Pandangan Syi`ah Terhadap Ahli Sunnah
Hukuman bunuh ke atas pemimpin-pemimpin Sunni.
Ahli
sunnah wa Jamaah adalah golongan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. dan
Rasulullah s.a.w. yang sentiasa mendapat petunjuk kerana mereka
berpegang dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat terutama
Khalifa Rasyidin. Selain dari Ahlu Sunnah, adalah golongan yang sesat
kerana mereka tidak berpaksikan sepenuhnya kepada Sunnah Rasulullah
s.a.w. dan Khulafa’ Rasyidin sebagai perjalanan hidup. Walaupun setiap
golongan sesat itu mendakwa mengikuti al-Qur’an namun sikap mereka
terhadap Sunnah dan para sahabat tidak membuktikan kebenaran dakwaan
mereka.
Adalah
satu asas dalam mengkaji mana-mana aliran atau fahaman sebelum
menghukumkannya sebagai sesat atau tidak, harus merujuk kepada sumber
asal mereka yang muktabar. Di antara golongan yang sesat itu ialah
ajaran Syi`ah.
Sebagai
satu ajaran yang telah lama bertapak, Syi`ah mempunyai rujukan-rujukan
sendiri yang muktabar. Bagaimanapun sudah menjadi polisi kepada mereka
untuk tidak membiarkan kitab-kitab mereka jatuh kepada orang lain oleh
kerana itu, mereka menyembunyikannya. Malahan rujukan mereka itu hanya
dibaca oleh Ayatullah-Ayatullah sahaja. Adapun Syi`ah yang tidak
menjangkaui martabat tersebut tidak layak untuk membacanya sehingga
mereka mendakwa orang-orang yang bertaqwa sahaja yang berhak. Alangkah
malang sungguh mereka yang menerima ajaran Syi`ah tetapi tidak dapat
menatapi sabdaan-sabdaan para Imam. Kitab-kitab berautoriti seperti
al-Kafi karangan al-Kulaini, al-Istibsar, Tahzib al-Ahkam dan Man
layahduruhu hanya bacaan para Ayatullah sahaja.
Keempat-empat
kitab ini merupakan kitab yang paling tinggi kedudukannya dan Khomeini
menganggapnya sebagai rujukan terpenting. Di samping itu terdapat Wasail
al-Syi`ah, Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi, Risalah al-I`tiqadat oleh
Ibn Babwaih al-Qummi
Dalam
artikel ini, kita akan menyoroti aqidah dan pendirian mereka berhubung
dengan orang-orang lain yang bukan Syi`ah berdasarkan kepada
rujukan-rujukan mereka.
Aqidah Syi`Ah Tentang Orang Yang Tidak Mengakui Imamah
Syiah berpendapat imamah merupakan salah satu usul agama dan Rasulullah s.a.w. menentukan 12 imam dengan jelas.
Ibn
Babwaih al-Qummi yang mendapat jolokan al-Saduq menyebutkan di dalam
kitabnya Risalah al-I`tiqadat, halaman 103, cetakan Markaz Nasyr
al-Kitab, Iran:
".. واعتقادنا
فيمن جحد إمامة أمير المؤمنين علي بن أبي طالب والأئمة من بعده – عليهم
السلام – أنه كمن جحد نبوة جميع الأنبياء، واعتقادنا فيمن أقر بأمير
المؤمنين وأنكر واحدًا ممن بعده من الأئمة أنه بمنزلة من أقر بجميع
الأنبياء وأنكر نبوة نبينا محمد صلى الله عليه وآله"،
"Kepercayaan
kita berhubung dengan orang yang mengingkari imamah Amirul Mukminin Ali
a.s. dan para imam sesudahnya seperti orang yang mengingkari kenabian
semua nabi. Dan kepercayaan kita tentang orang yang mengingkari salah
seorang imam selepasnya seperti orang yang mengakui kesemua nabi tetapi
mengingkari kenabian nabi kita Muhammad s.a.w. dan ahli keluarganya.".
Pada halaman yang sama, Ibn Babwaih menukilkan satu riwayat yang disandarkan kepada Imam Ja`far al-Sadiq:
" المنكر لآخرنا كالمنكر لأولنا" .
"Orang yang mengingkari imam kita yang terakhir seperti mengingkari imam yang pertama."
Dalam rujukan yang sama, beliau juga menisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai bersabda :
"الأئمة
من بعدي اثنا عشر؛ أولهم أمير المؤمنين علي بن أبي طالب عليه السلام
وآخرهم القائم، طاعتهم طاعتي ومعصيتهم معصيتي، من أنكر واحدًا منهم فقد
أنكرني".
"Imam-imam
setelahku 12 orang, yang pertama Ali bin Abi Talib a.s. dan yang
terakhir al-Qaim. Ketaatan kepada mereka seperti ketaatan kepadaku.
Menderhakai mereka sama menderhakaiku. Sesiapa menginkari mereka
sesungguhnya telah menginkari." Kata-kata al-Saduq ini dinukilkan oleh
al-Majlisi dalam Bihar al-Anwar (jil. 27, hal. 61-62)
Mulla
Baqir al-Majlisi, yang mendapat gelaran al-Allamah, al-Hujah dan Fakhr
al-Ummah (kebanggaan ummat) menulis di dalam Bihar al-Anwar jilid 23
halaman 390:
"اعلم
أن إطلاق لفظ الشرك والكفر على من لم يعتقد إمامة أمير المؤمنين والأئمة
من ولده عليهم السلام وفضَّل عليهم غيرهم يدل أنهم مخلدون في النار".
"Ketahuilah,
ungkapan lafaz syirik dan kufur kepada orang yang tidak beritikad
dengan keimaman Ali dan para imam dari anak cucunya a.s. dan kelebihan
mereka mengatasi orang lain menunjukkan mereka itu kekal di dalam
neraka."
Dalam Bihar al-Anwar (23/391) Baqir al-Majlisi menukilkan daripada al-Mufid bahawa:
"Syi`ah
Imamiyah sepakat tentang orang yang mengingkari imamah salah seorang
imam dan membantah ketaatan yang diwajibkan Allah kepadanya (imam)
sebagai kafir sesat yang selayaknya kekal di dalam neraka".
Lihat
bagaimana Syi`ah menghukumkan orang-orang yang beriman sebagaimana
mereka beriman. Adakah perkara ini menunjukkan perbezaan antara Ahli
Sunnah dan Syi`ah dari fiqh mazhab sahaja? Sebenarnya penilaian mereka
ini terhadap Ahli Sunnah jauh lebih dahsyat daripada permusuhan dengan
orang-orang kafir lain. Benar sekali kata-kata Shaikh Musa Jarullah di
dalam kitabnya al-Wasyi`ah fi Naqd `Aqaid al-Syi`ah, halaman 227: "Saya
amat terkejut dan kecewa apabila melihat dalam kitab-kitab Syi`ah, Musuh
Syi`ah yang paling ketat dan paling kuat ialah Ahli Sunnah wa Jamaah.
Saya melihat sendiri bahawa semangat permusuhan benar-benar menguasai
hati semua lapisan Syi`ah."
Darah Ahli Sunnah Adalah Halal Di Sisi Syi`Ah
Di
samping itu, Syi`ah menganggap halal darah dan harta Ahli Sunnah dan
inilah yang difatwakan oleh ulama mereka. Syaikh Saduq menyebutkan di
dalam kitabnya `Ilal al-Syara’i` halaman 601 cetakan Najaf:
عن
داود بن فرقد قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام: ما تقول في قتل الناصب –
أي السني- ؟ قال: "حلال الدم، ولكني أتقي عليك، فإن قدرت أن تقلب عليه
حائطًا أو تغرقه في ماء لكيلا يشهد به عليك فافعل، قلت فما ترى في ماله؟
قال: توه ما قدرت عليه".
Daripada
Daud bin Farqad, katanya aku bertanya kepada Abu Abdullah a.s.: Apakah
hukumnya membunuh al-Nasibi- maksudnya ahli sunnah? Jawabnya: Halal
darahnya, tetapi aku ingatkan engkau jika dapat hempapkan dinding
atasnya atau engkau lemaskannya di dalam air maka lakukanlah supaya
tidak dilihat oleh orang lain. Aku bertanya lagi: Apa pendapatmu tentang
hartanya. Jawabnya: Binasakanlah apa sahaja yang engkau dapat lakukan.
Apakah
yang akan dilakukan oleh Syi`ah terhadap orang yang menyalahi mereka?
Shaikh Taifah menyebutkan di dalam kitab fiqhnya, al-Nihayah halaman
302:
"Sesiapa
yang memegang kekuasaan bagi pihak yang zalim dalam melaksanakan
hukuman hudud atau melaksanakan sesuatu hukum hendaklah dia beritikad
bahawa dia sebenarnya memegangnya bagi pihak berkuasa yang hak, maka
hendaklah dia melaksanakan hukum mengikut ketentuan Syari`at Imam, dan
selagi dia dapat melaksanakan hudud terhadap mukhalif (orang yang tidak
mengikut Syi`ah) hendaklah dia laksanakan kerana itulah jihad yang
paling agung."
Ni`matullah al-Jazairi menyebutkan dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah (2/307):
"Harus membunuh mereka (Ahli Sunnah) dan harta-harta mereka adalah halal."
Beginilah sikap permusuhan mereka terhadap orang yang tidak mempercayai imam dua belas.
Sejarah
mencatatkan kezaliman mereka terhadap umat Islam. Ni`matullah
al-Jazairi menyebutkan dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah:
"Terdapat
dalam beberapa riwayat bahwa Ali bin Yaqtin iaitu menteri al-Rasyid dan
seorang Syi`ah yang istimewa, beberapa golongan mukhalifin berada di
dalam tahanannya, lalu dia memerintahkan orang-orang suruhannya
menjatuhkan bumbung tahan ke atas tahanan-tahanan tersebut, lalu kesemua
mereka mati terbunuh, bilangan mereka lebih kurang 500 orang. Bagi
melepaskan diri dari tanggungjawab kematian mereka, Ali bin Yaqtin telah
menghantar surat kepada Imam Mawlana al-Kazim dan al-Kazim menghantar
jawapannya yang berbunyi: Jika anda bertemu saya dahulu sebelum membunuh
mereka tentu anda tidak menanggung apa tanggungjawab terhadap darah
mereka. Oleh kerana anda tidak berbuat demikian, maka hendaklah anda
membayar kaffarah untuk setiap orang yang anda bunuh sebanyak satu tis.
Satu tis itu lebih baik dari mereka.
Lihatlah
kepada diyat yang sangat sedikit ini yang tidak menyamai diat saudara
mereka yang kecil iaitu anjing buruan kerana diatnya sebanyak 20 dirham
dan juga tidak menyamai saudara mereka yang besar iaitu Yahudi atau
Majusi iaitu 800 dirham dan keadaan mereka di akhirat lebih hina dan
lebih rendah."
Riwayat
ini juga dinukilkan oleh Muhsin al-Mu`allim untuk berdalil bahawa harus
membunuh Ahli Sunnah. (Al-Nasb wa al-Nawasib, halaman 622)
Harta Ahli Sunnah Adalah Halal
Harta
ahli sunnah menurut Syi`ah adalah halal dan boleh diambil tanpa ada
halangan. Abu Ja`far al-Tusi meriwayatkan dalam kitabnya Tahzib
al-Ahkam, jilid 4, halaman 122:
عن أبي عبد الله عليه السلام أنه قال: "خذ مال الناصب حيث ما وجدته وادفع إلينا الخمس"
Daripada
Abu Abdullah a.s. bahawa beliau berkata: Ambillah harta al-nasib di
mana sahaja kamu temui dan berikan kepada kami satu perlimanya.
Ahli Sunnah Adalah Najis Menurut Syiah
Khomeini di dalam Tahrir al-Wasilah (1/118) menghukumkan Ahli Sunnah sebagai najis, katanya:
Adapun Nawasib (Ahli Sunnah) dan Khawarij semoga dilaknati Allah tanpa ragu-ragu adalah najis."
Penghinaan Khomeini bukan setakat Ahli Sunnah dan Khawarij sahaja malah kepada golongan Syi`ah selain dari Imamiyah 12, katanya:
"Kumpulan-kumpulan
Syi`ah selain dari Syi`ah Imam Dua Belas yang tidak mempercayai imamah
12 imam, jika tidak kelihatan pada mereka tanda-tanda nasb (mengikuti
Ahli Sunnah), permusuhan dan mencela para imam maka ia suci tetapi jika
kelihatan pada mereka perkara-perkara tersebut maka mereka seperti
nawasib yang lain. (1/119)
Ni`matullah al-Jazairi menulis dalam kitabnya al-Anwar al-Nu`maniyyah 2/306:
"وأما
الناصب وأحواله، فهو يتم ببيان أمرين: الأول: في بيان معنى الناصب الذي
ورد في الأخبار أنه نجس، وأنه أشر من اليهودي والنصراني والمجوسي، وأنه نجس
بإجماع علماء الإمامية رضوان الله عليهم"
"Penjelasan
tentang al-Nasibi dan keadaannya dapat dijelaskan dengan dua perkara
berikut: Pertama, maksud al-nasibi mengikut dalam hadis-hadis adalah
najis, dia lebih jahat daripada Yahudi, Nasrani dan Majusi malah dia
adalah kafir, najis mengikut ijmak ulama Imamiyyah."
Dalam
kitabnya, Muhammad al-Saduq menunjukkan kebenciannya yang tidak
terhingga terhadap ahli Sunnah: Sesungguhnya Nabi Nuh a.s. membawa dalam
kapalnya anjing dan babi tetapi baginda tidak membawa anak zina, dan
al-nasibi itu lebih jahat daripada anak zina"
Perhatikan
lafaz nasb dan nawasib yang memberi erti permusuhan terhadap keluarga
Rasulullah s.a.w. digunakan oleh Syi`ah untuk ahli Sunnah yang mengikuti
Sunnah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.
Agama Adalah Menyalahi Ahli Sunnah
Antara
tuduhan jahat Syi`ah terhadap orang lain kerana tidak mengikuti mereka
ialah riwayat al-Majlisi daripada Imam al-Baqir di dalam Bihar al-Anwar
24/311, katanya: "Demi Allah wahai Abu Hamzah, sesungguhnya manusia itu,
kesemuanya anak pelacur melainkan Syi`ah kita." Riwayat ini juga
dinukilkan oleh al-Kulaini dalam al-Raudhah nombor 431.
Penutup
Beginilah
penilaian mereka terhadap kita ahli Sunnah. Segala usaha yang pernah
dirancang oleh ulama untuk mendekatkan antara Sunni dan Syi’ah tidak
akan mendatang faeadah kepada umat Islam kerana sebenarnya itu adalah
komplot untuk mendekatkan umat Islam kepada Syi’ah.
Sesunguhnya
tidak ada ruang bagi kita untuk berdiam diri, tidak ada masa untuk
berlembut dengan mereka kerana kebatilan aqidah mereka akan mengancam
keimanan, syariat dan keselamatan serta keamanan dunia. Oleh itu marilah
kita mencurahkan usaha dan tenaga untuk memerangi mereka dengan apa
cara sekalipun kerana ia adalah satu jihad bagi mempertahankan kesucian
ajaran Islam dan demi keamanan sejagat.
No comments:
Post a Comment