Sumatran Serow[1] | |
---|---|
A Sumatan serow at Dusit Zoo | |
Conservation status | |
Scientific classification | |
Kingdom: | Animalia |
Phylum: | Chordata |
Class: | Mammalia |
Order: | Artiodactyla |
Family: | Bovidae |
Subfamily: | Caprinae |
Genus: | Capricornis |
Species: | C. sumatraensis |
Binomial name | |
Capricornis sumatraensis (Bechstein, 1799) |
Nama biasa: Kambing Gurun (English: Serow)
Nama Spesies: Capriconis sumatraensis
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Mamalia
Order: Artiodactyla
Famili: Bovidae
Subfamili: Caprinae
Ketinggian kambing gurun boleh menjangkau sehingga 4 kaki (1.4 m hingga 1.5 m) pada paras bahu. Kambing jenis ini biasanya memiliki berbadan lebar dan gempal serta leher yang tebal. Kakinya pendek dan kepala serta telinganya besar. Purata berat seekor kambing gurun ialah dalam lingkungan 50 hingga 300 paun. Kedua-dua jantina kambing gurun, jantan dan betina memiliki sepasang tanduk yang tajam dan menghala ke belakang, biasanya digunakan untuk melindungi diri masing-masing daripada anjing pemburu dan pemangsa lain. Tanduk kambing gurun jantan boleh mencecah sehingga 28 cm panjang dan tanduk kambing gurun betina lebih pendek daripada yang jantan. Perbezaan kambing gurun dengan kambing-kambing yang lain terletak pada tanduknya di mana kambing gurun memiliki tanduk yang lebih panjang dan pada ekornya yang lebih
pendek berbanding kambing-kambing lain. Selain itu, kambing gurun juga memiliki kantung air mata yang dapat diperhatikan dengan jelas di bawah matanya. Bahagian depan tengkoraknya agak rata dan hanya bahagian atas hidung sahaja yang terbonjol keluar. Warna bulu kambing gurun pula biasanya cerah pada bahagian belakangnya dan beransur gelap hingga ke bawah. Kakinya pula lazimnya berwarna kemerah-merahan.
Kawasan Geografi, Habitat Semulajadi
Habitat semulajadi Capriconis sumatraensis ialah dalam hutan-hutan dan lembah-lembah berkayu pada ketinggian 6,000 hingga 10,000 kaki dari paras laut. Kambing gurun juga menyukai habitat kaki-kaki gunung yang lapang kadangkala mendiami kawasan semak yang padat. Habitat utama kambing gurun ialah di kawasan pergunungan di sekitar Kashmir di India, Banjaran Himalaya hingga ke Assam di bahagian timur dan di selatan China dan Burma. Kambing gurun juga boleh didapati di Malaysia, Thailand dan Sumatera di Indonesia. Di Thailand dan Malaysia Capriconis sumatraensis juga mendiami kawasan bukit batu kapur di kebanyakan wilayahnya. Pada ketika ini, kambing gurun hanya boleh didapati secara liar dan semulajadi di beberapa hutan simpan dan kawasan perlindungan hidupan liar sahaja.
Kitar Hidup, Struktur Sosial dan Pemakanan
Kambing gurun tinggal bersendirian ataupun dalam kumpulan kecil biasanya tujuh ekor sekumpulan di kawasan kaki gunung di mana hutannya ialah hutan yang lapang dan terbuka. Memandangkan pertalian rapatnya dengan kambing, ia memiliki kebolehan yang setanding dengan kambing iaitu boleh melompat dari batu ke batu dan mendaki kawasan yang curam. Selain itu, kambing gurun memiliki kebolehan istimewa iaitu memanjat pokok di kawasan tanah tinggi. Ia juga merupakan perenang yang baik dan sebab itulah kambing gurun boleh juga ditemui di kawasan kepulauan. Menurut Lekagul and McNeely (1977), kambing gurun mempunyai deria penglihatan, bau dan pendengaran yang sangat tajam dan banyak membantu mereka dalam melindungi diri daripada pemangsa.
Kambing gurun amat aktif pada awal pagi dan lewat petang. Pada waktu siang, kambing gurun akan bersembunyi di dalam gua kecil ataupun berteduh di bawah pokok-pokok kecil yang melindungi mereka dari hujan dan panas. Kambing gurun akan keluar mencari makanan pada waktu subuh dan lewat petang. Memandangkan kambing gurun termasuk dalam golongan herbivor maka tumbuh-tumbuhan seperti daun-daun, pokok-pokok kecil, herba dan rumput menjadi makanan ruji bagi kambing gurun. Musim mengawan bagi kambing gurun ialah sekitar bulan Oktober hingga November setiap tahun iaitu ketika musim luruh di negara-negara yang mengalaminya. Seekor kambing gurun betina mengandungkan anaknya selama 7 bulan sebelum melahirkannya. Kambing gurun jantan mencapai tahap matang untuk mengawan pada usia 36 bulan manakala
kambing gurun betina pula pada usia 30 bulan. Biasanya kambing gurun betina akan melahirkan seekor atau dua ekor anak sahaja pada satu-satu masa. Tidak banyak diketahui tentang jangka hayat kambing gurun. Kajian hanya mendapati bahawa kambing gurun yang dipelihara di dalam zoo dapat menjangkau usia
sehingga 10 tahun manakala jangka hayat kambing gurun yang hidup liar tidak dapat dipastikan.
Ancaman Yang Dihadapi Oleh Kambing Gurun
Kambing gurun biasanya tinggal di kawasan hutan terbuka di pinggir-pinggir bukit menyebabkan mereka sentiasa terdedah kepada pelbagai ancaman sama ada pemburu mahupun pemangsa yang lain. Pelbagai spekulasi yang menyatakan kambing gurun amat baik untuk menyembuhkan pelbagai penyakit tulang. Masyarakat cina pula memiliki kepercayaan bahawa organ-organ kambing gurun adalah penawar yang mujarab kepada pelbagai penyakit. Selain daripada daging, kambing gurun juga diburu untuk mendapatkan kelenjar ataupun kantung berair yang terdapat di bawah bahagian matanya. Lebih menyedihkan lagi, populasi kambing gurun semakin berkurangan apabila berlakunya penerokaan berleluasa bukit batu kapur yang menjadi salah satu habitat utamanya. Pemusnahan bukit batu kapur secara berleluasa menyebabkan musnahnya habitat semulajadi kambing gurun dan menyebabkan banyak kambing gurun yang mati begitu sahaja. Nasib kambing gurun bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah dihalau dari habitat semulajadinya malah diburu dan dibunuh oleh manusia yang tamak dan mementingkan periuk nasi sendiri.
Status Perlindungan
Kambing gurun jenis Capriconis sumatraensis dikelaskan sebagai spesies suaka (endangered) oleh IUCN dan USDI pada tahun 1972 iaitu spesies yang dipercayai mungkin pupus, tiada kemungkinan untuk hidup sekiranya faktor penyebabnya iaitu pemburuan secara berleluasa dan pemusnahan habitatnya terus dibiarkan. Kerajaan Malaysia turut meletakkan spesies ini dalam kategori suaka menurut Jadual Satu, Akta 76, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Di Thailand pula, kambing gurun jenis Capriconis sumatraensis dikategorikan dalam kumpulan spesies mudah pupus (vulnerable)
Akta Yang Melindungi Kambing Gurun
Kambing gurun jenis Capriconis sumatraensis telah tersenarai dalam JADUAL SATU BINATANG2 YANG DI-PERLINDONGI SA-PENOH-NYA, AKTA 76, AKTA PERLINDONGAN HIDUPAN LIAR, 1972 di mana undang-undang Kerajaan Malaysia amat menitikberatkan perlindungan yang sepenuhnya kepada haiwan ini dan haiwan-haiwan lain yang dikategorikan sebagai spesies suaka dari terus berkurangan dan kemudiannya pupus. Dengan adanya akta ini, maka bilangan populasi kambing gurun serta haiwan-haiwan lain yang turut tersenarai akan dapat ditingkatkan dan segala bentuk aktiviti yang dapat mengurangkan lagi bilangan kambing gurun seperti pemburuan haram dan pemusnahan habitat dapat disekat dan segala usaha dapat ditumpukan untuk mengeluarkan kambing dari status suaka sebelum terlambat.
Penutup
Masalah kepupusan dan pengurangan bilangan haiwan semakin meningkat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di mana-mana sahaja di dunia ini. Di negara maju terutamanya, kepelbagaian biologinya amat rendah kerana kepupusan spesies terutamanya haiwan akibat daripada sifat tamak manusia yang terlalu mengejar kebendaan sehingga lupa sifat perikemanusiaan dan tidak menghormati hak haiwan sebagai penghuni muka bumi ini. Jika kita lihat dari segi kambing gurun, aktiviti manusia seperti pemburuan haram dan pemecahan bukit batu kapur untuk mengaut keuntungan telah menyebabkan musnahnya salah satu habitat kambing gurun dan mengakibatkan ramai daripadanya yang mati dan mencampakkan mereka ke dalam golongan spesies terancam. Sungguhpun akta perlindungan hidupan liar telah dikuatkuasakan untuk melindungi haiwan-haiwan yang senasib dengan kambing gurun ini, namun tanpa kesedaran sivik sesetengah manusia yang masih pentingkan diri tidak akan dapat mengubah nasib haiwan-haiwan ini dan barangkali akan melenyapkan mereka sekaligus dari permukaan bumi ini. Akibatnya, kambing gurun, tapir, tenggiling, badak sumbu dan banyak lagi haiwan suaka yang lain hanya akan tinggal nama dan sejarah untuk dikenang. Bersyukurlah kita, sebagai rakyat Malaysia, di mana buminya kaya dengan biodiversiti masih punya rakyat yang sedar akan betapa pentingnya menjaga dan menyayangi haiwan daripada terus pupus. Terima kasih juga kepada pihak pemerintah yang bijak mengatur langkah dan strategi bagi melindungi hidupan liar dengan penguatkuasaan akta dan segala bentuk program pemuliharaan yang dijalankan. Semoga manusia, dan segala
hidupan yang menumpang di muka bumi ini dapat hidup sentosa tanpa masalah kepupusan.
Lampiran
No comments:
Post a Comment