Wednesday, December 12, 2012

APA MAKSUD SHALOM DALAM AGAMA YAHUDI

Shalom dalam Bahasa Ibrani

"Shalom" (dalam warna biru) dan "Salam" (dalam warna hijau) mempunyai maksud yang sama masing-masing dalam Bahasa Ibrani dan Bahasa Arab dan sering menjadi sesuatu lambang keamanan.

Shalom (שָׁלוֹם) merupakan kata Ibrani yang bermaksud sejahtera, Tiada yang hilang, Tiada yang pecah, kesihatan, dan lengkap, dan digunakan untuk bermaksud hello, dan selamat tinggal.Ia boleh merujuk samada sejahtera antara dua entiti (terutamanya antara manusia dan Tuhan atau antara dua negara), atau untuk kesihatan, kebajikan atau keselamatan dari individu atau sekumpulan individu. Ia juga digunakan sebagai sambutan samada mengucap hello atau selamat tinggal, dan dijumpai dalam banyak luahan dan nama lain . Kesamaannya yang sejenis dalam Arab adalah salam, Shlomo (ܫܠܡܐ) dalam Syriak-Assyria dan sälam dalam Bahasa-bahasa Semitik Ethiopia dari akar Ibrani shin-lamed-mem (ש.ל.ם).

Perkataan shalom digunakan dalam pelbagai ucapan dan konteks di dunia dalam Bahasa Ibrani:
Shalom aleichem (שָׁלוֹם עֲלֵיכֶם), seperti Assalamu alaikum dalam Bahasa Arab. Balasan yang sesuai ialah aleichem shalom (עֲלֵיכֶם שָׁלוֹם).

Shabbat shalom (שַׁבָּת שָׁלוֹם) merupakan satu ucapan yang biasa digunakan dalam Shabbat (sabbath Yahudi). Ini paling banyak digunakan di kawasan-kawasan yang mempunyai Yahudi Mizrah, Yahudi Sephard, atau yang berpengaruh Israel moden. Banyak komuniti Yahudi Ashkenaz di diaspora Yahudi menggunakan Gut shabbes dalam Bahasa Yiddish.

Ma sh'lom'cha (מַה שְׁלוֹמְךָ) merupakan ucapan Bahasa Ibrani yang sama dengan "Apa khabar?" dalam Bahasa Melayu. Ini merupakan bentuk untuk seorang lelaki. Bentuk ucapan untuk seorang perempuan ialah Ma sh'lomech?. Untuk beberapa orang perempuan ialah Ma sh'lomchen?. Untuk beberapa orang lelaki atau sekumpulan orang yang bercampur jantina ialah Ma sh'lomchem?

Alav hashalom (עַלָיו הַשָּׁלוֹם) merupakan satu ungkapan yang digunakan oleh sesetengah komuniti Yahudi, terutamanya Yahudi Ashkenazi, selepas menyebutkan seseorang kehormatan yang meninggal dunia.

Oseh shalom ialah sebahagian daripada satu ungkapan yang sering timbul dalam ayat-ayat penamatan Liturgi Yahudi (termasuk birkat hamazon, kaddish dan doa amidah peribadi). Ayat yang penuh ialah "עוֹשֶֹה שָׁלוֹם בִּמְרוֹמָיו, הוּא יַעֲשֶֹה שָׁלוֹם עָלֵינוּ,וְעַל כָּל יִשְֹרָאֵל וְאִמְרוּ אָמֵן (Osĕ shālom bīmromāv hu ya'asĕ shālom aleynu v'al kol Yisrael v'imru amen).", yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu ialah "Tuhan yang membuat keamanan dalam keagungannya moga Tuhan membuat keamanan di kalangan kita dan seluruh Israel, Amin."
Perkataan Shalom digunakan secara meluas dalam lagu-lagu Israel popular seperti "In Our Garden", "Ratziti Sheteda", dan "Shalom Chaverim".
Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton menamatkan euloginya untuk Yitzhak Rabin dengan Shalom, chaver (Jumpa lagi, kawanku).

Perkataan 'Lom (kadangkala Sh'lom) digunakan (terutamanya oleh remaja-remaja Yahudi) sebagai singkatan untuk perkataan "Shalom" dalam slanga.
Perkataan yang berkaitan dalam Bahasa Ibrani moden termasuk l'shalem (לְשַׁלֵּם), "untuk bayar" dan shalem (שָׁלֵם), "selesai".

Shalom sebagai nama orang

Shalom juga biasa dalam Bahasa Ibrani moden di Israel sebagai nama orang. Nama ini biasanya diberikan kepada lelaki tetapi juga terdapat perempuan yang bernama Shalom.
Orang ternama yang bernama Shalom termasuk:
Sholom Schwartzbard Pemuisi, pembunuh ganas Symon Petliura
Silvan Shalom (ahli politik Israel), dan isterinya Judy Shalom Nir-Mozes
Sholom Aleichem (penulis Bahasa Yiddish)
Shalom Harlow (model dan pelakon)
Shalom Carmy (rabbi)
Shalom Shachna (rabbi)
Yosef Shalom Eliashiv (rabbi)
Nama lelaki yang berkaitan termasuk Shlomi (Nama Ibrani) ("my well-being") dan Solomon (Ibrani Shlomo).
Nama perempuan yang berkaitan termasuk Shulamit, Shulamith, Shlomtsion atau Shlomzion, Salome, dan Shlomith.

Shalom sebagai nama pertubuhan

Nama-nama pertubuhan berikut merujuk kepada "keamanan" antara Israel dengan jiran-jiran Arabnya:

Brit Tzedek v'Shalom
Brit Shalom
Gush Shalom
Hevel Shalom
Neve Shalom
Shalom Sesame

Shalom sebagai nama synagogue dan bangunan

Shalom digunakan sebagai sebahagian daripada nama-nama lain, seperti untuk synagogue, seperti dalam:
Akademi Kristian Shalom di Marion, Pennsylvania
Menara Shalom Meir
Menara Shalom di Tel Aviv, Israel
Neve Shalom di Istanbul, Turki
Synagogue Beth Sholom
Taman Shalom di Charlotte, Carolina Utara dan Denver, Colorado

Shalom sebagai nama peristiwa

Perang Lubnan 1982 dikenali dalam Bahasa Ibrani sebagai Milhemeth Shlom Hagalil. Bahasa Ibrani yang bermaksud "Perang untuk keShaloman Galilee".

Şalom adalah surat khabar mingguan Turki-Yahudi yang diterbitkan di Istanbul, Turki.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...