah umat Kristian,sesuatu yang amat pelik
seolah-olah tiada satu pun penjelasan yang diberikan oleh Jesus atas
persoalan, siapakah yang beliau sembah dan ajaran apa yang beliau
bawa.Seolah-olah kata-kata Jesus amat sukar hendak difahami atau Jesus
berkata dalam nada berpuisi dan bersajak sehingga berkias-kias
sampaikan para muridnya pun sukar hendak mengerti siapakah 'Tuhan' yang
patut disembah.Akhirnya Jesus sendiri yang disembah oleh orang
Kristian selepas bertahun-tahun mencari Tuhan kepada Jesus itu
sendiri.Mereka gagal mencari Tuhan itu lantas Jesus diangkat sebagai
Tuhan.
Persoalannya
adakah Jesus sendiri mengajarkan ajaran menyembah dirinya dan meminta
para muridnya mengaku dia sebagai Tuhan??SEkiranya mereka mengatakan
bahawa memang terdapat Tuhan Bapa di mana baru-baru ini mereka menuntut
Tuhan Bapa ini dinamakan Allah,mengapa orang-orang Kristian ini tidak
menjadikan Tuhan Bapa ini sembahan mereka sahaja?Sudah tentu Tuhan Bapa
lebih kuat dan berkuasa dari Tuhan Anak (Jesus).Mengapa perlu ada Tuhan
Anak?Tidak bergaduhkah anak dan bapa dalam urusan mentadbir alam
semesta ini??Jika ini berlaku maka derhakalah si anak itu mengaku
dirinya Tuhan di samping Bapanya itu.
Sebenarnya
Jesus tidak pernah mengajarkan dirinya Tuhan atau salah satu oknum
dalam Triniti.Tuhan yang disembah oleh Jesus adalah Allah s.w.t Tuhan
yang menjadikan sekalian alam,Tuhan yang mengutuskan Adam,Idris
(Enoch),Nuh (Noah),Ibrahim (Abraham),Musa (Moses),Daud (David),Sulaiman
(Solomon),Zulkifli (Ezekiel),Yahya (John The Baptist) dan Muhammad
sendiri.SEkiranya di dalam Bible tidak ada pernyataan Jesus berdialog
dengan Tuhan seperti di bawah:
For I have given unto them the words which thou gavest me; and they
have received them, and have known surely that I came out from thee,
and they have believed that thou didst send me.
(John 17:8)
terjemahan:
"Sebab
segala firman yang Engkau sampaikan kepadaku telah kusampaikan kepada
mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahwa aku
datang dari pada-Mu, dan mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah
mengutus aku"
Maka
sudah tentu para rahib dan paderi yang menyelewengkan ayat-ayat Injil
ini menetapkan Nabi Isa a.s adalah Tuhan yang esa dan tiada tuhan yang
disembah melainkan Jesus Christ.Tetapi disebabkan terdapat oknum lain
yang disembah oleh Jesus di dalam Bible maka terpaksa mereka mengarang
cerita tentang Triniti.Cerita tentang Tuhan Bapa dan Tuhan Anak serta
Roh Kudus.INILAH DIA KUNCI YANG SALAH YANG DIBERIKAN OLEH THE ANTICHRIST
KEPADA GOLONGAN NASRANI (KRISTIAN).
Ayat
di atas juga jelas menunjukkan Jesus telah menyampaikan firman Tuhan
(the words which thou gavest me),Jesus datang atas suruhan Tuhan (I came
out from thee) dan Tuhanlah yang mengutuskan Jesus (they have believed
that thou didst send me),tetapi yang peliknya mengapa Kristian
mengatakan Jesus itu Tuhan bersama Bapa (Allah)?
Adakah
ayat di bawah ini menunjukkan Jesus itu Tuhan yang hebat
berkuasa??Mengapa dia merintih sendiri??Mengapa Tuhan meninggalkan
dia??Mengapa 'Tuhan' menangis bersungguh-sungguh di tiang salib??
And about the ninth hour Jesus cried with a loud voice, saying, Eli,
Eli, lama sabachthani? that is to say, My God, my God, why hast thou
forsaken me? (Matthews 27:46)
"Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli,
Eli, lama sabakhtani?" Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau
meninggalkan aku?"
Sukar
hendak dimengerti konsep Triniti '3 in 1' dalam ayat Bible ini
sendiri.Begitu keliru.Mengapa 'Tuhan' menyeru Tuhan yang lain??JIka yang
disalib itu Tuhan yang menyerupai manusia,mengapa dia menangis dan
menyeru Tuhan lain dalam dirinya.Semacam terdapat 'split personality' di
dalam dirinya.Terdapat masalah psikologi atau 'jiwa kacau' ketika
'Tuhan' dalam kesakitan dipaku di tiang kayu.Ketika dalam keadaan amat
sakit dan tersiksa,barulah 'Tuhan' itu mengaku ada Tuhan yang lebih
hebat dari dia,yang tidak membantu dia,membiarkan dia terpaku menderita.
"...My God, my God, why hast thou forsaken me?..."
Terdapat
misteri di sini jika pembaca Bible mahu berfikir sejenak apakah maksud
sebenar ayat ini.Jika ada Tuhan lain yang diseru oleh Jesus,mengapa
tidak mencari Tuhan tersebut.Hebatkah Tuhan itu,sampaikan Jesus menyeru
memanggil Dia?JIka dikatakan Tuhan Bapa bersebati dengan Tuhan
Anak,mengapa Tuhan Anak menyeru Tuhan Bapa,seolah-olah Tuhan Bapa berada
jauh darinya??
Inilah
misteri dalam akidah Kristian.Dalam masalah siapakah Tuhan juga mereka
telah tersilap memilih Tuhan.Ini menunjukkan orang-orang Kristian
sebahagian besar memang tidak membaca malah tidak pun mengkaji seluruh
Bible.Persoalan siapakah Tuhan diserahkan kepada para paderi mereka
sendiri yang korup dan pembohong.Paderi mereka yang menentukan dan
memberitahu mereka siapa Tuhan walaupun di dalam kitab mereka sendiri
sudah tertulis BAHAWA TUHAN ITU SATU!!
"Hear, O Israel: The LORD our God is one LORD.." (Deuteronomy 6:4)
ISI
KANDUNGAN BIBLE PENUH DENGAN AYAT-AYAT YANG BERTENTANGAN DI ANTARA
SATU SAMA LAIN.Menunjukkan TERDAPAT TANGAN-TANGAN MANUSIA yang
mengubah,mengedit dan mencampuradukkan fahaman mereka sesuka
hati.Katakanlah para penginjil (Evangelist) seperti Luke,Mark,John dan
Matthews jujur menulis mengikut kitab-kitab asal atau yang lebih
tua,atau pun mereka menulis apa yang Hawariy (apostles)
sampaikan,mengapa terdapat ayat-ayat bertentangan dalam Bible??Mengapa
di dalam Bible menyebut TUHAN HANYA SATU tetapi para paderi degil mahu
mempertuhankan Jesus??Apa relevannya Triniti '3 in 1' dalam akidah umat
Kristian??
Semua
misteri ini terjawab jika kita mengkaji sejarah gereja.Sejarah
pertentangan antara Arianus dan Anthanasius.Pertentangan antara
Barnabas,Paulus (Paul) dan Peter.Persidangan Nicea dan
persidangan-persidangan yang lain.Mazhab Pauline dan kewujudan
Triniti.Unitarian dan Trinitarian.
Sejarah
akan menjawab sendiri mengapa umat Kristian tersilap,telah mengambil
kunci yang salah di tangan THE ANTICHRIST menyebabkan mereka tersesat
beratus-ratus tahun!!
"Tunjukilah kami jalan yang lurus,
(iaitu)
Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan
(jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"
(AlFatihah ayat 6-7)
Sejarah Gereja
"Unto thee it was showed, that thou mightest know that the LORD he is God; there is NONE ELSE BESIDE HIM"
(Deuteronomy 4:35)
Terbentuknya
Gereja adalah sinonim dengan Katolik, sedangkan gereja dalam
kejayaannya cenderung seperti diktator dan penentu segala keputusan,
hukum-hukum maupun fahaman-fahaman karut yang berakhir dengan berbagai
penyimpangan dan pembohongan, para reformer hanya sekadar memprotes
segala tindak tanduk penyimpangan Gereja dan sedikit merubah dari
faham-faham hasil keputusan Gereja, padahal sudah jelas bahawa akibat
terlalu banyak bersandar kepada keyakinan petunjuk Roh Kudus yang datang
dengan sendirinya(Dan bukan berdasarkan petunjuk/hukum agama yang
sudah ditetapkan) maka kuasa roh jahat (syaitan) pasti akan memimpin,
tidak peduli orang suci sebagaimanapun dia.
Bagaimana
kita dapat mempercayai suatu agama yang berkembang 3 abad setelah
kenabian Isa? Dari segi geografi saja sudah dapat membuktikan
kelemahannya. Bagaimana mungkin Nabi Isa yang berlokasi di Timur Tengah
namun ajarannya berkembang dari Eropah (Rom, Itali)? Belum lagi dari
segi nama yang bermula Isa (dalam bahasa Aramaik disebut Eshoa) menjadi
Jesus, Yahya menjadi Yohanes dan lain-lain. Termasuk nama pendiri agama
Kristen sendiri yang berawal Saul menjadi Paulus?
Ajaran
Paulus yang banyak mengandung mitos-mitos Yunani (Greek) ini ternyata
banyak sekali mendapat dukungan, dari orang-orang sekitar
Mediterranean, Laut Tengah.
Ia
antaranya didukung oleh Ireneus (150 - 202 M), Tertulianus (155 - 220
M) Origens (185 - 254 M) dan Anthanasius, yaitu bapa yang melahirkan
Triniti yang hidup sekitar tahun 298 - 377 M, yang ikut mempelopori
fahaman Triniti dalam Persidangan Nicea tahun 325 M.
Di
belakang Anthanasius berdiri pula Santo Agustinus (354 - 430) dan
Gregoryus Nyssa (335 - 394 M). Mereka, pendukung-pendukungnya ini
berbincang, berfikir dan berunding, bagaimana memecahkan persoalan Tuhan
itu tiga tetapi satu.
Maka
tidaklah hairan, bila kemudian terdengarkan adanya
persidangan-persidangan seperti Persidangan Nicea, Persidangan Epesus,
Persidangan Alexandria danm lain-lain, dimana pada tiap-tiap persidangan
akan lahir pula suatu "perkembangan baru dari Tuhan," seperti
penghapusan Injil-injil yang asli, pelarangan paderi-paderinya berkahwin
dan seterusnya.
Dalam
zaman seperti yang disebutkan, tidak pula seluruh orang menerima
ajaran gila Paulus ini, sebab pada waktu itu lahir pula
golongan-golongan Nestorius (388-440 M) dan Arius (270-350 M).
Kedua
golongan ini terkenal gigihnya menentang ajaran Paulus, sambil tetap
berkeyakinan bahawa tiada lain yang disembah melainkan Allah yang Maha
Esa, dan pertentangan mereka inilah yang akhirnya menimbulkan perburuan
manusia yang tiada taranya, dimana lawan-lawan ideologinya dibunuh
dengan dibakar hidup-hidup, diadu dengan singa, diseret oleh kuda
ataupun dihukum pijak oleh gajah.
Pemerintah
Rom melihat adanya suatu kekecohan didalam negerinya, tidaklah tinggal
diam. Kekecohan-kekecohan agama ini bila dibiarkan, kemungkinan besar
akan menimbulkan suatu hal-hal yang lebih besar dan berbahaya pula.
Itulah sebabnya maka pada tahun 326 M, Emperor Konstantin yang Agung
segera mengadakan musyawarah atau persidangan dikota Nicea, dimana
golongan-golongan Tertulianus, Origenes, Anthanasius dipertemukan dengan
golongan Nestorius, Arius serta kawan-kawan yang seangkatan dengannya.
Gagasan pertama emperor mungkin kurang diambil berat oleh umat
Nasrani, maka dari undangan yang datang ternyata tidak sampai
setengahnya.
Didalam
perdebatan itu, mereka terpecah dua, iaitu golongan-golongan yang
mempertahankan Jesus sebagai manusia, dan golongan-golongan yang
mempertahankan Jesus sebagai Tuhan.
Berhubung
tidak adanya kata sepakat, maka emperor mengambil keputusan (dekrit?)
bahwa Jesus adalah Tuhan dan manusia, atau setengah Tuhan dan setengah
manusia. Gagasan ini diterima hanya dengan 2 suara, sedang penolaknya
10 suara. Berhubung yang 2 suara ini lebih dekat dengan selera emperor,
maka sejarah kemudian mencatat yang 2 suara inilah yang menang, yaitu
mereka yang menerima gagasan Tuhan manusia terhadap diri Jesus. Emperor
kemudiannya mengadakan suatu keputusan umum bahwa semua orang harus
menerima gagasannya itu.
Apa yang berlaku sebenarnya di Persidangan Nicea?
Pada
abad ini pertikaian faham sangat sengit membakar Gereja. Arius, biskup
dari Alexandria, menolak ketuhanan Jesus yang menimbulkan kemarahan
sebagian besar orang-orang Kristian. Akhirnya Emperor Konstantine
menyelenggarakan persidangan di Nicea tahun 325 Masehi. 1800 orang yang
diundang untuk hadir dalam persidangan ini terdiri daripada 1000 orang
yang berasal dari Gereja Timur dan 800 dari Gereja Barat. 22 orang
rombongan Arius yang dipimpin oleh Eusebius of Nicomedia, semuanya
diusir dari forum.
Sehingga
secara keseluruhan Konstantine telah mengusir keluar sekitar 1482
biskup dan hanya 318 yang diizinkan mengikuti hingga akhir. ( Dr. Henery
Stbble, An Account of the Rise and Progress of Mohametanism, 1954,
hal.44-45, Holy Blood Holy Grail hal.692, Arana-"Holocaust Theology" ).
Dari
318 suara tersebut hanya 2 suara yang mendukung Arius. Persidangan
pertama yang dilaksanakan pada tarikh 20 Mei sampai 25 Jun diakhiri
dengan ketukan palu yang mengesahkan Mysterious Credo, yang juga dikenal
sebagai Sumpah Nicea (Nicea Credo). Sumpah Nicea yang sekarang
bukanlah rumusan yang disepakati pada persidangan Nicea dulu, tetapi
sudah diperluas dan diubahsuai. ( Prof. Percy Gardner, English
Modernism,-Apendiks I, hal.223 ).
Yang
paling penting dari semuanya, keputusan Persidangan Nicea diambil
dengan cara pengambilan suara, bahwa Jesus seorang Tuhan bukan sekadar
nabi yang boleh wafat. (Holy Blood Holy Grail, hal.472) Persidangan
Nicea menjatuhkan hukuman pemulauan ke atas Arius (yang bertegas bahawa
Jesus sekadar manusia) dan bskup lainnya yang ikut dalam persidangan
tetapi menolak doktrin Triniti. Tulisan-tulisan Arius dibakar dan akan
memasukkan ke penjara bagi siapa saja yang ditemui memiliki tulisannya.
(Edward Gibbon, Decline and Fall of Roman Empire, vol.2, hal.693).
Pada
persidangan tersebut Jesus dinyatakan sebagai, "Tuhan dari segala
Tuhan, Cahaya dari segala Cahaya, Maha Tuhan dari segala Maha Tuhan".
(Hasting's Encyclopedia of Etnics & Religion, vol.4, hal.239).
Lingkaran
terpelajar masih berada di pihak Arius dan mereka telah dikekang
dengan tangan besi. Dimasa itu populariti Arius mencapai puncaknya,
yang dibuktikan oleh Santo Jerome sebagai berikut :
"Seluruh
dunia merasa dan terhairan-hairan menemukan dirinya sebagai penganut
Arius". (Wilfred W.Briggs, Introduction to the History of the Christian
Church, hal.49)
Will Durant menulis :
"Perdebatan
sengit tentang doktrin Triniti yang diperkenalkan oleh Athanasius
tidak pernah berakhir dengan adanya persidangan Nicea. Beberapa biskup
masih berpihak pada Arius"
Kelompok
gereja yang masih setia kepada Sumpah Nicea disingkirkan dari Gereja;
kadang kala disingkirkan oleh kekerasan penganut Triniti; setengah abad
Gereja mengikuti ajaran Arius dan meninggalkan ketuhanan Jesus. Setiap
bskup memiliki bukti-bukti bertulis yang mendukungnya. Pertikaian
antara dua golongan ini pecah menjadi kerusuhan berdarah, dan banyak
yang terbunuh. (Will Durant, Age of Faith) Pemandangan dari kekerasan
yang mengerikan dan pertempuran yang menelan ribuan jiwa, merupakan
perkara yang biasa selama era ini.
Alexandria
(Iskandariah), daerah tempat tinggal Arius, menjadi ladang pertikaian
yang paling ganas. Gibbon mencatat, satu insiden kekerasan menelan
korban "tiga ratus lima puluh jiwa". Mengenai kekejaman Gereja dalam
masalah ini dibahas lengkap dalam buku Edward Gibbon (pasal 21). Dimasa
pemerintahan Konstantin, merupakan era emas bagi Kristian kerana
mendapatkan kitab suci Bible yang standard. Itu pun tidak mampu
dikerjakan tanpa kontroversi yang dahsyat melalui
persidangan-persidangan Gereja. Sebagaimana dicatat oleh Marjorie Bowen :
"Kitab-kitab injil harus diubahsuai beberapa kali sebelum diterima,
orang-orang yang dianggap sesat harus dihadapi, serta menyelenggarakan
persidangan di Nicea tahun 325 Masehi dan di Konstantinopel tahun 381
Masehi untuk merumuskan dogma dan keimanan agama Kristian." (Marjorie
Bowen, The Church and Social Progress, hal.4-5)
Persidangan Constatinople, Tahun 381
Theodosius
I menyelenggarakan Persidangan Konstantinopel untuk membahas lebih
jauh tentang ketuhanan Jesus. Persidangan ini berakhir dengan memberi
penegasan pada Sumpah Nicea. Pada Persidangan Ephesus, Tahun 431,
persidangan ini diselenggarakan untuk membahas pertanyaan apakah Maryam
(Ibu Jesus) manusia asli atau termasuk Tuhan.
Pembahasan
ini diadakan kerana aliran Maronite menyembah Maryam (Madonna-Virgin
Mary) sebagai "Ibu Tuhan" dan memasukkannya sebagai salah satu oknum
Triniti pengganti "roh suci". Persidangan ini mengutuk penyembahan
terhadap Maryam. Pada Persidangan Chalsedon, Tahun 451, telah
membahaskan tentang teori Dua Kudrat Jesus. Persidangan Konstantinopel,
Tahun 553 pula diselenggarakan untuk memecahkan teka-teki kudrat Jesus
tersebut. Persidangan ini didominasi oleh biskup-biskup Gereja Timur,
Gereja Barat menolak semua keputusan dari persidangan ini. Pada abad ini
diputuskannya tentang Natal (Krismas) pada 25 Disember oleh Dionysius
Exiguus, mengadaptasikan hari kelahiran anak dewa Matahari yang lahir
pada hari Minggu, 25 Disember. Pada akhir abad ke-6 lahirlah Islam.
Kristian
telah menyimpang demikian jauh dari ajaran aslinya (ajaran Jesus)
bahkan Gereja Barat lebih banyak menyerap agama Pagan. Kristian
mengalami kerosakan hingga akarnya. Ketegangan antara Gereja Timur dan
Gereja Barat berangsur-angsur melemah. Gereja Timur hanya memiliki
sedikit pengikut, sebagai akibat ribuan pemeluk Kristian beralih ke
agama Islam. Dan hampir semua wilayah Mediterranian berada dibawah
pengaruh Islam.
"Mungkin
karena pengaruh secara tidak langsung dari agama baru Islam yang
anti-musyrik, pada abad ke-8, tentara Emperor Isauria... menemukan
sesuatu yang tidak disukainya pada peribadatan yang sudah lama berlaku
dalam dunia Kristian yang berbau politeisme." (J.M Robertson, A Short
History of Freethought, vol.1, hal.277).
Selanjutnya
untuk pertama kali dalam sejarah Kristian pada tahun 723 tradisi Pagan
dalam tata cara kebaktian agama Kristian dilarang oleh Emperor Leo
melalui pengumuman, dan dia lebih condong pada ajaran monotheistik
Islam. Bagaimanapun, larangan ini dicabut pada tahun 787 oleh
persidangan ke-II di Nicea. (The Invacation of Saints and Adoration of
Images, oleh Rev. W.P. Hares, hal 10-11).
Pemilihan
Kitab Injil disebarkan dari mulut ke mulut sehingga tradisi oral ini
menghasilkan laporan yang berlainan satu dengan lain terhadap perkataan
dan perbuatan Jesus. Ketika mereka berusaha mendokumentasikannya maka
bertambahlah perbezaan-perbezaan akibat variasi verbal. Sarjana-sarjana
Kristian mengakui fakta sejarah bahwa pada terdapat juga sejumlah
Injil-injil yang lain, dan masing-masing gereja mempunyai versinya
sendiri.
Sebagian
sarjana mempercayai bahwa jumlah Injil-Injil tersebut mencapai 300
Injil (Holy Blood Holy Grail, hal.692). Tapi bagaimana yang yang
terpilih hanya 4 saja ? Keempat Injil tersebut (Matius, Markus, Lukas
& Yohanes) dipilih pada saat Persidangan Nicea 325 Masehi.
Persidangan yang memperkenalkan konsep Triniti untuk pertama kali.
Sehingga pemilihan ke-4 Injil tersebut adalah penyesuaian terhadap
sumpah yang dipaksakan. Maka semua Injil yang menceritakan tentang
kemanusiaan Jesus harus di hancurkan.
Teknik
pemilihan Injil-Injil tersebut adalah, semua naskah Injil yang
berbeza-beza diletakkan dibawah sebuah meja di ruang persidangan. Setiap
orang diminta meninggalkan ruangan tersebut dan pintunya dikunci.
Semua biskup diminta untuk berdoa sepanjang malam supaya versi Kitab
yang benar akan berada di atas meja tersebut. Pada keesokan paginya,
ke-4 Injil, Matius, Markus, Lukas dan Yohanes dengan "ajaib"nya telah
berada diatas meja dengan rapi, sisanya berserakan dibawah meja.
Sehingga diputuskan semua yang terletak dibawah meja haruslah dibakar.
(Sex in the Bible, Wahyudi).
Pemilihan Bible bukan dibuat dengan akal yang sihat dan ilmu pengetahuan tetapi dengan penuh pembohongan dan silap mata.
Maka
mulailah disini pembunuhan manusia besar-besaran, dimana siapa saja
yang menolak ajaran Jesus Tuhan dan manusia dibunuh dengan
bermacam-macam cara yang keji.Sebelum ini golongan Nasrani diburu dan
dibunuh,kini golongan yang sama juga diburu dan dibunuh. Persidangan
Nicea ini rupa-rupanya belumlah dapat menampung segala aspirasi umat.
Maka mereka kemudian mengadakan persidangan kedua dikota Konstantinople
(kini Istanbul) pada tahun 381 M, yang memutuskan lagi bahawa Anak
adalah Homo Osius dengan Bapa (Creator).
Didalam
persidangan kedua ini pula mereka menambahkan entiti Rohulkudus
sebagai oknum ke-III dari Allah, sehingga lengkap lahirlah Tuhan Allah
Bapa, dan Anak serta Rohulkudus. Didalam tahun-tahun inilah kemungkinan
besar orang mulai menambah-nambah Injil Matius dengan tulisan:
Pergilah keseluruh dunia baptiskanlah seluruh bangsa dengan nama Bapa,
dan Anak dan Rohulkudus (Matius 28:10).
Persidangan
ke-III diadakan dikota Ephesus tahun 439 M, didalam persidangan inilah
dikeluarkan perintah untuk mengutuk ajaran-ajaran Nestorian dan
Arianisme yang bidaah itu. Merekapun mengeluarkan pernyataan perang
terhadap Injil, dimana seluruh Injil-injil yang asli dimusnahkan atau
dituduh 'gnostik' atau 'apochrypha'. Sebagaimana kita mengetahui, semasa
Jesus hidup beliau mempunyai pula pengikut-pengikut, yang kian kemari
menuliskan khutbah-khutbah dan ajaran-ajarannya sebab pada zaman itu
memang alphabet Aramaik (huruf-huruf) telah ditemukan. Murid-murid Jesus
ada 70 orang. diantaranya 12 yang disebutkan namanya didalam Injil.
Dari catatan-catatan murid-murid Jesus ini, kemudian hari kita kenal
telah dibukukan dengan nama Injil, yang dinamai oleh masing-masing
penulisnya seperti: (1) Injil Markion, (2) Injil Mesir, (3) Injil Eva,
(4) Injil Yudas, (5) Injil Nicodemus, (6) Injil Thomas, (7) Injil
Barnaba, (8) Injil Matius, (9) Injil Yosepus, (10) Injil Duabelas, (11)
Injil Kebenaran, (12) Injil Maria, (13) Injil Jesus, (14) Injil
Andreas, (15) Injil Pilipias, dan lain-lainnya
Tahun
306 M merupakan tahun keemasan dalam sejarah gereja. Pada waktu itu
Konstantin I memegang tampuk pemerintahan Emperor Rom. Kemudian dia
menganut agama Masehi dan menjadikannya sebagai agama rasmi negara,
dengan demikian tergenggamlah kekuasaan agama dan dunia dalam satu
waktu, sehingga menjadikan pemerintahan Rom sebagai pemerintahan suci.
Pada waktu itu, urusan Gereja diserahkan kepada lima orang pastor besar
yang dinamakan Patriarch atau Paus-paus. Mereka bekerja di bawah
pemerintahan pastor-pastor kecil lainnya.
Orang
pertama yang menyusun dengan rapi sistem kepausan dan ikut
mendukungnya adalah Gregory I (540-609 M). Ketika pengaruh gereja makin
luas, Paus diangkat sebagai sumber kekuasaan agama dan dunia, dan
menerima kekuasaan tidak terbatas. Melanggar titah dan perintahnya
adalah dosa besar (diktator). Ia mempunyai hak dalam menyusun
undang-undang, para emperor tidak memiliki jalan lain, selain takluk
dan tunduk kepadanya. Semua orang tunduk dalam masalah agama dan dunia
kepada lapisan pastor dan susunan kepegawaian. Mereka seperti bentuk
sebuah piramid dan Paus berada di puncaknya. Peristiwa ini terjadi
hingga sampai menimbulkan pertentangan antara PAUS & ILMUWAN.
Terhadap
peristiwa ini, Paus bukannya mengambil hikmah dan manfaat terhadap
Ilmu Pengetahuan dalam mengatur peraturan dan pengurusan kehidupan
manusia dan alam semesta, tetapi beliau menangkap semua orang yang
berbicara tentang sistem ilmu tersebut karena dianggap bertentangan
dengan faham agama yang yang tidak boleh dibantah. Paus menghukum
orang-orang yang dicurigainya itu dengan sadis, buas dan ganas. Paus
mengadakan pengadilan (Mahkamah Inquisition) (tahun 1478 M) untuk
menyiasat dan membicarakan orang-orang yang dicurigai. Mereka ditangkap
dan dihukum dengan berbagai macam hukuman yang berkisar antara denda
wang dan hukuman bakar hidup-hidup. Mahkamah-mahkamah ini sudah
menjatuhkan hukumannya kepada 340.000 orang (antara 1481-1808). Lebih
kurang 32.000 orang yang dihukum bakar hidup-hidup!
Dalam
kurun waktu 18 tahun, Torquemada telah membakar hidup sekitar 210.220
orang dan menghukum dengan hukuman yang lain sekitar 97.000 orang.
Bahkan mayat orang mati itu tidak diperlakukan dengan wajar. Mereka
malah menghina 6.860 mayat para ilmuwan dan ahli falsafah yang dihukum
bakar hidup-hidup itu.
Meskipun
Paus sudah berupaya dan bertekad memadamkan sinar ilmu pengetahuan,
namun sinar ilmu pengetahuan semakin terang pancaran cahayanya. Akhirnya
dikeluarkanlah peraturan baru pada tahun 1515 M, yakni melarang
terbitnya buku apapun, sebelum mendapat persetujuan dari Gereja. Setiap
orang yang mencetak atau menjual buku dengan begitu saja akan dijatuhi
hukuman mati. Seperti Kisah GALILEO yang mati dalam penjaranya karena
menyatakan bumi itu bulat, dan dibakarnya BRUNO yang menyatakan adanya
planet-planet lain, selain dari bumi dan sebagainya.
Kepemimpinan
dan akhlak gereja merosot drastik, Paus sudah menjelma menjadi musuh
Ilmu Pengetahuan dan gereja ditegakkan diatas kemusyrikan. Maka
meratalah kerosakan moral keseluruh lapisan masyarakat. Penyakit sifilis
bahkan menjalar menjangkiti banyak orang, termasuk PAUS LEO X sendiri!
Hasilnya
semua bentuk kerendahan budi pekerti dan akhlak sudah menjadi ciri
kehidupan dan pergaulan pada masa itu. Semua bentuk keluhuran nilai dan
moral hancur luluh. Petaka itu terlebih dahulu menimpa para ahli agama,
sebelum penyakit itu menyerang masyarakat awam, padahal masyarakat itu
berkeyakinan bahwa Paus adalah bayangan Tuhan dan wakil Isa Almasih.
Keputusan-keputusannya selalu dianggap benar dan tidak boleh dibantah.
Beliau menggugurkan dosa dan menanggalkan kesalahan orang dengan
kesuciannya bagi yang tergelincir jatuh kedalam dosa.
Perkembangan
akidah semacam ini merebak cepat. Hal ini memaksa Paus membuat Akta
Pengampunan yang dimulai dengan pengumuman Paus Erien II dalam Perang
Salib atas restu Paus Urban II (1088-1099M) dari Vatikan, Siapa yang
tidak dapat ikut langsung dalam peperangan ini, hendaknya mengirimkan
seorang wakilnya, maka Paus akan memberinya Akta Pengampunan yang mampu
menyelamatkan di hari Kiamat kelak.
Ketika
Paus Leo X ingin membangun gereja suci Paulus di Rom, dalam
pembangunannya memerlukan dana, maka mulailah beliau mencanangkan
akta-akta semacam itu dan ternyata laris. Kemudian mereka
mengembangkannya lagi dengan menyatakan Akta Khusus dengan harga
tertentu. Bunyi akta itu:
"Atasmu
rahmat Tuhan Jesus Almasih mengampuni kamu dengan rahmatnya semua
dosamu, dan saya mengampuni dosamu berdasarkan mandat yang diberikan
Jesus dan muridnya, Petrus dan Paulus yang pertama tentang semua
perbuatanmu melanggar gereja bagaimanapun bentuknya, kemudian semua
pelanggaran atau kesalahan bagaimanapun besarnya. Saya akan angkat semua
rintangan yang sudah ditetapkan menimpamu karena dosa-dosamu di
neraka, sehingga apabila kamu mati tertutup semua pintu nereka bagimu
dan terbuka semua pintu syurga bagimu dengan nama Bapa, Anak dan Roh
kudus. "
Setelah
itu diletakkanlah daftar harga bagi semua dosa dan kesalahan.
Tiap-tiap ejen penjual akta menyimpan selembar salinannya dan aslinya
terpampang di Gereja. Dalam daftar itu disebutkan bermacam-macam dosa
berikut harga Akta Pengampunannya, antara lain:
Menggugurkan Kandungan :3 Shilling dan 6 pence
Mencuri :9 Shilling
Memperkosa seorang Gadis :9 Shilling
Berzina :7 Shilling dan 6 pence
Membunuh :7 Shilling dan 6 pence
Lawak
jenaka ini tidak hanya mengenai dosa orang-orang yang masih hidup.
Dosa-dosa orang yang sudah mati pun mampu dibelikan akta pengampunannya
untuk mensucikan dosa-dosanya. Selain itu, tersebar pula iklan yang
digantung dimana-mana yang berisi anjuran agar segera membersihkan
dosa-dosanya dengan membeli akta tersebut. Dengan demikian banyaknya
akta tersebut diperjual belikan, maka semakin banyak pula tindak
kejahatan dan maksiat, karena semua dosa dapat ditebus dengan harga yang
relatif murah. Maka masa pemerintahan gereja merupakan masa yang
paling BURUK dalam sejarah kejahatan. Masa itu merupakan masa
merebaknya berbagai jenis kejahatan, kekacauan, kezaliman dan kerosakan
moral kerana tidak lagi adanya rasa takut bagi masyarakat pada saat
itu untuk berbuat jahat, kerana segala kesalahan dapat ditebus hanya
dengan membeli akta. (Manken dalam bukunya Treatise on Right on and
Wrong on hal.187-198).
SEbenarnya
penyelewengan dalam agama Kristian bermula seawal era Paul (Paulus)
lagi.Dan Paul sendirilah dalang penyelewengan itu.Siapakah Paul?Paul
ialah Yahudi warganegara Rom yang sebelum itu ikut menyeksa kaum Nasrani
(Kristian).Selepas itu dia dikatakan bertaubat dan menjadi teman
seperjalanan Barnabas-seorang sahabat Nabi Isa a.s.
Perosak Kunci 'The Kingdom of Heaven'
Paulus
adalah seorang Yahudi dan lahir di Tarsus , di tanah Kilikia, berguru
dengan Gamaliel.Gamaliel ialah seorang fakih yang dihormati segenap
kaum itu dan ia seorang Farsi. Paulus sendiri menyatakan dirinya
keturunan Rom.Nama asal Paulus ialah Saul.Paulus mati pada 64 m , di
zaman Kaisar Nero.Tarsus terletak di Istanbul / Constantinople ,Turki
kini.
Saul
(Paulus) ialah seorang yang anti kepada ajaran Jesus telah berusaha
untuk memesongkan ajaran Jesus. Dengan membunuh berpuluh-puluh orang
penganut ajaran Jesus, dia berharap ajaran tersebut akan menjadi semakin
lemah lantaran kurang sambutan yang diterima oleh masyarakat. Namun
yang berlaku adalah sebaliknya. Ajaran Jesus yang disebarkan oleh
pengikut-pengikut beliau yang dipimpin oleh St. James “The Righteous”
(salah seorang apostle-Hawariyyun) itu semakin hari semakin berkembang.
Melihatkan
keadaan itu, Saul menjadi seperti berputus asa, namun niatnya untuk
menyelewengkan ajaran Jesus yang dibawa oleh pengikut-pengikut setia
beliau masih lagi terbuku di hati. Mungkin apa yang timbul di fikiran
Saul ketika itu adalah dengan menghancurkan ajaran Jesus dari dalam.Saul
kemudiannya berjumpa dengan pengikut-pengikut Jesus tersebut untuk
bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukannya terhadap mereka sebelum
ini dan dia diberikan nama Paul.
Sejurus
selepas bertaubat, Paul mendakwa telah menerima ‘petunjuk’ secara
langsung daripada Jesus .Salah seorang daripada 12 pengikut Jesus (as),
Barnabas mula mempercayai Paul dan memberinya perlindungan. Melalui
Barnabas, Paul diterima oleh semua pengikut-pengikut Jesus yang lain.
Sepanjang menyebarkan ajaran Jesus , Barnabas banyak mengembara bersama
Paul sehinggakan reputasi Paul yang terkenal sebagai pembunuh penganut
Jesus sebelum ini bertukar kepada imej seorang penganut Jesus yang
setia.
Paul
mula menjauhkan diri daripada Barnabas dan berhasrat untuk
mengembangkan ajaran Jesus kepada golongan Bukan-Yahudi
(Gentiles).Beberapa pertelingkahan berlaku antara Paul dengan Barnabas
sehingga menyebabkan mereka berpecah.
"And the contention was so sharp between them, that they departed
asunder one from the other: and so Barnabas took Mark, and sailed unto
Cyprus; And Paul chose Silas, and departed, being recommended by the brethren unto the grace of God. And he went through Syria and Cilicia, confirming the churches"
(Acts 15:39-41)
Dia
mula membuat tohmahan dengan mengatakan kumpulan Apostles
(pengikut-pengikut Jesus a.s.) itu malas, sesat dan hipokrit. Beliau
juga mendakwa mereka ini perlu sentiasa dibimbing ke keluar dari
kejahilan dengan kebenaran dari Tuhan melalui ‘petunjuk’ yang kononnya
diterimanya daripada Jesus . Secara terbuka, dia menyatakan bahawa
kumpulan Apostles itu tidak mengajarnya apa-apa. Segala kebenaran yang
disampaikan oleh Paul adalah semata-mata daripada ‘petunjuk’ yang
diterimanya secara terus daripada Jesus . Pada mulanya, seruan Paul
tidak mendapat sambutan daripada golongan Bukan-Yahudi kerana bencinya
mereka kepada bangsa Yahudi.
Kebanyakan
golongan Gentiles ini menyembah tuhan-tuhan Greek kuno seperti Sons of
Almighty Jupiter atau Zeus, Aphrodite, Apollo, Artemis dan lain-lain.
Di dalam Bible, Paul mengaku sanggup melakukan apa saja untuk menukar
kepercayaan Gentiles yang berkepercayaan jahiliah itu agar kelihatan
menarik kepada mereka. Dia terus bertolak ansur dengan mereka dan
mengubah ajaran Jesus kepada satu agama yang hampir sama dengan
kepercayaan Gentiles itu yg mempercayai konsep Tuhan Bapa, Tuhan Anak,
Tuhan Penyelamat dan sebagainya. Mereka percaya bahawa tuhan-tuhan
mereka ini mati kerana dosa-dosa mereka dan kemudian dihidupkan kembali.
Paul pula menyatakan bahawa Jesus adalah anak Tuhan dan anak Tuhan ini
mati untuk menebus dosa seluruh umat manusia. Golongan Gentiles ini
mula melihat pertalian dan persamaan yang besar di antara kedua-dua
kepercayaan. Mereka hanya perlu menukarkan beberapa nama saja. Dengan
cara ini, Paul berjaya meyakinkan kaum Greek dan golongan Gentiles yang
lain untuk menerima “agama Jesus” ini. Ajaran Paul ini telah ditolak
oleh pengikut-pengikut asal Jesus disebabkan ajaran yang dibawanya
bertentangan dengan ajaran Jesus.
Paul
mula menulis tentang kepercayaan baru yang diciptanya ini dan
mereka-reka doktrin baru untuk dimasukkan ke dalam agama ‘baru’ yg
diciptanya ini.Maka dari sini lahirlah Surat-surat Paulus itu.
Doktrin-doktrin itulah yang menjadi doktrin agama Kristian sehingga ke
hari ini.
Kunci-kunci yang salah
Inilah
sejarah gereja yang penuh korup,penyelewengan dan pembohongan.Gereja
telah banyak menyusahkan pengikutnya.Bermacam-macam penipuan dan
penindasan dilakukan ke atas penganut Kristian.Triniti adalah kisah
dongeng bertahap komik kanak-kanak di mana ia direka untuk menyesuaikan
mitos pagan ketika itu.Al-Hafiz Imam Ibn Kathir, seorang ulama’
terbesar Islam mengulas:
“Apabila
Allah mengangkat Jesus (a.s) ke langit, pengikut-pengikut beliau
terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antara kumpulan tersebut, ada yang
masih mengekalkan kepercayaan asal terhadap Jesus (a.s), iaitu beliau
hanya merupakan seorang pesuruh Allah, seorang nabi dan anak kepada
Maryam. Bagaimanapun, sesetengah mereka mempunyai pemahaman yang ekstrem
terhadap Jesus (a.s) dgn menganggap beliau adalah anak Allah.
Sesetengahnya pula mendakwa Jesus (a.s) adalah Allah itu sendiri,
manakala yang lain mengatakan beliau adalah salah seorang daripada
Trinity…” (Mizbahul Munir fi Tahzib Tafsir Ibn Kathir, Vol.2, Darussalam
Riyadh, 2000, ms 171)
Imam
Shamsuddin Ibn Abi bakar Ibn Qayyim al-Jauziyyah, juga di dalam
kitabnya, Hidayatul Hayara fi Ajwibatul Yahud wa al-Nasara (Guidence to
the Uncertain In Reply to the Jews and the Christians) berkata:
“Pengikut-pengikut
Jesus (a.s) masih terus mengamalkan ajaran-ajaran beliau selepas
beliau diangkat ke langit. Kemudian beberapa orang telah campur tangan
dalam mengubah, menafsir (ajaran Jesus (a.s) mengikut apa yang disukai
(mengikut selera) kebanyakan orang, bertentangan dengan amalan Yahudi
(di dalam Taurat) dan secara terang-terangan menyimpang daripada ajaran
Messiah (Jesus a.s), serta menjadi sesuatu yang terpisah daripadanya
secara keseluruhannya.”
Tiada
apa yang tinggal dari dunia Kristian pada hari ini,yang ada adalah
warisan pagan yang membungkus seluruh kepercayaan Kristian.Maka
tunggulah turunnya Nabi Isa a.s sebelum kiamat nanti memusnahkan salib
dan menjelaskan kekeliruan umat Kristian.
“Isa
bin Maryam akan turun dan memberitahu tentang kekhalifahan Al-Mahdi.
Apabila diminta untuk menjadi imam, maka Nabi Isa AS menjawab, “Tidak.”
Lantas dia memberitahu, “Sesungguhnya di kalangan kamu ada pemimpin
yang dimuliakan oleh Allah untuk umat ini.”
(Hadis Nabi)
“Isa bin Maryam AS akan turun dan bersembahyang di belakang Al-Mahdi.”
(Hadis Nabi)
Kebenaran
milik siapa saja yang mahu berfikir.Di dunia ini,setiap orang akan
diuji.Pilihan diberi.Dunia hanya sementara kerana kelak kita semua akan
ditanya tentang 'Kebenaran'.Siapa yang tidak memilikinya,maka
malapetaka yang dasyat adalah habuannya.Siapa yang memilikinya,dialah
pemegang kunci syurga The Keys of Kingdom of Heaven.Seruan kepada Islam
akan sampai kepada setiap individu,tidak kira dia berada di kota atau
di gua-gua.Jangan tanya bagaimana caranya,bila dan siapa...itu adalah
kerja Tuhan.Cuma pilih atau tidak.Pilihan di dunia adalah penentuan
hidup kekal di akhirat 'The Kingdom of Heaven'.
"And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord,"
(Mark 12:29)
"Jawab Jesus: "Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan kita ialah Tuhan Yang Esa"
No comments:
Post a Comment