Syurga flora & fauna
JIKA Afrika terkenal dengan safari, Malaysia boleh berbangga dengan
Santuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan yang diselia Jabatan Hidupan
Liar Sabah. Meskipun tidak menjanjikan peluang mengintai kuda belang atau harimau,
ia memberi peluang melihat hidupan liar dalam habitat semula jadi di
kawasan seluas lebih 26,000 hektar. Ini kerana sungai
sepanjang 560 kilometer (km) mengalir dari banjaran pergunungan
sehingga ke Laut Sulu menjadi tumpuan kepada hidupan unik termasuk
monyet probosis dan gajah pigmi yang hanya terdapat di Borneo.
Justeru, tidak hairanlah ramai menganggap hilir kawasan Kinabatangan Sukau seperti zoo safari menyimpan khazanah flora dan fauna yang tidak ternilai harganya. Ada lebih 1,000 spesies tumbuhan, 250 spesies burung, 90 spesies reptilia dan 50 spesies mamalia. Malah, sehingga kini, ia menjadi beberapa tempat di dunia untuk menyaksikan 10 spesies primat atau mamalia peringkat tinggi dengan paling popular adalah monyet probosis.

Dikenali bangkatan atau
monyet Belanda di kalangan warga tempatan, si jantan digelar 'playboy'
kerana hidup bersama tiga atau empat monyet betina. Ciri uniknya
terletak pada hidungnya yang panjang dan ia memiliki keistimewaan tapak
kaki besar dan boleh berenang. Haiwan
ini banyak dilihat bergayut di pokok hutan di tepi Sungai Menanggul,
salah satu anak Sungai Kinabatangan, antara jam 4 dan 6 petang ketika
mencari tempat tinggal.
Orang utan antara spesies yang dikagumi kerana ia gemar berada di pohon hutan yang tinggi di samping tidak mendiami satu-satu kawasan untuk tempoh begitu lama turut boleh ditemui di sini. Orang utan lazimnya banyak kelihatan untuk memetik buah ara berwarna merah dan biru yang tumbuh di sepanjang tebing terutamanya apabila tiba musim buah. Tetapi jika teringin mendekati hidupan unik ini, pengunjung boleh menempah pakej lawatan menyusuri denai hutan untuk melihat orang utan berhampiran Kampung Sukau.
Jika langkah kanan, pelancong dapat menyaksikan gajah pigmi yang hanya boleh dilihat di Borneo. Menjadi subspesies gajah Asia, hidupan yang bersaiz lebih kecil dalam keluarganya itu kini antara tarikan utama ke Sabah. Namun, jika mereka lebih 'bertuah', mungkin dapat melihat kelibat buaya air masin atau kucing hutan. Bunyinya mungkin agak menggerunkan, tetapi bagi sesetengah orang, ia pengalaman seumur hidup. Bagi pencinta burung terutama dari United Kingdom, Eropah, Australia dan Jepun, ramai yang berkampung di pedalaman Sabah ini hanya untuk melihat kelibat lebih 200 jenis burung termasuk lapan jenis enggang.
Seperkara yang menarik perhatian, kerajaan negeri giat mempromosi ekopelancongan di Kinabatangan. Ini dapat dilihat menerusi beberapa program pemuliharaan yang dijalankan dengan kerjasama beberapa kemudahan penginapan di sini. Pelancong yang tinggal di Sukau Rainforest Lodge umpamanya diajak menyertai kempen menanam anak pokok di kawasan seluas 64 hektar di Tenegang. Pokok ditanam termasuk dari jenis bangkal kuning, binuang, tangkol, laran, talisai paya dan pengolaban.
Miso Walai Homestay pula memainkan peranan sosial dengan membantu penduduk pedalaman terutama di Batu Puteh dan menjalankan kerja pemuliharaan di sekitar kawasan hilir Kinabatangan. Amat popular di kalangan pelancong asing, program inap desa ini membuka peluang untuk mendekati budaya cara hidup warisan nenek moyang mereka seperti amalan berburu menggunakan peralatan tradisional.
Cara Ke Sana

Perjalanan melalui darat dari Sandakan ke Sukau yang meliputi
sejauh 135 km dan sejauh 42 km daripada perjalanan ini melalui jalan
batu kerikil yang melintasi ladang kelapa sawit. Pemanduan sejauh 350
km dari Kota Kinabalu juga boleh dibuat akan tetapi pemanduan tersebut
akan memakan masa sekurang-kurangnya enam jam. Khidmat pengangkutan
boleh diaturkan dengan pihak pengendali pelancongan tempatan
Untuk sampai ke kawasan Sukau di Hilir Kinabatangan pula, sama ada
menerusi perjalanan menaiki bot memakan masa dua jam atau menggunakan
van menerusi ladang kelapa sawit sehingga tiba ke jeti sebelum menaiki
bot selama 15 minit. Pelancong dinasihatkan
menempah pakej percutian menyeluruh merangkumi penginapan, makanan dan
pengangkutan terlebih dulu bagi mengelakkan kesulitan.
Sumber MyMetro
No comments:
Post a Comment