Menasseh adalah salah satu dari “10 Puak Bani Israel yang Hilang” setelah bahagian utara wilayah Kerajaan Israel kuno diserang dan ditawan secara berperingkat-peringkat oleh Empayar Bangsa Assyria antara tahun 740 dan 722 sebelum Masehi yang mengusir 10 puak Bani Israel berikut:
- Reuben
- Issachar
- Zebulun
- Dan
- Naphtali
- Gad
- Asher
- Simeon
- Ephraim
- Manasseh
Nabi Ya’akob, yang digelarkan Allah, Israel, mempunyai lagi 10 anak lelaki lain dari isteri pertamanya bernama Laiya (Leah), kakak kepada Rahil (Rachel), selain dari dua hamba sahayanya yang bernama Bilhah dan Zilpah. Berikut adalah 12 suku puak Bani Israel mengikut urutan kelahiran:
- Reuben (dilahirkan Leah)
- Simeon (dilahirkan Leah)
- Levi (dilahirkan Leah)
- Judah (dilahirkan Leah)
- Dan (dilahirkan Bilhah)
- Naphtali (dilahirkan Bilhah)
- Gad (dilahirkan Zilpah)
- Asher (dilahirkan Zilpah)
- Issachar (dilahirkan Leah)
- Zebulun (dilahirkan Leah)
- Joseph (dilahirkan Rachel)
- Benjamin (dilahirkan Rachel)
- Reuben
- Judah
- Issachar
- Zebulun
- Dan
- Naphtali
- Gad
- Asher
- Benjamin
- Ephraim
- Manasseh
- Simeon
- Levi
Menjadi 13 suku puak kesemuanya kerana Israel (Nabi Ya’akob) mengurniakan hak dua bahagian kepada Nabi Yusuf untuk langsung kepada kedua-dua cucunya, Ephraim dan Menasseh, anak kepada Nabi Yusuf.
Berikutan kemangkatan Nabi Sulaiman (King Solomon), Bumi Canaan terbahagi dua wilayah pemerintahan, Kerajaan Israel dan Kerajaan Judah. Puak Judah dan Puak Bunyamin (Benjamin) menduduki dan memerintah wilayah selatan, manakala lain-lain puak menduduki dan memerintah wilayah utara. Manakala puak Levi tidak diberi tanah tetapi penguasaan ke atas kota-kota bumi Canaan kerana peranan mereka dalam hal ehwal keagamaan, termasuk mengetuai upacara keagamaan bagi Bani Israel.
Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu, beliau telah menamakan semenanjung ini ‘Golden Chersonese’ yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai ‘Suvarnabhumi’ iaitu Tanah Emas.
Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.
Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-ratus untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.
Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua?
Nampaknya perdagangan rempah-ratus telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa ‘misteri’ di Nusantara ini telah mampu mengeksport emas di kala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.
Salah satu puak dari ‘the Lost Tribe of Israel’ adalah dipercayai Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Kumpulan ‘Illuminati’ Zionis ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan tentang bangsa Malai dan Bumi Mala ini.
Namun Mala (atau Malai) bukanlah bangsa tulin berketurunan Bani israel. Mala mempunyai ‘benang-benang merah’ dengan bangsa Scythia.
Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di kepulauan Jepun (sebelum kedatangan kaum Yamato, kaum dominan Jepun pada hari ini). Termasuk juga bangsa-bangsa yang mendiami Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Kepulaun Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.
Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.
Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan orang Red Indian Amerika itulah induk bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe of Israel’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.
Professor Dr. Ralph A. Olsen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon ini dan menerbitkan kajiannya dalam buku berjudul “The Malay Peninsula as the Setting for the Book of Mormon” yang ditulisnya dalam tahun1997 (kajiannya ini boleh dibaca di sini – http://www.scribd.com/doc/20922656/The-Malay-Peninsula-as-the-Setting-for-the-Book-of-Mormon-by-Ralph-A-Olsen )
Keputusan beliau adalah, induk bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Melayu Selatan Thai. Beliau mendapati Semenanjung Tanah Melayu, bermula dari Segenting Kra ke bawah, menepati deskripsi bumi Mala yang diperihalkan dalam Book of Mormon itu.
Satu kajian berkaitan projek genome oleh Rabbi Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralph Olsen secara mendapatkan sampel DNA untuk dianalisis bagi mengaitkan bangsa Malai (Melayu) di Tanah Melayu (Bumi Mala) dengan Y-haplogroup Bani Israel berdasarkan definisi Y-DNA haplogroup R di mana orang-orang melayu, seperti paparan jadual di bawah, didapati memilikinya seperti berikut: Melayu Semenanjung 5.6%, Melayu Jawa 3.8%, Melayu Nusa Tenggara 3.2%, Melayu Filipina 2.6%, dan Melayu Kalimantan 2.5%.
Barangkali juga termasuk pada definisi Y-DNA haplogroup F-M89* dari salasilah keturunan bangsa kuno Asia Selatan dan Asia Barat, di mana orang-orang Melayu memilikinya seperti berikut: Melayu Semenanjung 5.6%, Melayu Filipina 2.6% dan Melayu Jawa 1.9%.
Tidak menolak juga kemungkinan mereka turut mengambil kira Y-DNA haplogroup C-M130 di mana orang-orang Melayu memiliki 11.1%. Termasuk juga hampir ke semua bangsa yang menduduki wilayah Asia Tenggara, Asia Timur dan kepulauan Pasifik turut memilikinya antara 1.9% (Melayu Jawa) dan 83.3% (Penduduk Kepulauan Cook).
Y-DNA haplogroup ‘C’ ini dipercayai salasilah kepada bangsa kuno Scythia yang mengungguli keturunan penduduk kepulauan Polynesia di lautan Pasifik..
Pencarian melalui projek genome DNA oleh Rabbi Jacobovici mendapati ramai keturunan Bani Israel dari suku Puak Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.
Sementara itu, seorang Yahudi dari Baghdad, orang Yahudi yang pertama datang dan menetap di Pulau Pinang pada tahun 1895 itu namanya Ezekiel Aaron Menasseh. Beliau cuma disertai orang-orang yahudi lain 30 tahun kemudian selepas Perang Dunia Pertama.
Barangkali tujuan utama kedatangan Ezekiel Aaron Menasseh ke sini adalah untuk mencari saudara jauh Melayunya, salah satu dari 10 puak Bani Israel yang ‘hilang’ itu.
Beliau seperti nampak kesal ketika pertama kalinya tiba ke sini apabila menyatakan dialah satu-satunya orang yang mengamalkan ajaran agama Yahudi di sini
Begitulah, Ezekiel Aaron Menasseh terpaksa menelan realiti bahawa orang-orang Melayu sudah meninggalkan agama Yahudi untuk menjadi Muslim, yang turut beriman dengan kenabiah/kerasulan Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. juga. Tidak seperti orang-orang Yahudi yang menolak untuk mengiktiraf kenabian/kerasulan Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w.
Beliau kena akur kepada hakikat betapa sudah berduyun-duyun ramainya keturunan Bani Israel yang sudah keluar meninggalkan agama Yahudi untuk menjadi penganut Kristian atau Islam.
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَادُوا وَالنَّصَارَىٰ
وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَعَمِلَ
صَالِحًا فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ
وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
(Al-Quran, Al-Baqarah 2:62) Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Sumber: http://aku-macjay.blogspot.com/2011/04/piramid-melayu-tersembunyi-di-lautan.html
No comments:
Post a Comment